Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing
Lokasi
 Malaysia Lebuhraya Ekspres Ipoh Lumut, 31000, Batu Gajah, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPemimpin, Ilmu dan Budi
Nombor sekolah6052883955
Kod sekolahAEA2059
PengetuaDr. Magaswari a/p Ubbudari
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Sharifah Yusnita bt Syed Ariffin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Zubir bin Baharudin
Penolong Kanan KokurikulumEncik Azza Feroz bin Abdull Azih
Faks6052883955
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing atau nama ringkasnya SMK Pusing, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lebuhraya Ekspres Ipoh Lumut iaitu kira-kira 25km dari bandaraya Ipoh. Keluasan kawasannya adalah 20 ekar dengan dikelilingi oleh bekas kawasan perlombongan. Sekolah ini dibina bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di Kawasan persekitaran seperti Pusing, Siputeh, Changkat, Bandar Seri Pengkalan dan Papan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing memiliki 603 pelajar lelaki dan 465 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1068 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Pusing telah memulakan sesi persekolahan pada 5 Jun 2002. Pembinaan sekolah ini adalah melalui pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8). Pada peringkat awal, sekolah ini dibuka dengan diketuai oleh pengurus operasi iaitu Encik Abudul Hadi bin Hamzah. Pada ketika itu terdapat seramai 37 orang guru terlatih dan seramai 737 orang pelajar yang ditempatkan di dalam 14 buah kelas. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Infraskruktur sekolah yang terdapat adalah dua blok empat tingkat iaitu Block A yang menenpatkan pejabat dan Blok B serta dua block tiga tingkat iaitu Blok C dan Blok D. Susun atur bangunan berbentuk U mengelilingi dataran kejat perhimpunan yang terdapat dua gelanggang takraw di tengahnya. Sekolah ini mempunyai sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru, sebuah bilik guru, 24 buah bilik darjah, enam buah makmal sains, 3 buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah bilik Geografi, sebuah bilik Sejarah/Muzik, sebuah makmal komputer, sebuah pusat sumber, sebuah bilik media, sebuah makmal bahasa, sebuah bilik seni, dua buah bilik SPBT, sebuah bilik pengawas, sebuah kantin, sebuah koperasi, sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik bimbingan dan kaunseling, sebuah bilik peperiksaan, sebuah surau dan bilik wuduk lelaki dan perempuan, lima buah tandas lelaki dan perempuan dan sebuah bilik persalinan lelaki dan perempuan serta sebuah stor sukan. Pada tahun 2008, sebuah bangunan Pendidikan Khas telah dibina. Pada Oktober 2009, sebuah penats perhimpunan telah dibina di dataran perhimpunan.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua

Bilangan Pengetua Perkhidmatan
1 Puan Lee Chia 2003 - 2008
2 Tuan Haji Mohd Jasmi bin Alias 2008 - 2010
3 Encik Rosli bin Shuaid 2010 - 2013
4 Cik Chan Pooi Yuen 2013 - 2015
5 Encik Gunalan a/l Tony 2015 - 2016
6 Tuan Haji Mohamad Hussin bin Mat Rashid 2017 - 2020
7 Encik Mohamat Adek bin Abdul Rahman 2020 - 2022
8 Encik Rajendran Naidu Kannayar 2022 -2024
9 Dr. Magaswari a/p Ubbudari 2024 - Kini
  1. Logo Sekolah

Logo sekolah SMK Pusing telah dicipta bersama oleh Encik Abdul Hadi bin Hamzah, Encik Zolkaply bin Khalib dan Encik Ahmad Jefri bin Kamil.

  • Bentuk bulat yang mempunyai glob adalah melambangkan globalisasi.
  • Lambang diambil daripada reka bentuk Multimedia Super Corridor (MSC) . Reka bentuk MSC dipilih dan diterapkan dalam lecana sekolah kerana sesuai dengan aliran semasa yang mementingkan kemahiran ICT. Benruk tiga segi juga bermasksud tiga bangsa utama yang mendominasasi di sekolah ini, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bulat di tengah melambangkan ketiga-tiga bangsa akan bersatu padu menggembleng tenaga demi memartabatkan nama sekolah di mata umum.
  • Huruf Q melambangkan masyarakat ini mementingkan kualiti baik dalam apa jua lapangan, mahupun pentadbiran, kurikulum ataupun kokurikulum. Pendek kata harapan sekolah agar dapat melahirkan rakyat yang kreatif, inovatif dan berkualiti
  • Bangunan Menara Berkembar Petronas dipilih kerana menjadi lambanga kekayaan negara sebagai bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004. Dalam erti kata lain lambang tersebut menggambarkan hasrart dan cita-cita warga SMK Pusing untuk menjadi rakyat yang terbaik dan tercanggih dalam golongan elit dan termasyhur di dunia.
  • MILENIUM perkataan yang diabadikan semasa sekolah SMK Pusing dibuka era tahun 2000.
  • Garisan petak melambangkan perjalanan dan perjuangan warga SMK Pusing untuk menuju ke arah dasar pendidikan yang lebih global.
  • Objek MEASAT dan Menara Kuala Lumpur dijadikan satu aset untuk membakar semangat warga SMK Pusing bagi mengorak langkah menjadikan ilmu angkasawan sebagai satu wadah serta cita-cita negara.
  • Bulan sabit melambangkan kedudukan Sultan dan Agama Islam.
  • Warna dipilih berdasarkan warna Jalur Gemilang .
  • "Pemimpin, Ilmu dan Budi" adalah sebagai slogan sekolah SMK Pusing.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Ilmu dan Budi

SMK Pusing sekolah indah
Lahir insan terbilang
Mendidik membina tiang negara
Dengan wawasan perdana


Bersama kita padu tenaga
Pastikan sekolah akan berjaya
Usaha, bersemangat
Untuk kecemerlangan


Kita semua rakyat Malaysia
Berdisiplin, bersatu padu
Komuniti serta ibu bapa
Berpadu demi kejayaan


Kasih dan sayang
Menjadi ikatan antara sesama kita
Ajaran tuhan kita tidak lupa
Mencapai cita jaya


PEMIMPIN, ILMU DAN BUDI

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing
Lebuhraya Ekspres Ipoh Lumut
31000, Batu Gajah
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052883955
Fax = 6052883955
Emel = web.smkpusing@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]