Senjata pemusnah besar-besaran Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan tentera Myanmar dikatakan sedang dalam proses menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran, termasuk senjata nuklear, menurut beberapa laporan anti-kerajaan sejak 2007 lagi. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang boleh dipercayai dan hampir semua maklumat tidak dapat disahkan secara berasingan.[1]

Pada 3 Jun 2010,penyelidikan oleh kumpulan anti kerajaan Myanmar Suara Demokrasi Myanmar mendapati Myanmar membangunkan senjata nuklear. Mereka mendapat dokumen yang telah diseludup ke luar negara. Ratusan fail dan bukti daripada Sai Thein Win, seorang major tentera Myanmar. Sai Thein Win adalah seorang jurutera pertahanan dan bekas pasukan pertahanan peluru berpandu yang bekerja di kilang khas di Myanmar. Dia ditugaskan untuk merekacipta komponen prototaip untuk peluru berpandu dan program nuklear.

Laporan PBB mengatakan ada bukti bahawa Korea Utara telah mengeksport teknologi nuklear ke Myanmar, Iran dan Syria. Latihan kepakaran dipelajari dari Rusia. Pada 2009 disiarkan gambar rangkaian terowong yang dibina dengan bantuan Korea Utara.

Robert Kelley, bekas pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan ia adalah bukti jelas tentang program untuk membina senjata atom di Myanmar. Adalah tidak masuk akal ia digunakan untuk janakuasa elektrik. Amerika cukup bimbang dengan 'kegiatan yang mencurigakan di Myanmar'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Media spin takes on nuclear proportions Diarkibkan 2008-03-08 di Wayback Machine, Democratic Voice of Burma, 10 Jun 2007, Dicapai 17 April 2010.