Serbuk roti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Serbuk roti
Breadcrumb.jpg
Serbuk roti dari kotak di atas pinggan
Nama alternatifSerdak roti, saduran roti
Bahan utamaRoti kering
VariasiPanko
di Wikibuku Buku Masakan: Serbuk roti  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Serbuk roti

Serbuk roti atau serdak roti adalah sisa roti kering, digunakan untuk menyadur atau menyalut makanan, ditaburi atas kaserol, mengisi ayam, memekat rebusan, menambahkan isi sup, lof daging dan makanan yang serupa, dan membuat saduran rangup untuk makanan bergoreng, terutamanya kutlet seperti tonkatsu dan schnitzel. Serbuk roti jenis Jepun pula dipanggil panko.

Jenis-Jenis[sunting | sunting sumber]

Serbuk roti kering[sunting | sunting sumber]

Serbuk roti kering dibuat daripada roti kering yang telah dibakar atau dipanggang untuk menghilangkan kelembapan yang masih tinggal, dan mungkin mempunyai tekstur berpasir atau berserbuk. Serbuk roti paling mudah dihasilkan dengan mencincang roti dalam pemproses makanan, menggunakan pisau keluli untuk membuat serpihan kasar, atau pisau parut untuk membuat serpihan halus. Alat pemarut atau alat serupa juga boleh dilakukan.

Serbuk roti segar[sunting | sunting sumber]

Roti yang digunakan untuk membuat serbuk roti lembut atau segar tidak begitu kering, maka serbuknya lebih besar dan menghasilkan saduran, kerak, atau inti yang lebih lembut. Serdak serbuk roti juga merujuk kepada tekstur, bahagian dalaman sebuku roti yang lembut yang berbeza daripada kerak, atau "kulit" roti itu.

Panko[sunting | sunting sumber]

Babi panggang bersadur panko dengan sos nanas di atas udon

Panko (パン粉) adalah sejenis serbuk roti berkelupas yang digunakan dalam masakan Jepun sebagai lapisan rangup untuk makanan goreng, seperti tonkatsu. Panko diperbuat daripada roti yang dibakar oleh arus elektrik, yang menghasilkan roti tanpa kerak, dan kemudian dikisar roti tersebut untuk membuat kepingan halus. Ia memiliki tekstur yang lebih renyah dan lebih kering daripada kebanyakan jenis serbuk roti yang terdapat dalam masakan Barat dan tahan daripada menyerap minyak atau lemak ketika digoreng, menghasilkan lapisan yang lebih ringan. Di luar Jepun, penggunaannya semakin popular dalam masakan Asia dan bukan Asia. Ia sering digunakan untuk makanan laut dan sering terdapat di pasar Asia, kedai khusus, dan di pasar raya besar.

Panko dihasilkan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia, termasuk Jepun, Korea, Malaysia, Thailand, China, dan Vietnam.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Orang Jepun mula-mula belajar membuat roti daripada orang Eropah. Perkataan panko berasal daripada pan, perkataan untuk roti dalam bahasa Jepun (berasal daripada perkataan Portugis "pão", dan perkataan Sepanyol "pan" untuk roti), dan -ko, akhiran Jepun yang menunjukkan "tepung", "salitan", "serbuk", atau "serdak" (seperti dalam komeko, "tepung beras", sobako, "tepung soba", dan komugiko, "tepung gandum").[1]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dalam dongeng "Hansel and Gretel", serbuk roti digunakan oleh Hansel dan Gretel untuk mengesan jejak mereka. Namun, serpihan roti itu akhirnya dimakan oleh burung lalu menyebabkan mereka sesat di hutan. Populariti serbuk roti dalam dongeng menyebabkan penggunaan kata "serbuk roti" sebagai unsur navigasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi mereka dalam program atau dokumen.[2]

Galeri Imej[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marshall, Jo (2010-10-05). "COOKCABULARY: Panko is a crumby ingredient - Fall River, MA". The Herald News. Diarkib daripada yang asal pada 2011-11-22. Dicapai pada 2012-11-17.
  2. ^ Mark Levene (18 October 2010). An Introduction to Search Engines and Web Navigation (ed. 2nd). Wiley. m/s. 221. ISBN 978-0470526842. Dicapai pada June 24, 2016.