Senarai leksikologi bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isi kandungan:     UtamaABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ  
Untuk mengelakkan senarai ini menjadi terlalu panjang, masukkan entri yang tidak berasal daripada bahasa Inggeris sahaja.


Rencana ini mencuba menyenaraikan sebilangan leksikologi bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebilangan kamus bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, peratusan kata pinjaman dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu, berdasarkan 28,651 kata dasar yang dikaji, adalah seperti yang berikut: [1]

Bahasa Bil. perkataan Peratusan (%) berdasarkan
seluruh kata pinjaman
Peratusan (%) berdasarkan seluruh
perbendaharaan kata Melayu
Bahasa Inggeris 2,381 23.7% 8.3%
Bahasa Arab 1,791 17.8% 6.3%
Bahasa Jawa 1,482 14.5% 5.2%
Bahasa Belanda 1,387 13.8% 4.8%
Bahasa Minangkabau 1,003 10.0% 3.5%
Bahasa Jakarta 920 9.1% 3.2%
Bahasa Sanskrit 490 4.9% 1.7%
Bahasa Cina 188 1.9% 0.7%
Bahasa Sunda 90 0.9% 0.3%
Bahasa Portugis 83 0.8% 0.3%
Bahasa Parsi 81 0.8% 0.3%
Bahasa Tamil 57 0.6% 0.2%
Bahasa Hindi 57 0.6% 0.2%
Bahasa Jepun 16 0.2% 0.1%
Bahasa lain 36 0.4% 0.1%
Jumlah 10,062 35.2%

Bagaimanapun, analisis ini tidak merangkumi sejumlah besar istilah sains dan teknologi, serta juga istilah dalam bidang-bidang akademik yang lain, yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.

Rujukan[sunting | sunting sumber]