Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Lokasi
Bukit Padang,, Kota Kinabalu,, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama harian, Gred A
MotoBerilmu Beriman Beramal
Ditubuhkan1990
Nombor sekolah088-243548 / 088-230097
Kod sekolahXRA4003 [1]
PengetuaUtzh. Shofriza Washlaini binti Muhammad Iyen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUs. Mohd Shukor bin Bahari
Penolong Kanan KokurikulumUs. Mohd Zamree Kautis Abdullah
Faks088-241714
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) merupakan sebuah sekolah agama di Kota Kinabalu. Nama SMKAKK dipilih bersempena nama bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan lokasi sekolah ini. Nama ini telah dipilih oleh pengetua pertamanya, Haidon Hadi Sapiri pada tahun 1990. Sebelum ini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK)

Dengan tertubuhnya SMKAKK, bilangan sekolah agama di Sabah bertambah. SMKAKK terletak di Bukit Padang, 4 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Asalnya, bangunan SMKAKK merupakan tapak Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1979. Semenjak tahun 1990, UKM cawangan Sabah berpindah ke Menggatal dan dibubarkan pada tahun 1994 dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Disember 1990 (15 Jamadilakhir 1411), hasil daripada hasrat Pengarah Pendidikan Sabah untuk menambah bilangan sekolah agama di Sabah dengan nama asal Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK). Sekitar tahun 2000 namanya ditukar kepada SMKAKK.

SMKAKK merupakan SMKA ketiga yang dibuka di Sabah selepas SMKA Limauan, Papar, dan SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.

Guru perintis SMKAKK seramai 12 orang iaitu terdiri daripada Haidon Hadi Sapiri sebagai Pengetua, Adenan Hussin sebagai Timbalan Pengetua, Mohd. Rozaimi Abdul Razak, A. Ismail, Anuar Jasimin, Melih Bidin, Mahyani Simih, Azlan Sukir, Wan Jah Hasbullah, Zaharah Bani Yamin, Rosnani Harun, Noor Husnah Abdullah dan Nasif Kasim sebagai kerani.

Pendaftaran SMKAKK bermula pada 1 Januari 1991. Pelajar pertama berjumlah 205 orang terdiri daripada pelajar 4 buah kelas Tingkatan 1 dan pelajar 3 buah kelas Tingkatan 4. Penubuhan SMKAKK berteraskan Taqwa, Islam dan Ihsan. Justeru, adalah menjadi cita-cita SMKAKK untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang teguh sebagai pemimpin negara di masa depan.

Pada 13 April 2011, SMKAKK diiktiraf sebagai Sekolah Tanpa Sampah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

Kami, pelajar-pelajar SMK Agama Kota Kinabalu berikrar akan mematuhi perkara yang berikut:

  • taat kepada Allah dan menjauhi segala larangannya;
  • menghormati ibu bapa dan guru-guru kami;
  • mematuhi dan melaksanakan peraturan dan disiplin sekolah dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan sahsiah kami;
  • sanggup berkorban masa, tenaga, mental dan fizikal demi mematuhi peraturan dan disiplin sekolah;
  • berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam kurikulum dan kokurikulum demi masa depan kami;
  • membantu guru-guru melaksanakan tugas dan aktiviti sekolah demi mencapai visi dan misi sekolah.

Pernyataan arah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Etos[sunting | sunting sumber]

3S - Senyum, Sapa dan Salam.

Kebitaraan sekolah[sunting | sunting sumber]

Bicara Berirama

Infrastruktur sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai Dewan Ibnu Taimiyyah, Bilik Gerakan Syed Qutb, 48 buah bilik darjah, 5 buah makmal sains, sebuah makmal bahasa, sebuah makmal komputer, Pusat Sumber Al-Ghazali, sebuah bilik kuliah, Surau Ar-Rahman, sebuah bilik kaunseling, sebuah bangunan kejuruteraan, 5 blok asrama, sebuah kantin, sebuah dewan makan, 2 blok bangunan 4 tingkat kediaman kakitangan, sebuah kediaman rasmi Pengetua, 2 buah kediaman rasmi Penolong Kanan, 2 buah gelanggang sukan dan sebuah padang.

Logo SMKAKK[sunting | sunting sumber]


  • HIJAU - Melambangkan semangat kerjasama dan kesejahteraan sekolah.
  • KUNING - Melambangkan keluhuran undang-undang yang wajib di patuhi untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin & berkualiti
  • BIRU LAUT - Melambangkan komitmen yang teguh dan perpaduan di antara pendidik, pelajar & masyarakat.
  • MERAH - Melambangkan semangat pengorbanan untuk menegakkan kebenaran dan cintakan SMAKK.


Hubungi kami[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Jalan Sekolah Agama 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 088-243548
Faks: 088-241714

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]