Hang Jebat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah lukisan yang menggambarkan wajah Hang Jebat.

Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebatooo merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa tiga hari tiga malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.[1]

Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah[perlu rujukan] dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim.[2] Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.[3]

Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah! menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah.

Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan.

Laksamana Hang Nadim anak Hang Jebat[sunting | sunting sumber]

Manakala sumber dari Sejarah Melayu mengatakan, sebaik sahaja Hang Nadim dilahirkan, beliau telah dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah setelah Hang Jebat mewasiatkan kepada Hang Tuah agar menjaga anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Sebaik sahaja meningkat dewasa, beliau dinikahkan dengan Tun Mas Jiwa atau Tun Emas Jiwa, anak perempuan kepada Hang Tuah. Hasil perkahwinan itu, pasangan berketurunan pahlawan terulung ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tun Mat Ali.[4]

Hang Nadim dilantik menjadi Laksamana menggantikan Laksamana Khoja Hassan yang dipecat oleh Sultan Mahmud kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir. Dengan keberanian dan ketangkasan yang diwarisi dari arwah ayah dan bapa mertuanya, Laksamana Hang Nadim diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan tentera kerajaan Melaka menentang pencerobohan Portugis pada tahun 1511.

Rujukan[sunting | sunting sumber]