Pergi ke kandungan

Tanjong Piandang, Kerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tanjung Piandang)
Mukim Tanjong Piandang
Mukim Tanjong Piandang dalam Kerian
Mukim Tanjong Piandang dalam Kerian
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahKerian
Keluasan
  Jumlah
34.37 km2 (13.27 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
  Jumlah
12,448 orang
  Kepadatan362.1/km2 (938/batu persegi)

Tanjong Piandang ialah mukim di daerah Kerian, Perak, Malaysia.[2][3]

Mukim Tanjong Piandang merupakan salah satu mukim di daerah Kerian yang merupakan "Jelapang Padi Negeri Perak" kerana bentuk muka buminya yang rata menjadi pertanian utama penduduk mengusahakan sawah yang merupakan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini. Walaupun Tanjong Piandang tidak terkenal dengan sektor pelancongan namun ekonomi masyarakat setempat tertumpu kepada sektor pertanian kerana ia merupakan pendapatan utama penduduk Tanjong Piandang selain sektor perikanan.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Mukim Tanjong Piandang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam pentadbiran daerah Kerian, Perak.[3]

Mukim Tanjong Piandang ditadbir oleh seorang Penghulu iaitu En Mohammad bin Eslah dengan 8 buah kampung yang ditadbir oleh Ketua Kampung masing-masing.[perlu rujukan]

Mukim Tanjong Piandang bersempadan dengan negeri Kedah di utara, mukim Beriah di timur laut, mukim Gunong Semanggol di timur, mukim Selinsing di selatan, mukim Kuala Kurau di barat serta mukim Parit Buntar di barat laut.[1]

Bentuk muka bumi

[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi Tanjong Piandang adalah tanah pamah iaitu tanah rata yang kurang dari 5 meter dari paras laut. Kawasan tanah pamah ini ditebus guna dengan membuat petempatan baru dan membuka banyak tanah untuk dijadiakn sawah padi serta tanaman kelapa sawit. Sistem perparitan adalah menggunakan teknologi terkini yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian beberapa tahun yang lepas dengan peruntukkan sebanyak RM3 Juta.[perlu rujukan]

Petempatan

[sunting | sunting sumber]

Mukim Tanjong Piandang mempunyai 8 buah kampung dan ditadbir oleh 7 ketua kampung.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Peratusan penduduk di mukim Tanjong Piandang ialah kaum Melayu dengan peratusan sebanyak 55%, manakala kaum Cina sebanyak 35% dan kaum terkecil iaitu kaum India dengan 8% peratus manakala 2% lagi adalah lain-lain. Penduduk kaum Melayu di Tanjong Piandang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan di pekan Tanjong Piandang. Kaum Cina pula tinggal di kawasan pedalaman nelayan ataupun dipanggil "Bagan Cina" dan di pekan Tanjong Piandang manakala kaum India pula tinggal di petempatan Cina dan juga Melayu.[perlu rujukan]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sekolah di Tanjong Piandang:

Sekolah rendah

[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah

[sunting | sunting sumber]

Masjid-masjid

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Al-Huda Sungai Kota, Bagan Tiang
  2. Masjid Jamek
  3. Masjid Al-Amin Sungai Burung
  4. Masjid Al-Hidayah Parit
  5. Masjid Al-Taqwa Sungai Megat Aris
  6. Masjid Parit Haji Wahab
  7. Masjid Parit Tok Hin
  8. Masjid Sungai Labu Atas

Kawasan pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Antara kawasan pelancongan yang terdapat di mukim Tanjong Piandang termasuklah Ban Pecah, yakni kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing. Ia juga cukup terkenal dengan makanan laut, antaranya ialah kari sembilang merah. Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai negeri untuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian. Selain itu, antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing di Ban Pecah antaranya kerapu, siakap, pari serta jenahak.

  1. 1 2 3 "Tanjong Piandang". CityPopulation.de. Dipetik dari: Department of Statistics Malaysia (web).
  2. "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Perak" (PDF). Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). m/s. 25. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 Februari 2026.
  3. 1 2 "PENEMUAN UTAMA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Ogos 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]