Mat Luthfi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolahaha)
Jump to navigation Jump to search
Mat Luthfi
KelahiranMuhammad Luthfi bin Rohime
(1990-06-23) 23 Jun 1990 (umur 29)
Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Pusat pendidikanUniversiti Curtin
PekerjaanPersonaliti media sosial, penulis, pengarah filem
Tahun aktif2012–kini

Muhammad Luthfi bin Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Mat Luthfi juga seorang penulis dan setakat 2018, telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Sekolahaha (2018)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Catatan Matluthfi (2014)
  • Momen² Matluthfi (2015)
  • Kisah 25 Filsuf Barat (2016)
  • Alegori Rumah Api (2017)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Aksi di YouTube Paling Popular Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Personaliti Media Sosial Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MAT LUTHFI". KPJ Healthcare University College (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai 15 Ogos 2018. 
  2. ^ Madiha Abdullah (30 Januari 2016). "Mat Luthfi kini bergelar suami". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai 15 Ogos 2018. 
  3. ^ Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq' Astro Awani (15 Disember 2015). Dicapai pada 5 September 2018.
  4. ^ Najihah Malek (31 Mac 2015). YTOTW: Mat Luthfi Dan Bagaimana Anak Kelahiran Kedah Ini Menjadi Sensasi Says. Dicapai pada 5 September 2018.
  5. ^ #TerkiniMA: Mat Luthfi akhirnya mengarahkan filem pertama, Sekolahaha Movie Addict Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]