Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA8655
Lokasi Kota Damansara PETALING JAYA, Selangor, Malaysia
Telefon 361402997
Faks 361402721


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 4 Kota Damansara, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kota Damansara.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara memiliki 938 pelajar lelaki dan 976 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1914 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara dibuka oleh  Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM iaitu Pn.Noriyati bt Ismail dan En.Husain bin Ayob pada 9 Jun 2003.Pada tarikh yang sama majlis suai kenal yang ringkas diadakan bagi pendaftaran kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun yang berjumlah 62 orang semuanya.           

   Pengurusan pentadbiran berjalan lebih lancar apabila Pengetua, Encik K. Sivanesen melapor diri pada 25 September 2003. Pn. Zurina bt Atan melengkapkan jumlah pentadbir apabila beliau melapor diri sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 1 Oktober 2003.Sehingga hujung tahun 2003,jumlah tenaga pengajar adalah 15 orang,anggota kumpulan sokongan  (AKS) seramai 5 orang dan pelajar-pelajar berjumlah 124 orang.

   Pada 16 September 2006, En. K Sivanesen telah bersara wajib. Jawatan Pengetua didisi oleh Pn. P. Vasuthevan pada 1 November 2006. Sungguhpun demikian, usia perkhidmatan beliau tidak lama di sini setelah beliau mendapat arahan untuk bertugas di sekolah lama beliau bagi menggantikan Pengetua yang bersara pada 1 April 2007. Pada tahun yang sama, SMK Seksyen 4 Kota Damansara telah menerima Pengetua yang ketiga iaitu Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin.

   Setelah menjangkau usia 4 tahun pada tahun 2007, jumlah pelajar pada hujung tahun ialah seramai 1607 orang, guru seramai 87 orang dan AKS seramai 12 orang. Pertambahan pelajar secara mendadak menyebabkan sekolah beroperasi secara dua sesi dengan Pn. Mariyamah bt. Ali Osman dilantik sebagai Penyelia Petang.

   Pada tahun 2008, setelah Pn.Mariyamah bt. Ali Osman dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Seksyen 18 Shah Alam, Pn. Aliah bt. Ngah Tasir telah dilantik menggantikan tempat beliau dengan jawatan Penolong Kanan Petang. Jumlah pelajar turut bertambah ke angka 1776 pada hujung tahun 2008. Staf akademik turut bertambah iaitu 104 orang guru terlatih dan kekurangan guru telah ditampung oleh 5 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menjadikan jumlah staf akademik keseluruhan seramai 109 orang. AKS berkurangan menjadi 11 orang sahaja.

Dari segi pembangunan fizikal sekolah, Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin, selaku Pengetua telah Berjaya mendapatkan sumbangan kewangan daripada beberapa pihak dan dengan kerjasama PIBG, pagar berbatu telah dibina bagi menggantikan pagar berdawai. Pentas terbuka di Dataran Harmoni turut dibina untuk kemudahan semua warga sekolah.

   Dari segi akademik, pencapaian di peringkat menengah rendah masih lagi sederhana manakala diperingkat menengah atas, keputusan 85.5% dalam SPM 2006 bagi kohort yang pertama adalah membanggakan. Peningkatan terus dicapai dengan keputusan 91.2% bagi kohort kedua dalam SPM 2007. Sekolah ini juga boleh berbangga dengan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Kejayaan pasukan ragbi, bola sepak dan taekwondo dalam banyak pertandingan, telah mengharumkan nama sekolah. Semoga SMK Seksyen 4 Kota Damansara akan terus mencatatkan sejarah manis dan seterusnya Berjaya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Tempat ke-2 Bahas Ala Parlimen 2017 Peringkat Daerah
  • Tempat ke-2 Syarahan Spontan Agama Peringkat Daerah
  • Tempat pertama Penganugerahan Musolla Terbaik peringkat Daerah
  • Tempat ke-3 Penganugerahan musolla Terbaik Peringkat Negeri Selangor
  • Johan sembilan kali berturut turut dalam Ragbi MSSD peringkat petaling
  • Johan peringkat PPDPU dalam pesta Bahasa Tamil 2017
  • Tempat ke-3 Forum Remaja 2018 Peringkat Daerah
  • Johan Pertandingan Pantun 2018 Peringkat Daerah
  • Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2018 Peringkat Daerah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara
Kota Damansara
Selangor, Malaysia
Telefon = 361402997
Fax = 361402721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]