Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah DRA1009
Lokasi  Malaysia Padang Raja, Melor 16400, Kota Bharu, [Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon 6097825100
Faks 6097825102


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor atau nama ringkasnya SMKA Melor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Padang Raja, Melor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor memiliki 264 orang pelajar lelaki dan 439 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 703 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal pembinaan sekolah ini merupakan sebuah Projek Bank Dunia bertujuan menampung permintaan yang amat tinggi terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Melor. Maka pada 4 Mac 1990, tubuhlah sekolah ini dengan nama Sekolah Menegah Kebangsaan Melor 2. Jangkaan awal sekolah ini akan mula beroperasi pada sesi persekolahan 1990/1991, iaitu bulan Disember 1990. Namun, pembinaan yang siap lebih awal menyebabkan pihak Jabatan Negeri Kelantan mengarahkan supaya sekolah ini beroperasi pada Mac 1990.

Pada mulanya, sekolah ini mempunyai 14 orang tenaga pengajar serta 5 orang pembantu kerja. Bekalan elektrik juga tiada kerana kerja-kerja pendawaian belum siap. Para pelajar pula diambil melalui tawaran secara bebas kepada para pelajar yang menuntut di sekolah-sekolah menengah berhampiran tanpa mengambil kira keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kumpulan pertama pelajar sekolah ini 150 orang dan diagihkan kepada 5 buah kelas.

Sejak awal lagi, kurikulum yang ditawarkan kepada para pelajar ini mirip sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dengan menambah subjek Bahasa Arab. Setelah beberapa bulan beroperasi, sekolah ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menukar namanya kepada nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor (SMKA Melor).

Pada tahun 1997, bilangan pelajar SMKA Melor telah meningkat kepada 446 orang yang ditempatkan dalam 15 kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
Padang Raja, Melor
16400, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097825100
Faks = 6097825102

Pautan luar[sunting | sunting sumber]