Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bulan Sabit Merah Malaysia
Malaysian Red Crescent
BSMM
Logo of the Malaysian Red Crescent.svg
Ditubuhkan1948
JenisPertubuhan bukan untung
FokusBantuan kemanusiaan
Lokasi
Orang penting
YTM Tunku Puteri Intan Safinaz[1]
Pengerusi Kebangsaan
Laman sesawangwww.redcrescent.org.my

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah satu pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Kerja[sunting | sunting sumber]

Dalam Negara[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyediakan perkhidmatan ambulans 24 jam di seluruh negara dengan lebih 50 buah ambulans di 16 cawangan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]