Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid
Lokasi
 Malaysia Jalan Bawah, 34250, Tanjong Piandang,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekun Usaha Jaya
Ditubuhkan1977
Nombor sekolah6057256269
Kod sekolahAEA3086
PengetuaTn. Hj. Zainol Bin Nopiah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Haniza Binti Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Rizal Sham Bin Arsat
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azamkhairi Bin Ab Razak
Faks6057250268


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid atau nama ringkasnya SMK Raja Lope Nor Rashid, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Labu Bawah.

Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid memiliki 352 pelajar lelaki dan 392 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 744 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2023

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Kerian, Perak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 9 Mac 1969

Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K. Tanjong Piandang).

  • 22 Mac 1975

Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepada Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).

  • 26 Februari 1976

Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.

  • 22 Februari 1977

En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang.

  • 4 Mei 1977

Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.

  • 30 Mei 1977

Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).

  • 1978

Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang.

  • 1979

Menjadi sekolah menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejak mula dibuka pada tahun 1977, sekolah ini telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat, baik dari segi bilangan pelajar, guru dan kaki tangan serta perkembangan fizikalnya. Dari masa ke semasa sekolah juga berjaya mencipta pencapaian yang membanggakan dalam bidang sahsiah, kurikulum serta kokurikulum. Segala perubahan dan pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil dari gabungan mantap pelbagai pihak terutama antaranya pihak pengurusan dengan kakitangan akademik serta ibu bapa.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi sekolah

Sebagai usaha untuk merealisasikan Perak Nombor Satu, pendidikan yang diamalkan di sekolah ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai unsur insan yang seimbang rohani dan jasmani serta mampu menggunakan ilmu untuk kesejahteraan hidup dengan menghayati nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan seperti yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Misi sekolah
  • Merancang dan melaksanakan dengan mengikut prosedur yang dikehendaki
  • Melaksanakan semua aktiviti yang dirancang secara muafakat dan sistematik
  • Mengubahsuai perancangan mengikut keadaan semasa
  • Menilai semua rancangan dan cara pelaksanaan berasaskan keberkesanan yang paling maksimum
  • Cuba mengikut acuan sekolah berasaskan kemudahan yang ada di sekolah
  • Menggunakan tenaga sekolah secara maksimum untuk memastikan keberkesanan rancangan yang ditetapkan

Cogan kata sekolah[sunting | sunting sumber]

TEKUN USAHA JAYA

Sesuatu yang yang disertai dengan ketekunan dan bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan. Ini bersesuaian dengan organisasi sekolah untuk melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani dan intelek.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

TEMA
Tekun Usaha Jaya

WARNA

  • Hijau - Kesuburan Ilmu
  • Hitam - Keperihatinan
  • Merah - Kegigihan, Keazaman dan ketekunan

STRUKTUR KOMPOSISI

  • Obor - Azam dan Iltizam
  • Buku - Ilmu Pengetahuan
  • Roda - Sains dan Teknologi
  • Tangkai Padi - Kemakmuran
  • Bulan Sabit - Agama Islam

Bendera sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Panjang : 250 sm
  • Lebar : 90 sm
  • Warna : Hijau - Kesuburan ilmu. Putih - Keikhlasan, Kesucian Hati

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid
Jalan Bawah
34250, Tanjong Piandang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057256269
Fax = 6057250268

Pautan luar[sunting | sunting sumber]