Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin
سكوله رنداه اسلام رياض الصالحين
Alamat
Pos 1, Lorong Ustaz Syed Nordin, Parit Lintang Barat, Kampung Sungai Kajang
Batu Pahat, 83000, Johor
Malaysia
Maklumat
JenisPendidikan rendah
MotoMembina Iman, Membela Islam
ممبينا ايمان،ممبيلا اسلام
Ditubuhkan1986
Lembaga sekolahLembaga Pengelola Sekolah SRIRS
Nombor sekolahJJAA001
PengetuaUstazah Hjh Zainon Binti Ab. Samad (2016 - current)
GredDarjah 1 - 6
Kapasiti400
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Warna            
Merah, Hijau, Putih
Laman sesawang

Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin[1] (singkatan: SRIRS, kadang-kala dikenali sebagai Sekolah Agama Sungai Kajang) merupakan sebuah sekolah swasta yang dikelolakan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang dilantik oleh Anjuran Prestasi Sdn. Bhd. (APSB). SRIRS merupakan institusi pendidikan di Malaysia yang menyediakan pendidikan rendah kepada pelajar-pelajar khususnya warganegara Malaysia bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Pada tahun 2023, bilangan murid ialan seramai 293 orang. Dengan kapasiti maksimum sebanyak 375 orang murid, SRIRS ini menawarkan program pendidikan kurikulum akademik dan diniyyah yang menggabungkan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang kelolaan dan punca kuasa Jabatan Pendidikan Swasta Sekolah Rendah Islam Swasta di bawah JPS Malaysia[2] dan Jakim UPKK[3]. Pada tahun 2023 bilangan guru yang bertugas ialah seramai 26 orang dan dibantu oleh 3 staf sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Di dalam sejarahnya, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1986. Dengan mengambil bersempena nama sebuah sekolah di Muar, Johor: Sekolah Rendah Islam Abbasiyah. Sekolah ini bermula beroperasi dengan bilangan 7 orang murid dan dibimbing oleh 2 orang tenaga guru pengajar. Sekolah beroperasi di premis di Taman Banang, Batu Pahat, Johor. Kemudiannya sekolah menerima pertambahan pelajar dan berpindah ke sebuah bangunan di Sekolah Diamond Jubilee, Jalan Panchor Air di Batu Pahat, pada tahun 1988. Sekolah dijenamakan semula dengan memakai nama Sekolah Rendah Islam Tanwiriyah; bersempenakan nama sebuah sekolah di Parit Jawa, Muar, Johor. Pada ketika ini, bilangan murid melebehi 100 orang dan dibimbing oleh 7 orang guru.

Ekoran daripada satu peristiwa struktur bangunan yang tidak stabil dan runtuh, pengelola telah bermuafakat memindahkan operasi sekolah ke Lorong Sri, Sungai Kajang, Batu Pahat. Pada tahun 1991 ini, sekolah dinamakan Sekolah Rendah Islam Sg. Kajang. Masyarakat tempatan mengenali sebagai SRI Sg. Kajang, atau Sekolah Rendah Agama Sungai Kajang.

Pengelola yang terdiri daripada pemegang-pemegang amanah telah ditubuhkan untuk membeli sebidang tanah di Lot 1592, Lorong Ustaz Syed Nordin Lintang Barat, Kampung Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor. Pada tahun 1999 SRI Sg. Kajang berpindah dan beroperasi di lokasi baharu ini dan masih kekal sehingga kini. Nama sekolah juga telah bertukar kepada Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faisal Bin Ali. "Profil SRIRS (2022)". LPS SRIRS. Dicapai pada 8 Ogos 2023.
  2. ^ "Pengajian Al-Qur'an sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu, Kelantan : kajian terhadap perlaksanaannya". Malaysian Theses Online (MyTO). Dicapai pada 1 September 2023.
  3. ^ "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia". Ujian Penilaian Kelas Kafa. Dicapai pada 8 Ogos 2023.