Parit Buntar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parit Buntar
Nama samaran: PB
Koordinat: 5°39′N 100°30′E / 5.650°U 100.500°T / 5.650; 100.500
Negara Malaysia
Negeri Perak
Penubuhan
Kerajaan
 - Yang DiPertua Encik Khairul Amir b. Mohamad Zubir
Kepadatan (1991)
 - Jumlah 148,575
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak ditetapkan (UTC)
Laman web: http://mdkerian.gov.my/

Parit Buntar merupakan sebuah bandar negeri Perak, Malaysia, terletak di 'penghujung' negeri Perak, dari Kuala Lumpur, berhampiran dengan Jawi dan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Parit Buntar juga dlihat menghampiri bandar raya Ipoh dan Kuala Lumpur (300 km), terletak di tepi Jalan Lama utama di Semenanjung Malaysia.

Parit Buntar juga mempunyai jalan simpang empat dan terletak berhampiran dengan Bagan Serai di selatan, Serdang di timur, Tanjung Piandang di barat dan Jawi di utara. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian. Majoriti penduduk di Nibong Tebal ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Parit Buntar juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar yang juga terletak di Perak Tengah.

Terdapat juga stesen kereta api di Parit Buntar. Plaza tol Parit Buntar di Lebuhraya PLUS sini juga terdapat jalan ke Serdang, Kedah. Terdapat makanan yang terkenal dekat sini iaitu Laksa, Mi Hokkien, dan Rojak.

Parit Buntar juga terletak dekat dengan Nibong Tebal dan Universiti Sains Malaysia di sana. Kebanyakan pelajar sekolah di Parit Buntar adalah mengayuh basikal bolak-balik dari rumah ke sekolah. Pada waktu lepas sekolah, majoriti pelajar akan pulang bersama-sama dengan basikal ke rumah masing-masing.

Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak. Kawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Billion
  • Econsave
  • Longwan

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tempat Tinggal[sunting | sunting sumber]

  • Taman Kerian Sentosa
  • Taman Sempadan
  • Taman Pekan Baru
  • Taman Kerian
  • Taman Seri Tenggara
  • Taman Seri Semarak
  • Taman Ismail Raof
  • Taman Damai
  • Taman Kerian Permai
  • Taman Setia Jaya
  • Taman Murni
  • Taman Parit Buntar
  • Taman Seri Wangsa

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar. Sini juga boleh dikenakan sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar juga terletak di Perak.

Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Bandar Baharu, negeri Kedah juga dihubungkan dengan Parit Buntar melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian ke arah lebuhraya PLUS menjadikan sini kedua-dua bandar muara sungai dengan Parit Buntar.

Sungai Kerian juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972, satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai di sepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama, barang keperluan pertukangan, alatan dapur dan juga barangan lain.

Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala panggung wayang Kapitol di Jalan Ria.

Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah) Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan. Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian, Jalan Taiping (5.128458°U, 100.489652°T). Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM)(5.128832°U, 100.486718°T) manakala sekarang telah diwujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan.

Kegiatan sosioekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi, sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

  • Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 2008, peratus pengundi kawasan parlimen P57 Parit Buntar (45,219 pengundi) ialah: Melayu: 67.0% Cina: 28.0% India: 4.9%; Lain: 0.1%.
  • Dalam pilihan raya 1999, kawasan ini dimenangi oleh: Dato' Dr Hassan Mohd Ali dari parti PAS dengan majoriti sebanyak 2,094 undi.
  • Dalam pilihan raya 2004, kawasan ini dimenangi oleh Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah Alias Zainal Abidin dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 4698, menewaskan Hasan Mohd Dato' Dr Hasan Mohd Ali.
  • Dalam pilihan raya 2008, kawasan ini dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS menewaskan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 7,551 undi.
  • Pada Pilihan Raya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013, kawasan ini sekali lagi dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS, menewaskan calon muda Barisan Nasional (UMNO) Mua'amar Ghadafi Jamal bin Jamaludin dengan majoriti 8,476 undi. SPR melaporkan jumlah undi berdaftar kawasan ini bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 adalah seramai 51,422, dengan peratus keluar mengundi 86.20%.

Kemudahan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Seri Kerian
  • Dewan Merdeka
  • Padang Bandaran
  • Laman Pusat Bandar
  • Arked Niaga Parit Buntar
  • Dewan Kerian Permai
  • Dewan Ramli Ngah Talib

Akses dan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar Parit Buntar terletak di tengah-tengah laluan Jalan Persekutuan 1 (Ipoh - Parit Buntar - Butterwoth). Terdapat kemudahan laluan rel keretapi yang merentasi parit Buntar dan terbaru, laluan rel keretapi elektrik berkembar yang menghubungkan Ipoh - Padang Besar.

  • Hentian Raya Parit Buntar
  • Hentian Teksi Pusat Bandar
  • Stesen Keretapi Parit Buntar

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Parit Buntar tidak mempunyai banyak pusat pelancongan, pusat komersial atau tapak sejarah tetapi ia mempunyai taman rekreasi yang tersendiri.

  • Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian
  • Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu
  • Menara Jam Parit Buntar

(Nota..Terdapat tapak sejarah iaitu bekas kilang gula di Bagan Tiang..keluasan tapak kilang tersebut lebih kurang 1km persegi..pada tahun 70an dulu, structure bangunan tapak kilang gula itu masih jelas kelihatan seperti menara serombong asap..kolam penyimpanan pati gula dan batu pengisar jenis kawi seberat lebih kurang 400-500kg..lokasi batu pengisar batu tersebut saya tahu tempatnya..pada tahun 80an dahulu separuh bahagian dari batu pengisar berat tersebut telah pun tenggelam ke dalam tanah..dari bentuk batu tersebut, besar kemungkinan ianya beroperasi dengan menggunakan tenaga haiwan contohnya kerbau/lembu bagi membolehkan batu tersebut mengisar tebu) Ngah Ibrahim adalah pengusaha awal industri tebu di Bagan Tiang..menurut cerita orang tua-tua, industri tebu di kawasan tersebut musnah apabila benteng yg menghalang air masin laut dari masuk ke ladang gula telah pecah..ini menyebabkan tebu yg ditanam menjadi masin.. info dari Hesamudin Desa 019-6649464

Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)

Penginapan/ Hotel[sunting | sunting sumber]

Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.

  • Hotel Damai
  • Parit Buntar Inn
  • Hotel Pekan Baru
  • Hotel Melor Inn
  • Homestay Parit Buntar
  • Hotel K Garden (dahulu dikenali sebagai Hotel Ritz Kapitol)
  • Hotel PB Wawasan

Membeli-belah & Menjamu Selera[sunting | sunting sumber]

Pengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak ini.

  • Mydin Wholesale Hypermarket
  • Kerian Sentral Mall
  • Pasar Malam Hari Jumaat (sekitar Jam Besar)
  • Pasar Kemboja

Coffee House/ Kafe[sunting | sunting sumber]

  • Old Town White Coffee
  • Lohas Tea Shop
  • Libra Coffea House
  • Mochado
  • Sass Cafe
  • Coolblog
  • Bubble Gurt Fresh Yogurt & Tea
  • Yakin Usaha Cafe
  • Rimbunan Emas Cafe
  • Big Apple
  • Teh Tarik Place

Restoran/ Restoran Makanan Segera[sunting | sunting sumber]

  • KFC (2 cawangan)
  • Secret Recipe
  • Pizza Hut
  • Domino's Pizza
  • Chicken Rice Shop
  • Marrybrown

Restoran[sunting | sunting sumber]

  • Shangri-La Restaurant
  • Hometown Restaurant
  • Restoran Naseer
  • Restoran Nasi Kandar Ali (nasi kandar beratur)
  • Medan Selera Pusat Bandar
  • Balak Inn
  • Shunka Japanese & Fusion Foods
  • TAT Nasi Ayam
  • Along Char Koey Tiaw
  • Omar Char Koey Tiaw
  • Gerai Tan Dan Rizal Pak Pin Kuey Teow Kerang Dan Char Ho Fan
  • Restoran Nasi Kandar Padang Kota
  • Restoran Nasi Kandar Cahaya

Hiburan dan Senaman[sunting | sunting sumber]

  • Lotus Five Star
  • Pusat Karaoke Keluarga
  • M-Box
  • Irama Karaoke
  • Diamond Gymnasium
  • Taman Wawasan Gymnasium
  • Delone Gymnasium
  • Art Muscle Gym & Fitness Centre

Hospital[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa 34200 Parit Buntar
  2. Masjid Daerah Kerian 34200 Parit Buntar
  3. Masjid Hijau, Kampung Kedah, 34200 Parit Buntar
  4. Masjid Mahyuddin Batu 5, Jalan Baru 34200 Parit Buntar
  5. Masjid Parit Tok Ngah Darat 34200 Parit Buntar
  6. Masjid Simpang 5 34200 Parit Buntar
  7. Masjid Sungai Setar batu 2, Jalan Sempadan 34200 Parit Buntar
  8. Masjid Jamek Titi Serong 34200 Parit Buntar
  9. Masjid Ubudiah Taman Seri Tenggara,34200 Parit Buntar

Laman parti politik di Parit Buntar[sunting | sunting sumber]

  1. Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar - Laman Web

Pautan luar[sunting | sunting sumber]