Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Dataran Harmoni SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara is located in Bumi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara (Bumi)
Jalan Camar 4/1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Koordinat3°09′06″N 101°34′54″E / 3.151698°N 101.581739°E / 3.151698; 101.581739
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan; Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Bersusila
Nombor sekolah0361402997
Kod sekolahBEA8655
PengetuaEncik Mohd Zainudin bin Mohd Zain
Faks0361402721
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 4 Kota Damansara ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara, salah satu perbandaran di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.[1] Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BEA8655. Berdasarkan data sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021, sekolah ini berstatus bandar dan memiliki jumlah murid seramai 1021 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia memiliki 93 guru yang bertugas di sekolah ini.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara telah dibuka pada tahun 2003. Ia dibuka oleh Penolong Kanan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Puan Noriyati bt. Ismail dan Encik Muhamad Siraj Munir pada 9 Jun 2003. Pada tarikh pembukaan sekolah, majlis suai kenal ringkas telah diadakan bagi pendaftaran murid-murid Tingkatan 1-2. Seramai 62 orang murid menyertai majlis suai kenal yang juga merupakan murid yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara (SMK Seksyen 10 Kota Damansara), Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan (SMK Taman Medan) dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato' Harun (SMK Taman Dato' Harun).[3]

Dari segi akademik, pencapaian di peringkat menengah rendah masih lagi sederhana manakala diperingkat menengah atas, keputusan 85.5% dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 bagi kohort yang pertama adalah membanggakan. Peningkatan terus dicapai dengan keputusan 91.2% bagi kohort kedua dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007. Pencapaian sekolah ini dalam bidang kokurikulum seperti kejayaan pasukan ragbi, bola sepak dan taekwondo dalam banyak pertandingan, telah mengharumkan nama sekolah.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen bas SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara terletak di Jalan Camar 4/1 di Seksyen 4 Kota Damansara, salah satu perbandaran di Petaling Jaya. Secara geografi, ialah terletak di koordinat 3°09′06″N 101°34′54″E / 3.151698°N 101.581739°E / 3.151698; 101.581739 manakala dari segi pentadbiran ialah terletak di bawah Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. Terletak berhampiran dengan Klinik Kesihatan Kota Damansara, Stesen MRT Kota Damansara, Hospital Thomson Kota Damansara dan Pangsapuri Semarak.[1] Sekolah ini terletak di bawah naugan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama. SMK Seksyen 4 Kota Damansara dapat dicapai dengan mengunakan perkhidmatan Bas Perkhidmatan MRT dari Stesen MRT Kota Damansara di pintu B stesen, laluan T805 (Stesen Kota Damansara–Masjid Kota Damansara) dengan mengambil perhentian bernama "SMK Sek. 4 K.D.".[4][5]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) Jumlah guru (orang)
2009 1914 129
2019[6] 1180 103
2020[7] 1085 93
2021[2] 1021 93

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Tempat ke-2 Bahas Ala Parlimen 2017 Peringkat Daerah
  • Tempat ke-2 Syarahan Spontan Agama Peringkat Daerah
  • Tempat pertama Penganugerahan Musolla Terbaik peringkat Daerah
  • Tempat ke-3 Penganugerahan musolla Terbaik Peringkat Negeri Selangor
  • Johan sembilan kali berturut turut dalam Ragbi MSSD peringkat petaling
  • Johan peringkat PPDPU dalam pesta Bahasa Tamil 2017
  • Tempat ke-3 Forum Remaja 2018 Peringkat Daerah
  • Johan Pertandingan Pantun 2018 Peringkat Daerah
  • Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2018 Peringkat Daerah

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Data Rangkaian Sekolah-Sekolah Malaysia di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  2. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  3. ^ "Profil Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Kota Damansara". SMK Seksyen 4 Kota Damansara. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2017. Dicapai pada 21 Februari 2021 – melalui smks4kdbea8655.blogspot.com.
  4. ^ "MRT Kota Damansara (T805) & (T806) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T805 - MRT Kota Damansara Seksyen 4, 5 Kota Damansara". Moovit. 6 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  6. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  7. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.

Laman web[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]