Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar
Moto ILMU ASAS TAKWA
Ditubuhkan 1947
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Pengetua Pn. Hajah Shabariah binti Othman, AMP
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik PN. ROHANA BT. MAT
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PN. RUSWATI BT. HASHIM
Penolong Kanan Kokurikulum EN. IDRIS BIN AHMAD
Kod sekolah RRA0002
Lokasi Kangar , Perlis
Nama singkatan SMKAP Alawiyah Kangar
Laman sesawang SMKAP Kangar
Telefon 04-9760336

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar (SMKA (P) Alawiyah Kangar) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis dan berhampiran Masjid Syed Alwi.

Sekolah ini telah diwujudkan sebelum zaman merdeka lagi dan dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat. Sekolah ini merupakan sekolah agama yang mempunyai pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini juga merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di Perlis selain SMK Derma.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 1947 - Sekolah ini dibina hasil cadangan Pejabat Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis bagi memenuhi permintaan masyarakat terhadap Sekolah Agama khusus untuk pelajar perempuan. Pada mulanya,menggunakan rumah Imam Masjid Alwi Kangar iaitu Tuan Syeikh Abu Bakar Al- Asy’ari. Kemudian, sekolah tersebut berpindah ke Pengkalan Asam Kangar dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat yang diterajui Ustaz Salleh bin Othman.
  • 1957 - Pada tahun ini, sekolah ini dipindahkan ke bandar Kangar berhampiran Masjid Alwi Kangar dan mereka menggunakan bangunan pejabat bekas penasihat British sebagai bangunan sekolah.
  • 1963 - Dua blok baru telah dibina. Satu blok untuk sekolah dan satu blok asrama dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar. Pelajar - pelajar sekolah terdiri daripada dalam dan luar negeri Perlis.
  • 1977-1995 - Kerajaan Pusat telah mengambil alih seluruh urusan pentadbirannya pada tahun 1977. Sejak dari itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar. Pada 1983 2 blok bangunan baru telah dibina. Pembukaan kelas tingkatan enam aliran Usuluddin dan Syariah pada 1986. Pada 1987 sekolah dinaikkan ke kategori Gred A. Pada 1993 dua buah bengkel jahitan dibina diikuti dengan pembinaan sebuah bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah pada tahun 1995.
  • 1999-2001 - Pada 25.9.1999 pengetua, Pn. Fuziah bt Sani@Sanin bersara an digantikan dengan Pn. Siti Zarah bt Hj Buhi lulusan B.A (Hons) Pengajian Islam UKM dan M.A Curriculum & Instructional, Western Michigan University U.S.A. Dua kelas aliran Sains Tulen Tingkatan 4 dimulakan mulai 1 Januari 2000. Lagu sekolah diperdengarkan pertama kali dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 9 Ogos 2001. Lagu ini ciptaan En. Ahmad Abdul Malik dan lirik ditulis oleh Ustz. Siti Zarah, Ustaz Hadzir dan Pn. Meriam.
  • 2002-2005 - Pada 31 Mei 2003, pengetua sekolah iaitu, Ustzah Siti Zarah Hj Buhi ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lumpur. Kemudian, pengetua sekolah diganti oleh Ustaz Haji Shamsudin bin Sharkoshi pada 1 Jun 2003. Lawatan DiRaja sempena Hari Anugerah Permata pada tahun 2004. Kelulusan pembinaan bangunan tiga tingkat.
  • 2006 - Pertukaran pengetua – Ustaz Shamsudin bin Sharkosi ke Sek Men. Keb. Agama Al-Manshoor (L) Pulau Pinang. Pertukaran masuk pengetua baharu – Pn. Hjh Ramlah bt Sudin pada 16 Mac 2006. SMKAP mendapat tembok baru daripada UPEN. Pendawaian semula asrama dan blok tingkatan 3. Perasmian Dewan Az-Zahra', iaitu dewan utama bagi sekolah ini.
  • 2007 - Menaiktaraf bilik guru perempuan, bilik guru cemerlang dan makmal sains. Perasmian Surau Az-Zahra’. Wakaf baru untuk pelajar sebagai tempat belajar dan tempat pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan. Menaiktaraf tandas lama menjadi tandas VIP. Menaiktaraf bilik mesyuarat. Membina tempat menunggu gantikan pondok Lambaian Puteri. Johan pertandingan Pantun peringkat Negeri Perlis. Permulaan pembinaan 2 blok 3 tingkat RMK-9. Padang sekolah sudah tiada kerana padang tersebut menjadi tapak pembinaan 2 blok 3 tingkat tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 1999-200 - Sekolah ini telah mendapat johan memasak peringkat Kebangsaan Anjuran Syarikat Maggi.Pelajar-pelajar SMKA yang mewakili Perlis ke Pertandingan tersebut ialah Nurliza bt.Rahim, Roslina bt.Mat dan Siti Fitriyah bt.Othman.Sekolah ini turut mendapat Anugerah Asrama Cemerlang buat kali Ke-2 Peringkat Negeri. Anugerah Cemerlang Mac Donald’s, Berita Harian – Nor Hafizah bt Abd. Rahim.
  • 2002-2005 - Pelajar sekolah ini Norhafizah bt Abd. Rahim mendapat Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.Johan Kalimatus Sobah peringkat Kebangsaan pada tahun 2005 oleh Norjannah bt Othman.
  • 2007 - Sekolah ini mendapat anugerah ‘Best Presentation’ Program Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan. Johan pertandingan Kuiz Pelancongan Peringkat Kebangsaan 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]