Sepal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bunga tetramer Ludwigia octovalvis menunjukkan ranggi (petal) dan kelopak (sepal)
Kelopak bunga asam belanda menjadi buah hiasan yang boleh dimakan selepas mekar.

Sepal (daripada bahasa Latin sepalum daripada bahasa Yunani σκεπη sképē "penutup/pembalut")[1][2] atau kelopak[3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma. Ia biasanya berwarna hijau. Sepal atau kelopak yang banyak membentuk kaliks (daripada bahasa Latin calyx,[4] berasal daripada bahasa Yunani καλυξ "kuntum", "sekam" atau "balutan", daripada bahasa Sanskrit kalika "kuntum"[5]) atau salut bunga[6] dengan bahagian pusaran paling luar membentuk sebuah bunga.

Sepal atau kelopak lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong ranggi apabila mekar.[7] Selepas berbunga, salut ini tidak berguna lagi lalu layu atau menjadi sisa. Sesetengah tumbuhan mengekalkan kaliks berduri yang kering atau pun hidup sebagai perlindungan terhadap buah atau benihnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stearn, William T. (2000). Botanical Latin (ed. ke-4). m/s. 38–39. ISBN 0-88192-321-4.
  2. ^ Necker, N.J. de (1790). Corollarium ad Philosophiam botanicam Linnaei. 18. m/s. 31.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕlopak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 545 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Jackson, Benjamin Daydon (1928). A Glossary of Botanic Terms with their Derivation and Accent (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London: Gerald Duckworth & Co.
  5. ^ Tucker, T. G. (1931). A Concise Etymological Dictionary of Latin. Halle (Saale): Max Niemeyer Verlag.
  6. ^ "salut bunga". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ Beentje, Henk (2010). The Kew Plant Glossary. Richmond, Surrey: Royal Botanic Gardens, Kew. m/s. 106. ISBN 978-1-84246-422-9.CS1 maint: ref=harv (link)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]