Stesen MRT Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kota Damansara Rapid KL
کوتا دامنسارا
Kota Damansara MRT Station (2021).jpg
Stesen Kota Damansara pada tahun 2021.
LokasiStesen Kota Damansara, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°9′1″N 101°34′43″E / 3.15028°N 101.57861°E / 3.15028; 101.57861Koordinat: 3°9′1″N 101°34′43″E / 3.15028°N 101.57861°E / 3.15028; 101.57861
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluanLine 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganBus transport Rapid Bus: 780, T805, T806
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK06 
Sejarah
Dibuka16 Disember 2016
Perkhidmatan
RapidKL MRT
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Kota Damansara ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang. Ia terletak di antara Stesen MRT Kwasa Sentral dan Stesen MRT Surian dan mempunyai kod stesen iaitu SBK06.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Papan tanda stesen.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[a][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT PJU 5 tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Kota Damansara yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[5][6]

Nama stesen ini diambil dari nama kawasan perbandaran tersebut, iaitu Kota Damansara. Stesen MRT Kota Damansara telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian di Kota Damansara, Selangor berdekatan persimpangan Persiaran Surian dan Jalan Teknologi. Di sebelah selatan stesen adalah hospital swasta Thomson Hospital Kota Damansara manakala di utara stesen adalah Seksyen 4 Kota Damansara. Juga terletak berhampiran stesen adalah universiti swasta SEGi University, sekolah swasta Sri KDU School, SMK Sekysen 4 Kota Damansara dan taman perumahan PJU 3.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan Line 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Surian)
SBK Arah Utara Line 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK04  Kwasa Damansara (Kwasa Sentral)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8][9]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kota Damansara. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[10][11][12] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Hospital Thomson Kota Damansara dan Sekolah Sri KDU manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Pangsapuri Gugusan Melati dan Gugusan Matahari.[8][9]

Stesen Laluan Sungai Buloh–Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Selatan stesen Persiaran Surian
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Hospital Thomson Kota Damansara, Persiaran Teknologi, Universiti SEGi Cawangan Utama Kota Damansara dan Sekolah Sri KDU.
SBK Line Kota Damansara Station Entrance A 1.jpg
B Utara stesen Jalan Camar 4/5
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Seksyen 4 Kota Damansara, Pangsapuri Gugusan Melati Blok A dan D, Pangsapuri Gugusan Matahari dan SMK Sekysen 4 Kota Damansara.
SBK Line Kota Damansara Station Entrance B 1.jpg

Reka bentuk stesen[sunting | sunting sumber]

Permandangan luar stesen MRT Kota Damansara.

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[13][14] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[15]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 780, T805 dan T806 berkhidmat di stesen ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stesen ini dan stesen lain yang dibawah pembukaan Fasa 1 telah disiapkan awal berbanding stesen-stesen yang berada di Fasa 2 Laluan Kajang.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ahmad Suhael Adnan (Julai 18, 2017). "Selesa, cepat naik MRT sepanjang jajaran 51km". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-20.
  2. ^ Meng Yew Choong (2021-07-10). "Flashback #Star50: Why drive? Get on the MRT". The Star Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  3. ^ Kevin Smith (2014-10-14). "Malaysia to build second Klang Valley metro line" (dalam bahasa Inggeris). International Railway Journal. Dicapai pada 2021-10-10. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
  5. ^ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 2021-10-10.
  6. ^ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  7. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  8. ^ a b "Kota Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  9. ^ a b "Kota Damansara MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
  10. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  11. ^ "MRT Kota Damansara (T805) & (T806) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-21. Dicapai pada 2017-07-22.
  12. ^ "MRT Kota Damansara (T805) & (T806) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  13. ^ "Sungai Buloh—Kajang line - Stations". MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  14. ^ "面积外观易辨识 "三铁"车站各具特色". Oriental Daily Online (dalam bahasa Cina). KTS Group. 2016-08-14. Dicapai pada 2021-10-10.
  15. ^ "MRT Corp awards 3 system work contracts worth RM302mil". The Star. 6 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2018. Dicapai pada 3 December 2018.
  16. ^ Bernama (2016-09-26). "Fasa Pertama Projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Semantan Siap Awal". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]