Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 3 Jun 2010
Agensi terdahulu Jabatan Keretapi Malaysia
 
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Di bawah tanggungjawab Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat Putrajaya
Eksekutif agensi Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi
 
Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Eksekutif
 
Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif
Tapak web
www.spad.gov.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada hari Khamis, 3 Jun 2010. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai pengerusi. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen 2010. Tujuan SPAD ialah meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang menjadi teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) . Tumpuan kepada Semenanjung Malaysia kemudian peringkat Sarawak dan Sabah. Antaranya ialah menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya. SPAD akan mengambil alih peranan Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]