Pergi ke kandungan

Perang biologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Senjata biologi)

Perang biologi (biological warfare-BW), juga dikenali sebagai peperangan kuman, senjata biologi, dan senjatabio, merujuk kepada penggunaan sebarang patogen (bakteria, virus atau organisma penyebab penyakit lain sebagai senjata perang. Menggunakan keluaran toksin bukan hidup, walaupun jika ia dihasilkan oleh organisma hidup (contoh, toxin), dianggap sebagai peperangan kimia (chemical warfare) di bawah terma Persidangan Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention). Senjata perang biologi mungkin bertujuan membunuh, melumpuh, atau menyukarkan seseorang, dan juga seluruh bandar dan tempat. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai bahan atau pertahanan terhadap penggunaan sebegini. Perang biologi merupakan teknik ketenteraan yang boleh digunakan oleh negeri, negara atau kumpulan bukan negara. Dalam kes terakhir, atau jika negara menggunakan secara rahsia, ia juga ditakrifkan sebagai bioterorisme (bioterrorism).

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Penghasilan dan penyimpanan senjata biologi ("BW penyerang") telah diharamkan oleh Persidangan Senjata Biologi (Biological Weapons Convention - BWC) 1972, yang ditandatangani oleh lebih 100 negara. BWC masih kekal dilaksanakan. Rasional bagi perjanjian tersebut adalah bagi mengelakkan kesan kemusnahan oleh serangan biologi yang berjaya yang mungkin menyebabkan jutaan, malah berbilion, kematian dan menyebabkan gangguan teruk kepada masyarakat dan ekonomi. Agak pelik, persidangan itu hanya melarang penghasilan dan penyimpanan, tetapi bukannya penggunaan senjata tersebut. Bagaimanapun di kalangan penganalisa ketenteraan adalah, kecuali dari konteks jenayah bio, senjata biologi tidak berguna bagi kegunaan tentera. Kebanyakan negara melakukan penyelidikan senjata biologi (penggunaan bagi perlindungan atau pertahanan) yang tidak dilarang oleh Persidangan Senjata Biologi. Sebagai senjata taktikal, masalah ketenteraan utama dengan serangan senjata biologi adalah ia memakan masa berhari-hari untuk berkesan, dan dengan itu tidak seperti serangan nuklear atau kimia, tidak akan menghentikan pasukan musuh dengan serta-merta. Sebagai senjata strategik, senjata biologi juga merupakan masalah ketenteraan, sungguhpun kecuali bagi pihak Soviet, agen biologi dalam senjata tidak merebak antara seseorang dengan seseorang. Penyebaran kurang ditekankan bagi penjenayah, tetapi merupakan kerisauan besar bagi pembangunan senjata biologi selepas Perang Dunia II oleh kuasa besar.

Templat:History of war

Perang biologi telah digunakan berulang kali sepanjang sejarah. Sebelum abad ke-20, kegunaan agen biologi dilakukan dalam tiga bentuk:

  • Meracunkan makanan atau minuman dengan bahan berjangkit
  • Menggunakan mikroorganisma, toksin atau haiwan, hidup atau mati, dalam sistem senjata
  • Menggunakan kain yang dijangkit secara biologi

Dunia Silam

[sunting | sunting sumber]

Semasa abad ke-6 B.C, Orang Assyrian meracun telaga musuh dengan ergot, fungi yang membuatkan musuh khayal, dan Solon dari Athens menggunakan racun herba Veratrum bagi meracunkan bekalan air Phocaea semasa pengepungannya terhadap bandar tersebut. Sem,asa abad ke-4 B.C. Pemanah Scythia menggunakan anak panah dengan mata bersalut najis haiwan bagi menyebabkan luka musuh dijangkiti.[1] In 204 B.C, Hannibal dari Carthage menyediakan belanga tembikar di sisi dengan ular beracun dan mengarahkan tenteranya untuk melontar belanga tersebut kepada kapal Pergamon.[2].

Perang Biologi Zaman Pertengahan (Medieval)

[sunting | sunting sumber]

Empayar Mongol menubuhkan hubungan perdagangan dan politik antara kawasan Timur dan Barat dunia. Ia kemungkinannya tentera Mongol dan kafilah pedagang secara tidak sengaja membawa wabak bubonik dari Asia tengah ke Eropah dan Timur Tengah. Maut Hitam (Black Death) merebak sepanjang Eurasia, membunuh sekitar satu per tiga dari penduduk dan menukar haluan sejarah Asia dan Eropah.

Semasa Zaman Pertengahan, mangsa wabak bubonik digunakan sebagai serangan biologi, sering kali dengan melontar mayat dan najis mereka melintasi dinding istana kota menggunakan majenik. Pada 1346, mayat pejuang Mongol dari Golden Horde yang mati akibat wabak dilontar melintasi dinding bandar Crimean dari Kaffa (kini Theodosia). Ia dijangkakan bahawa operasi ini mungkin bertanggung jawab bagi kejadian Maut Hitam (Black Death) di Eropah.[3]

Pada tahun 1422, semasa pengepungan istana Bohemia di Karlstein, Hussite penyerang menggunakan catapults untuk melontar mayat (sungguhpun bukan dijangkiti wabak) dan najis sebanyak 2000 isi pedati melepasi dinding kota.[1] Kejadian terakhir kejadian menggunakan mayat berpenyakit bagi perang biologi berlaku pada tahun 1710, apabila pasukan Russia menyerang Sweden dengan melontar mayat yang dijangkiti melepasi dinding kota bandar Reval(Tallinn).[4] Bagaimanapun, semasa pengepungan La Calle 1785, pasukan Tunisia melontar pakaian yang dijangkiti kedalam kota.[1]

Zaman Moden

[sunting | sunting sumber]

Abad ke-17

[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun ia bukanlah perang kuman, yang membawa erti penyebaran kuman secara sengaja terhadap musuh, penyebaran penyakit berjangkit secara tidak sengaja yang menyeberangi lautan Atlantik semasa dunia era penjelajahan Eropah mengakibatkan kerosakan teruk kepada penduduk pribumi Amerika Utara dan Selatan. kesan dari penyakit "pertukaran Columbia keatas penduduk Tempatan Amerika merupakan malapetaka, mengurangkan penduduk puak yang dijangkiti sehingga antara 50-90%.[5] [6] Ketika Penghijrah (Pilgrims) tiba di Dunia Baru pada 1620, penduduk asli kawasan Plymouth telah hampir pupus akibat penyakit yang datang bersama nelayan Eropah ke persisiran timur laut. Penakluk Sepanyol ke atas Aztek di Mexico dan penguasaan Inggeris di Amerika Utara mungkin tidak akan berlaku sekiranya tidak kerana kesan kemusnahan oleh penyakit yang sebelumnya tidak diketahui di Amerika dan yang mana penduduk tempatan tidak mempunyai daya ketahanan diri.[7]

Abad ke-18

[sunting | sunting sumber]
cadangan Amherst

Penduduk asal Amerika merudum selepas hubungan dengan Dunia Lama disebabkan pengenalan banyak penyakit membawa maut yang berlainan. Bagaimanapun, terdapat hanya satu kes yang dituduh sebagai perperangan biologi, membabitkan komander British, Lord Jeffrey Amherst dan pegawai Swiss-British, Kolonel Henry Bouquet, yang perutusan termasuk rujukan kepada idea mengedarkan selimut dijangkiti cacar (smallpox) kepada Indian sebagai sebahagian dari apaa yang dikenali sebagai Pemberontakan Pontiac yang berlaku semasa pengepungan Kota Pitt pada penghujung Perang Perancis Indian (1756-1763). Sejarahwan gagal mengesahkan samaada rancangannya dilaksanakan, terutamanya disebabkan penyakit cacar telahpun hadir dikawasan ini. Asal kebanyakan penyakit yang membunuh berjuta penduduk asli di Amerika boleh dijejak kembali kepada penduduk Eurasian yang telah tinggal selama beberapa dekad (‘’ millennia ‘’) berhampiran dengan haiwan ternakan. Tanpa hubungan lama dengan haiwan ternakan, penduduk asli Amerika tidak mempunyai daya tahan kepada plague, measles, batuk kering, cacar atau kebanyakan jenis influenza.

(Cubaan oleh mubaligh bagi memberikan inokulasi kepada penduduk tempatan biasanya berhadapan dengan syak wasangka, dengan itu meninggalkan penduduk tempatan terdedah sepenuhnya kepada epidemik.) Sungguhpun ketiadaan bukti sejarah, dakwaan bahawa tentera British dan Amerika menggunakan perperangan kuman terhadap puak Amerika Utara kekal pasti dalam tradisi lisan dan budaya popular. Sejarah lisan mengenai penggunaan selimut dijangkiti cacar amat kuat terutamanya dalam tradisi lisan negara pribumi sepanjang persisiran barat Kanada.

Abad ke-19

[sunting | sunting sumber]

Ia sukar bagi membezakan antara niat jahat dengan kejahilan. Pada 1834 Cambridge Diarist Richard Henry Dana (Two Years Before the Mast; ada dalam Project Gutenberg) melawat San Francisco menaiki kapal dagang. Kapalnya berdagang dengan banyak barangan termasuk selimut dengan Mexico dan Russia yang telah menubuhkan pos luar (outpost) di bahagian utara Teluk San Francisco. Sejarah tempatan merakamkan bahawa epidemik cacar merebak di kota Russia sejurus selepas mereka pergi. Selimut merupakan barang perdagangan popular, dan sumber paling murah adalah selimut terpakai yang sering dijangkiti.

Penduduk tempatan di Aptos memberikan orang-orang Sepanyol hadiah bunga dibalut dalam oak beracun, dan turut digunakan oleh mereka bagi tujuan lain seperti mengeringkan bakul mereka.

Semasa Perang Saudara Amerika, Jeneral Sherman melaporkan bahawa pihak Persekutuan Amerika (Confederate States of America) menembak haiwan peliharaan dalam kolam yang digunakan oleh pihak Union sebagai air minuman.

Abad ke-20

[sunting | sunting sumber]

Kemajuan pada abad ke-20 dalam mikrobiologi membolehkan agen biologi kultur tulin dibangunkan menjelang Perang Dunia II. Terdapat tempoh pembangunan oleh banyak negara, dan Unit 731 Jepun, kebanyakkannya ditempatkan di Pingfan dalam jajahan China dan diperintahkan oleh Shirō Ishii, melakukan penyelidikan bagi perang biologi, melakukan ujian manusia paksaan, dan membekalkan senjata biologi bagi serangan di China.[8].

Sebelum dan semasa Perang Dunia II

[sunting | sunting sumber]

Protokol Geneva 1925 melarang penggunaan senjata kimia dan biologi, tetapi senyap mengenai penghasilan, penyimpanan atau pemindahan. Perjanjian berikutnya menlitupi aspek ini.

1937 hinggan 1945
[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun, semasa Perbicaraan Jenayah Perang Khabarovsk, yang tertuduh, seperti Major Jeneral Kiyashi Kawashima, memberi keterangan bahawa, seawal 1941, sejumlah 40 orang ahli Unit 731 menjatuhkan pepijat yang dicemari plague dari udara di Changde. Operasi ini menyebabkan berlakunya wabak berjangkit.[9]. Keterangan orang pertama mengatakan tentera Jepun menjangkiti orang awam melalui pengagihan makanan yang dicemari, seperti apam (dumplings) dan sayur-sayuran. Terdapat juga laporan mengenai pencemaran bekalan air. Tiga veteren Unit 731 memberi keterangan, dalam wawancara kepada Asahi Shimbun, bahawa mereka merupakan sebahagian daripada misi mencemari sungai Horustein dengan typhoid berhampiran tentera Soviet semasa Pertempuran Khalkhin Gol.[10]

Jangkaan sebegitu melaporkan lebih 580,000 mangsa, kebanyakannya disebabkan wabak plague dan cirit-birit (cholera). Tambahan lagi, wabak bermusim yang berulang selepas tamat perang menjadikan jumlah kematiaan lebih tinggi.

Sebagai tindak balas kepada pembangunan senjata biologi di Jerman dan Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada memulakan pembangunan program Senjata Biologi pada 1941 yang menghasilkan tularemia dibuat senjata, penyakit Anthrax, brucellosis, dan toxin botulism. Pusat bagi penyelidikan senjata biologi Amerika Syarikat adalah di Fort Detrick, Maryland, di mana USAMRIID kini ditempatkan; direktor pertama merupakan esekutif pharmaseutikal George W. Merck.

Sesetengah penyelidikan biologi dan senjata kimia dan ujian turut dilakukan di Pusat Penilaian Dugway (Dugway Proving Ground) di Utah, di kompleks kilang peluru at a munition di Terre Haute, Indiana, dan di sekeping tanah di Pulau Horn, Mississippi [11].

Ujian lapangan yang dilakukan di United Kingdom semasa Perang Dunia II meninggalkan Pulau Gruinard di Scotland tercemar dengan anthrax selama 48 tahun berikutnya.

1946 hingga 1972
[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dingin, pembantah moral digunakan sebagai bahan ujian bagi agen biologi dalam program yang dikenali sebagai Operasi Whitecoat.[12] There were also many unpublicized tests carried out on the public during the Cold War.[13]

anak bom biologi E120, dibangunkan sebelum U.S. menanda tangani Perjanjian Senjata Biologi dan Toksik.

Penyelidikan mendalam dalam senjata biologi telah dilakukan oleh Amerika Syarikat (lihat see Ujian Senjata Biologi), dan Soviet Union, dan kemungkinannya Negara utama lain sepanjang era Perang Dingin, sungguhpun ia dipercayai bahawa senjata sedemikian tidak pernah digunakan selepas Perang Dunia II. Pendapat ini dicabar oleh China dan Korea Utara, yang menuduh Amerika Syarikat melakukan ujian lapangan besar-besaran bagi senjata biologi, termasuk penggunaan serangga penyebar penyakit terhadap mereka semasa Perang Korea (1950-1953). Cuba turut menuduh Amerika Syarikat sebagai menyebar penyakit manusia dan haiwan di pulau mereka. [14] [15] Menurut [16], dokumen yang baru dibebaskan [17] menunjukkan bahawa ini merupakan maklumat salah yang dihasilkan oleh perisikan Soviet. Kaitan dokumen ini dengan persoalan ini dipertikaikan.[18].

Menjelang Perang Korea, US hanya menghasilkan satu agen senjata, tularemia, yang disebabkan oleh Franciscella tularensis. Bentuk senjata asal menggunakan anak bom bulat E120, yang jelas menonjol [19].

Richard Nixon menandatangani arahan esekutif pada November 1969, yang menghentikan penghasilan senjata biologi di U.S. dan membenarkan hanya penyelidikan saintifik terhadap agen biologi membunuh dan langkah mempertahankan diri, seperti immunisasi dan biosalamat. Simpanan peluru biologi dimusnahkan, dan sekitar 2,200 penyelidik kehilangan kerja.[11].

Selepas menandatangani Perjanjian Senjata Biologi
[sunting | sunting sumber]

Pada 1972, U.S. menandatangani Perjanjian Senjata Biologi, yang melarang "pembangunan, penghasilan, dan penyimpanan mikrobes atau hasil beracun mereka kecuali bagi penyelidikan pertahanan dan aman." Menjelang 1996, 137 negara telah menandatanganinya. Ia bagaimanapun dipercayai bahawa semenjak menandatangani Perjanjian tersebut jumlah negara berupaya menghasilkan senjata sedemikian telah meningkat.

Soviet Union meneruskan penyelidikan dan penghasilan senjata biologi menyerang dalam program yang dikenali sebagai biopreparat, sungguhpun selepas menandatangani perjanjian. Amerika Syarikat tidak menyedari mengenai program tersebut sehingga Dr. Vladimir Pasechnik berpaling tadah pada 1989, dan Dr. Kanatjan Alibekov, timbalan direktor Biopreparat berpaling tadah pada 1992.

Selepas Perang Teluk Parsi 1991, Iraq mengakui kepada pasukan pemeriksa Bangsa-bangsa Bersatu sebagai telah menghasilkan 19,000 L toksin botulinum pekat, yang dianggarkan sekitar 10,000 L diisi dalam senjata ketenteraan. Toksin pekat 19,000 L ini tidak dijelaskan sepenuhnya. Dari segi principal, ini mewakili sekitar 3 ganda jumlah diperlukan bagi membunuh keseluruhan umat manusia melalui pernafasan.[20] Dari segi pratikal, ia mustahil bagi menyebarkannya dengan begitu berkesan, dan, kecuali, dilindungi dari oksigen, ia terurai dalam simpanan.[21]

Bermula 18 September 2001, beberapa surat diterima oleh ahli Kongres Amerika Syarikat dan cawangan media mengandungi anthrax. Serangan ini membunuh lima orang. Identiti penyerang kekal tidak dikenali sehingga 2008.[22]

Ciri-ciri senjata biologi

[sunting | sunting sumber]
Simbol bahaya biologi antarabangsa.

Ciri-ciri sempurna bagi senjata biologi adalah stabil (infectivity), amat berkesan, mempunyai vaksin, dan disebar menggunakan semburan.

Penyakit yang dipertimbangkan bagi kegunaan senjata biologi adalah berasaskan keupayaan membunuh (dalam jumlah mencukupi), dan ketahanan (membolehkan penghantaran menggunakan semburan.).

Agen biologi yang digunakan dalam senjata biologi sering kali boleh dihasilkan dengan cepat dan mudah. Kesukaran utama bukanlah penghasilan sagen biologi tetapi penghantaran dalam bentuk berkesan kepada sasaran lemah.

Sebagai contoh, anthrax sering kali dianggap agen berkesan disebabkan beberapa sebab. Pertama, ia membentuk spora yang tahan, sesuai bagi penyebaran melalui semburan. Kedua, jangkitan paru-paru antraks biasanya tidak menyebabkan jangkitan kedua pada orang lain. Dengan itu kesan agen biasanya terhad kepada sasaran. Jangkitan antraks paru-paru berair (pneumonik) bermula sebagai dengan tanda-tanda "selsema" dan dengan pantas membunuh, dengan kadar kematian 80% atau lebih tinggi. Akhir sekali, tentera sahabat boleh dilindungi dengan antibiotik yang sesuai..

Serangan besar-besaran menggunakan natraks akan memerlukan penghasilan partikal semburan bersaiz 1.5 to 5 mikrometre. Semburan yang terlalu besar akan ditapis oleh sistem pernafasan. Terlalu kecil dan semburan akan disedut dan dihembus keluar. Juga, pada saiz ini, serbuk tidak mengalir cenderung untuk bergumpal dan melekat disebabkan cas eletrostatik. Ini menghalang penyebaran. Dengan itu, bahan mesti ditebat dan dinyah cas. Semburan mesti disebar agar hujan dan matahari tidak menguraikannya, tetapi paru-paru manusia boleh dijangkiti. Terdapat beberapa masalah teknologi juga yang perlu diselesaikan.

Penyakit yang dipertimbangkan sebagai senjata, atau diketahui sebagai senjata termasuk penyakit antraks, ebola, virus Marburg, wabak bubonik, kolera, tularemia, brucellosis, demam Q, machupo, Coccidioides mycosis, Glanders, Melioidosis, Shigella, demam tompok Gunung Rocky (Rocky Mountain spotted fever), typhus, Psittacosis, demam kuning, Japanese B encephalitis, Rift Valley fever, dan cacar [11]. Toksin yang terhasil secara semulajadi yang boleh dijadikan senjata termasuk ricin, SEB, botulism toxin, saxitoxin, dan banyak jenis mykotoksin. Organisma yang menyebabkan penyakit ini dikenali sebagai agen terpilih. Memiliki, menggunakan, dan pemindahan dikawal oleh Program Agen Terpilih di bawah Pusat bagi Mengelak dan Mengawal Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention).

Menyerang tanaman dan haiwan

[sunting | sunting sumber]

Perang biologi juga mengsasarkan tumbuhan bagi memusnahkan tanaman dan meluruhkan daun tumbuhan pokok. Amerika Syarikat dan Britain mendapati pengawal pertumbuhan tumbuhan (contoh., racun pokok) semasa [[Perang Dunia II, dan memulakan program Perang Herbisid (Herbicidal Warfare) yang akhirnya digunakan di Malaya dan Vietnam dalam melawan pengganas. Sungguhpun herbisid merupakan bahan kimia, ia sering dikelompokkan bersama perang biologi sebagai pengawal bio dalam bentuk yang sama seperti biotoksin. Taktik bumi hangus atau memusnahkan ternakan dan ladang dilaksanakan dalam perang Vietnam dan Perang Eelam di Sri Lanka.

Amerika Syarikat membangunkan keupayaan anti-tanaman semasa Perang Dingin dengan menggunakan penyakit tanaman (bioherbisid, atau mykoherbicide) bagi memusnahkan pertanian musuh. Ia dipercayai bahawa kemusnahan pertanian musuh pada skala strategik mampu menghalang ancaman Sino-Soviet dalam perang umum. Penyakit seperti blas gandum (wheat blast) dan blas padi (rice blast) dijadikan senjata dalam tangki semburan udara dan gugusan bom bagi penyebaran di kawasan pertanian di bahagian belakang musuh untuk memulakan epiphitotik (wabak pada tumbuhan). Apabila Amerika Syarikat meninggalkan program serangan perang biologinya pada 1969 dan 1970, sebahagian besar simpanan biologinya terdiri dari penyakit tumbuhan ini.

Pada 1980-an Kementerian Pertanian Soviet telah berjaya membangunkan variasi penyakit kuku dan mulut dan rinderpest terhadap lembu, demam babi Afrika bagi babi, dan psittakosis bagi membunuh ayam. Agen ini disediakan bagi semburan melalui tangki yang dipasang kepada kapal terbang melitupi beratus batu. Program rahsia ini diberi nama kod "Ecology".[11]

Menyerang haiwan merupakan satu lagi bahagian dalam perang biologi bertujuan menghapuskan sumber haiwan bagi pengangkutan dan makanan. Semasa Perang Dunia I agen Jerman ditangkap cuba menyuntik haiwan pengangkutan dengan antraks, dan mereka dipercayai bertanggung jawab bagi wabak glander pada kuda dan baghal. Pihak British mencemari makanan palet kecil dengan antraks semasa Perang Dunia II sebagai cara berpotensi untuk menyerang lembu Jerman bagi penafian makanan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata tersebut. Pada 1950-an Amerika Syarikat menjalankan ujian lapangan bagi kolera babi.

Sungguhpun tidak berkait dengan perperangan antara manusia, manusia secara sengaja telah memperkenalkan penyakit arnab Myxomatosis, yang berasal dari Amerika Selatan, ke Australia dan Eropah, dengan tujuan mengurangkan bilangan arnab - yang menyebabkan kesan yang besar tetapi mempunyai kesan sementara, menyebabkan bilangan arnab liar berkurangan dengan banyaknya berbanding dengan jumlah sebelumnya tetapi arnab yang masih hidup menjadi kebal dan bilangannya kembali meningkat.

Peranan jabatan kesihatan awam dan pemantauan penyakit

[sunting | sunting sumber]

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa organisma senjata biologi moden dan klasik merupakan penyakit haiwan, satu pengecualian hanyalan penyakit cacar. Dengan itu, dalam sebarang penggunaan senjata biologi, kemungkinan besar haiwan akan jatuh sakit serentak atau kemungkinannya lebih awal berbanding manusia. Malah, dalam kejadian kemalangan senjata biologi terbesar yang diketahui—wabak antraks di Sverdlovsk (kini Yekaterinburg) di Soviet Union pada tahun 1979, biri-biri jatuh sakit akibat antraks sejauh 200 kilometer dari titik perlepasan kemudahan tentera di kedudukan paling selatan bandar (dikenali sebagai kompoun 19 dan masih tidak boleh dilawati masa kini, lihat kebocoran antraks Sverdlovsk).

Dengan itu, sistem penyeliaan membabitkan involving pengamal perubatan dan doktor haiwan mungkin dapat mengenalpasti serangan senjata bio pada awal wabak, membenarkan langkah mengawal penyakit pada sebahagian besar orang (dan/atau haiwan) yang terdedah tetapi belum jatuh sakit. Sebagai contoh dalam kes antraks, kemungkinannya dalam 24 - 36 jam selepas serangan, peratusan kecil individual (mereka dengan sistem daya ketahanan diri lemah atau menerima dos besar organisma akibat berada berhampiran dengan titik pembebasan) akan sakit dan menunjukkan simptom (termasuk keputusan sinar-X hampir unik, yang mudah disedari oleh pegawai perubatan awam sekiranya mereka menerima laporan pantas). Dengan menjadikan data ini tersedia kepada pegawai kesihatan tempatan secara langsung, kebanyakan model wabak antraks menunjukkan lebih dari 80% penduduk yang terdedah boleh menerima rawatan antibodi sebelum menunjukkan simptom, dan dengan itu mengelak kadar kematian serdahana penyakit tersebut.

Mengenal pasti senjata bio

[sunting | sunting sumber]

Matlamat pertahanan bio adalah menyelaras usaha berkekalan dikalangan polis, diplomat, perisikan, penyedia kesihatan, perubatan, keselamatan negara dan dalam negara. Penyedia kesihatan dan pegawai kesihatan awam merupakan barisan pertahanan pertama. Di sesetengah negari keupayaan swasta, tempatan, dan negeri ditingkatkan dengan harta negara, bagi memberikan pertahanan berlapis dari serangan senjata biologi. Pendekatan tradisi terhadap melindungi pertanian, makanan, dan air: menumpu pada pengenalan penyakit tidak sengaja atau semulajadi dipertingkatkan dengan usaha menumpu untuk menangani senjata biologi terkini dan masa hadapan yang mungkin secara sengaja, berganda, dan berulang.

Ancaman meningkat agen perang bio dan pengganas bio telah mendorong kepada pembangunan perkakasan lapangan khusus yang melaksanakan analisa dan mengenal pasti bahan yang disyaki di situ juga. Satu teknologi sebegitu, dibangunkan oleh penyelidik dari Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore (LLNL), menggunakan "immunoassay berlapis", di mana antibodi ditanda dye fluorescent khusus kepada pantogen khas dilekatkan pada wayar emas dan perak nano. [23] Penyelidik di Universiti Ben Gurion di Israel sedang membangunkan peranti berlainan yang dikenali sebagai BioPen, asanya "Makmal-dalam-Pen", yang mampu mengesan agen biologi bawah 20 minit dengan menggunakan adaptasi ELISA, yang menggunakan teknik immunilogi yang digunakan secara meluas, yang dalam kes ini menggunakan serat optik. [24]

  1. ^ a b c Hobbes, Nicholas (2003). Essential Militaria. Atlantic Books. ISBN 978-1843542292.
  2. ^ "History-world.org:Hannibal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 2007-06-07.
  3. ^ Wheelis M. (2002), "Biological warfare at the 1346 siege of Caffa.", Emerg Infect Dis, Center for Disease Control
  4. ^ http://www.emedicinehealth.com/biological_warfare/article_em.htm Text "Biological Warfare" ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ The Story Of... Smallpox – and other Deadly Eurasian Germs
  6. ^ Smallpox The Fight to Eradicate a Global Scourge, University of California Press, 2003, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-07, dicapai pada 2008-04-02 Missing pipe in: |first= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)
  7. ^ Orlow, Elizabeth, Silent Killers of the New World, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-02, dicapai pada 2008-04-02
  8. ^ Peter Williams & David Wallace (1989). Unit 731: Japan's Secret Biological Warfare in World War II. ISBN 0029353017. Unknown parameter |pubisher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
  9. ^ Barenblatt, Daniel (2004). A Plague upon Humanity. HarperCollins. m/s. 220–221.
  10. ^ Hal Gold, Unit 731 testimony, 1996, p.64-66
  11. ^ a b c d Kenneth Alibek and S. Handelman. Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World - Told from Inside by the Man Who Ran it. 1999. Delta (2000) ISBN 0-385-33496-6 [1].
  12. ^ "Hidden history of US germ testing", BBC News, 13 February 2006
  13. ^ American Experience biological weapons timeline, 15 December 2006
  14. ^ Regis, Ed (June 27, 1999), "Wartime Lies? Two historians contend that the United States engaged in germ warfare nearly 50 years ago", New York Times
  15. ^ The United States and Biological Warfare: Secrets from the Early Cold War and Korea (first chapter on line)
  16. ^ Auster, Bruce B. (8 November 1998), "Unmasking an Old Lie. A Korean War charge is exposed as a hoax", U.S. News & World Report
  17. ^ Weathersby, Kathryn (1998), The Korean War Biological Warfare Allegations Resolved Text "publisher - Milton Leitenberg" ignored (bantuan); Unknown parameter |organization= ignored (bantuan)
  18. ^ Endicott, Stephen; Hagerman, Edward, Twelve Newly Released Soviet-era Documents and allegations of U. S. germ warfare during the Korean War, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14, dicapai pada 2008-04-15
  19. ^ "Tularemia". Dicapai pada 2007-11-23.
  20. ^ Working Group on Civilian Biodefense (February 28, 2001), "Consensus Statement: Botulinum Toxin as a Biological Weapon, Medical and Public Health Management", Journal of the American Medical Association (8) Unknown parameter |Volume= ignored (|volume= suggested) (bantuan)
  21. ^ Rheinhart, Courtney Elizabeth. "Clostridium botulinum toxin development in refrigerated reduced oxygen packaged Atlantic croaker (Micropogonias undulatus)".
  22. ^ Eitzen, Edward M., Jr.; Takafuji ', Ernest T.; Zajtchuk (editor), Russ (1997), "Overview of Biological Warfare", Medical Aspects of Chemical and Biological Warfare, Office of The Surgeon GeneralCS1 maint: extra text: authors list (link)
  23. ^ Physorg.com, "Encoded Metallic Nanowires Reveal Bioweapons", 12:50 EST, August 10, 2006.
  24. ^ Iddo Genuth and Lucille Fresco-Cohen, "BioPen Senses BioThreats", The Future of Things, November 13, 2006

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bioterrorism