Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Dairy, 31400 Ipoh, Perak Kinta Utara, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA, TEKUN, JAYA |
Ditubuhkan | Januari 1961 |
Sesi | Pagi dan Petang |
Nombor sekolah | 05 5457082 |
Kod sekolah | AEA2041 |
Pengetua | Tn. Hj. Jamil Bin Dayan |
Slogan | SRC WOW |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Napisah Binti Yahya |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Fauzi Bin Hasan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Mahani Binti Ahmad |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | En. Jefridin Bin Shaharum |
Faks | 05 545 6289 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan |
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan atau nama ringkasnya SMK Raja Chulan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan memiliki 479 pelajar lelaki dan 485 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 964 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK Raja Chulan, Ipoh bermula sebagai sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson, Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada tarikh inilah dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dalam bahasa perantaraannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntutnya pada itu semuanya lelaki. Pada penggal kedua 1964, berlaku perubahan dari segi penuntutnya. Selain penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson Ipoh, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan, Ipoh. Bermula saat itu, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah kelas ketika itu adalah 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas ditempatkan di tiga tempat.
Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (bangunan utama) siap dibina di Jalan Diary, Ipoh dan pada 28 Mac 1969, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan dibuka dengan rasminya oleh Tan Sri Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Usaha Tekun Maju dan Jaya
Itulah tujuan kita utama
Berganding tangan bergerak maju
Bekerjasama tuntut ilmu
Usaha Tekun Maju dan Jaya
Untuk kemajuan bangsa
Taat setia pada sekolah kita
Patuhi tatatertib nyata
Tutur bahasa mestilah dijaga
Panduan hidup kita selama
Usaha Tekun Maju dan Jaya
untuk kemajuan bangsa
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan
- Jalan Dairy
- 31400 Ipoh
- Perak, Malaysia
- Telefon = 05 5457082
- Faks = 05 5456082