Pergi ke kandungan

Serigala Kepulauan Alexander

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serigala Kepulauan Alexander

Terjejas  (NatureServe)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Nama trinomial
Canis lupus ligoni
Goldman, 1937[2][3]
Julat wilayah bersejarah dan kini subspesies serigala kelabu di Amerika Utara

Serigala Kepulauan Alexander (Canis lupus ligoni), yang juga dikenali sebagai serigala Kepulauan,[4] ialah satu subspesies serigala kelabu. Serigala pinggir laut di Alaska tenggara menghuni kawasan yang merangkumi Kepulauan Alexander, pulau-pulaunya, dan jalur sempit garis pinggir laut berceranggah yang diasingkan secara biologi daripada selebih Amerika Utara oleh Pergunungan Pantai.[5]

Hutan Kebangsaan Tongass merangkumi sekitar 80% daripada rantau ini.[6] Pada tahun 1993, satu petisyen untuk menyenaraikan serigala Kepulauan Alexander sebagai spesies terancam di bawah Akta Spesies Terancam Amerika Syarikat dikemukakan dengan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Agensi itu berkeputusan pada tahun 1997 bahawa penyenaraian tidak diwajarkan pada masa itu.[7][8] Sementara itu, taksiran pemuliharaan berbilang agensi bagi spesies ini diterbitkan.[9] Pada tahun 2011, petisyen kedua untuk menyenaraikan spesies ini sama ada terancam atau dalam bahaya difailkan dengan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar. Petisyen ini pula merujuk kajian saintifik dan maklumat lain yang telah timbul sepanjang 14 tahun tersebut.[10] Pada Mac 2014, sebagai gerak balas kepada petisyen, agensi itu membuat dapatan awal positif bahawa penyenaraian spesies ini sebagai spesies terancam atau dalam bahaya "mungkin diwajarkan" dan pihaknya akan mempersiapkan semakan status formal.[11]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Serigala ini diiktiraf sebagai subspesies bagi Canis lupus dalam kewibawaan taksonomi Mammal Species of the World (2005).[12] Ahli taksonomi awal dapat menentukan bahawa serigala Kepulauan Alexander ialah subspesies uniknya sendiri kerana "ciri-ciri tengkorak bersama". Ahli taksonomi baru-baru ini telah mencadangkan bahawa spesies ini mungkin telah berasal daripada lagi satu subspesies yang dikenali sebagai C. l. nubilus.[9][13]

Kajian-kajian yang menggunakan DNA mitokondrion telah menunjukkan bahawa serigala-serigala Alaska tenggara pinggir laut berbeza secara genetik daripada serigala kelabu pedalaman, yang mencerminkan pola yang juga diperhatikan pada takson-takson lain.[14][5][15] Ia menunjukkan hubungan filogenetik dengan serigala terhapus dari selatan (Oklahoma), yang menunjukkan bahawa serigala-serigala ini merupakan tinggalan terakhir bagi kelompok yang pernah meluas yang telah sebahagian besarnya dihapuskan semasa abad terakhir, dan bahawa serigala-serigala Amerika Utara utara pada asalnya telah bersebar dari suaka-suaka selatan di bawah pengglasieran Wisconsin selepas air batu telah melebur pada penghujung Maksimum Glasier Terakhir. Dapatan-dapatan ini menimbulkan persoalan tentang pengelasan taksonomi bagi C. l. nulibus yang diusulkan oleh Nowak.[5] Sebuah lagi kajian mendapati bahawa serigala di pinggir laut British Columbia berbeza secara genetik dan secara ekologi daripada serigala pedalaman, termasuk serigala lain dari British Columbia pedalaman.[16] Sebuah kajian tentang tiga serigala pinggir laut menunjukkan hubungan filogenetik rapat merentasi rantau yang berdampingan secara geografi dan secara ekologi dan kajian itu mengusulkan bahawa Canis lupus ligoni (serigala Kepulauan Alexander), Canis lupus columbianus (serigala British Columbia), dan Canis lupus crassodon (serigala Pulau Vancouver) patut diiktiraf sebagai subspesies tunggal bagi Canis lupus.[15]

Pada tahun 2016, dua buah kajian membandingkan jujukan-jujukan DNA bagi 42,000 polimorfisme nukleotida tunggal pada serigala kelabu Amerika Utara dan mendapati bahawa serigala pinggir laut berbeza secara genetik dan secara fenotip daripada serigala lain.[17] Serigala-serigala ini mengongsi habitat dan spesies mangsa sama dan membentuk salah satu daripada enam ekotip yang dikenal pasti dalam kajian itu – populasi berbeza secara genetik dan secara ekologi yang terpisah daripada populasi lain mengikut jenis habitat berlainan masing-masing.[17][18] Penyesuaian setempat bagi ekotip serigala paling berkemungkinan mencerminkan pilihan serigala untuk kekal di dalam jenis habitat yang dihuni sejak lahir.[17] Serigala yang memangsakan ikan dan rusa kecil di persekitaran pinggir laut basah cenderung bersaiz lebih kecil berbanding dengan serigala lain.[17]

Fisiologi

[sunting | sunting sumber]

Serigala Kepulauan Alexander, yang biasanya lebih kecil berbanding dengan subspesies serigala kelabu Amerika Utara lain, berukuran pada purata seberat 30–50 lb (14–23 kg). Ia sepanjang sekitar 3 12 ka (1.1 m) dan setinggi 2 ka (0.61 m) pada paras bahu. Lapis bulunya pada umumnya berwarna kelabu gelap, dengan pelbagai corak bercahaya warna lebih cerah.[19] Individu dari pulau berlainan di kepulauan ini mempunyai kecenderungan untuk fasa warna berlainan, daripada hitam legam kepada kombinasi hitam dan putih kepada warna kayu manis jauh lebih cerah.[2]

Tabiat diet

[sunting | sunting sumber]

Mangsa primer bagi spesies ini ialah rusa berekor hitam Sitka, yang membentuk sehingga 90% daripada diet individu. Spesies seterusnya yang paling banyak dimakan, kurang daripada 10%, ialah beaver Amerika Utara. Serigala Kepulauan Alexander pada purata memakan anggaran 26 ekor rusa setahun.[19][9] Tabiat pemakanan spesies tunggal ini secara hampir keseluruhan adalah aneh untuk serigala ini dan tidak terlihat pada spesies serigala Amerika Utara lain.[20] Subspesies ini memakan amaun besar salmon sebagai tambahan kepada rusa, beaver, kambing gunung, dan mamalia kecil. Salmon membentuk sekitar 10%–25% daripada dietnya. Salmon diatributkan dengan kebolehan subspesies ini untuk mempunyai salah satu kadar kemandirian anak lebih tinggi (90%) bagi spesies ini.[21]

Julat wilayah, populasi, dan pengenalan semula populasi

[sunting | sunting sumber]
Dua serigala Kepulauan Alexander di Alaska Tenggara

Julat wilayah

[sunting | sunting sumber]

Julat wilayah C. lupus ligoni meliputi keseluruhan Alaska tenggara (tonjolan Alaska) kecuali Pulau Admiralty, Pulau Baranof, dan Pulau Chichagof.

Tinjauan populasi (daripada sebuah kajian kolar radio pertengahan tahun 1990-an) menghasilkan anggaran serantau sebanyak 750 hingga 1,100 ekor serigala, dengan bilangan serigala pada musim luruh tahun 1994 (sebelum musim pemerangkapan) yang dianggarkan sebanyak 908 ekor. Kajian itu dijalankan di Pulau Putera Wales, dengan anggaran serantau yang berdasarkan ekstrapolasi tentang keupayaan habitat berbeza-beza untuk mangsa.[9] Populasi di Pulau Putera Wales dianggarkan sebanyak 300–350 ekor.

Daripada Environment New Jersey: "Serigala Kepulauan Alexander ialah salah satu subspesies serigala paling jarang di dunia dan pulau-pulau yang membentuk Hutan Kebangsaan Tongass merupakan satu-satunya tempat tinggalnya di Amerika Syarikat. Ia terancam parah. Pada tahun 2014, populasi serigala ini menurun daripada 200 ekor kepada sekitar 60 ekor serigala -- penurunan sebanyak sekitar 70 peratus dalam masa satu tahun sahaja."[22][23]

Semasa kerja lapangan pada musim panas tahun 2010, Jabatan Ikan dan Buruan Alaska (ADFG) menentukan bahawa populasi serigala Pulau Putera Wales telah menurun mendadak; ADFG tidak dapat mengumpulkan tinja serigala mencukupi untuk membuat anggaran populasi berdasarkan DNA. Menurut laporan, "hanya 'sebahagian kecil' daripada bilangan jangkaan tinja" ditemukan semasa usaha ini, bilamana sebilangan tapak sarang yang diketahui sebelum ini diperiksa dan transek diperiksa merentasi sebahagian besar pulau itu.[24] Dalam usul pengawalaturan, yang diberikan pada mesyuarat November 2010 Lembaga Buruan Alaska untuk membantu melindungi spesies ini, ADFG menganggarkan populasi serigala di pulau itu hanya sebanyak 150 ekor,[25] iaitu menurun melebihi 50% daripada anggaran 300–350 ekor serigala daripada tinjauan kolar radio tahun 1990-an.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Di Alaska tenggara, anak serigala biasanya lahir semasa dua minggu terakhir April. Sarang biasanya dibina 4–5 minggu sebelum kelahiran. Tapak sarang berbeza-beza mengikut sebilangan faktor, seperti julat wilayah rumah kawanan berkenaan dan topografi tersedia; kemungkinan termasuk korok yang digali di antara akar pokok besar, gua, celah dasar tebing, dan formasi batu, empangan beaver terbiar dan kering, atau korok haiwan tidak berpenghuni lain—yang akan selanjutnya digali dan dibesarkan oleh serigala.

Serigala Kepulauan Alexander pertama kali tiba di Alaska pada sekitar antara 7,000 dengan 8,000 tahun lalu, selepas penghujung tempoh pengglasieran Wisconsin. Spesies ini berkemungkinan mengikuti migrasi rusa Sitka ketika haiwan itu mengembara ke utara kerana perubahan geografi dan perubahan iklim di kawasan itu.[19][9] Pemerhatian pertama tentang kebimbangan untuk kemungkinan ketidakstabilan bagi populasi serigala Kepulauan Alexander adalah oleh sebuah jawatankuasa antara agensi tajaan Perkhidmatan Hutan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Kebimbangan ini timbul kerana pembalakan meluas yang dijalankan di hutan rantau ini, di bawah Rancangan Pengurusan Tanah Tongass.[9][26]

Petisyen Akta Spesies Terancam – 1993 hingga 1997

[sunting | sunting sumber]

Satu petisyen dikemukakan kepada Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (FWS) pada Disember 1993 oleh Biodiversity Legal Foundation dan seorang ahli biologi bebas, yang meminta agar serigala Kepulauan Alexander disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Akta Spesies Terancam. Agensi itu menerbitkan dapatan positif 90 hari dalam Federal Register pada 20 Mei 1994, tetapi, menjelang akhir tahun itu, mengeluarkan satu lagi dapatan bahawa "penyenaraian tidak diwajarkan pada masa ini", tetapi bahawa, jika pembalakan tidak dikurangkan atau kawasan rizab tidak diwujudkan, "kebolehhidupan jangka panjang bagi serigala Kepulauan Alexander dalam bahaya parah."[27] Untuk lebih baik mentaksir status bagi spesies ini, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar mengarahkan agar pentaksiran pemuliharaan dibuat dari segi data spesifik tentang spesies ini dan kebolehhidupannya untuk masa hadapan.[9]

Selepas pentaksiran diselesaikan, lebih banyak kajian dijalankan untuk memahami cara tepat serigala Kepulauan Alexander menyesuaikan diri dalam rantaian makanan dan kesan yang disebabkan oleh pembalakan meluas. Selepas kajian itu, pada antara tahun 1995 dengan tahun 2045, populasi serigala Kepulauan Alexander diandaikan "menurun sehingga 25%", bersama-sama dengan populasi rusa Sitka yang menurun sebanyak 28% dalam tempoh sama.[28]

Pada tahun 1994, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar mengeluarkan memo yang menyatakan, "tidak melindungi serigala akan menjadi 'pilihan paling tidak berkontroversi'". Ini berkenaan dengan syarikat pembalakan dan pelobi yang menentang sekatan ke atas pembalakan di kawasan itu, yang akan terhasil daripada melindungi serigala Kepulauan Alexander.[29] Pada tahun 1997, petisyen itu ditolak kerana dapatan bahawa serigala di Alaska tenggara tidak akan berada dalam bahaya kepupusan dalam masa terdekat.[8]

Jack Ward Thomas menulis dalam buku beliau, Jack Ward Thomas: The Journals of a Forest Service Chief, tentang mesyuarat yang diadakan pada tahun 1995 berkaitan dengan pertimbangan oleh Perkhidmatan Hutan untuk menyenaraikan serigala Kepulauan Alexander dan helang angsa Permaisuri Charlotte sebagai spesies terancam. Mesyuarat itu diadakan antara Thomas, Setiausaha Rendah James Lyons, Timbalan Setiausaha Rendah Adela Backiel, dan Rimbawan Rantauan Alaska Phil Janik, kesemuanya bagi pihak Perkhidmatan Hutan, dengan Ted Stevens, Frank Murkowski, dan Don Young. Hujah utama adalah daripada Stevens, Murkowski, dan Young, yang percaya bahawa Perkhidmatan Hutan sengaja mencuba membatasi pasaran balak di Alaska. Mereka menuntut agar kedua-dua spesies itu tidak disenaraikan atau agar perundangan negatif bakal menyusul, berkemungkinan menghasilkan pemotongan bajet dan pengurungan kakitangan untuk Perkhidmatan Hutan.[30]

Rancangan Pengurusan Tanah Tongass (rancangan hutan) disemak semula pada tahun 1997 selepas tekanan besar daripada kumpulan alam sekitar untuk menyenaraikan serigala Kepulauan Alexander sebagai spesies terancam. Rancangan ini merangkumi piawaian dan garis panduan untuk mengekalkan keupayaan muatan habitat sebanyak sekurang-kurangnya 18 ekor rusa Sitka setiap batu persegi untuk menyediakan mangsa mencukupi dan untuk membatasi kepadatan jalan raya (iaitu jarak batu jalan setiap batu persegi). Rancangan hutan juga mengasaskan sistem rizab habitat.[26] Berdasarkan rancangan baharu itu, sejurus selepas itu, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar membuat keputusan muktamad bahawa penyenaraian serigala sebagai spesies terancam adalah tidak wajar.[8][31]

Petisyen Akta Spesies Terancam – 2011

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, satu petisyen 103 halaman untuk menyenaraikan serigala Kepulauan Alexander sebagai spesies terancam atau dalam bahaya di bawah Akta Spesies Terancam difailkan dengan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat oleh Center for Biological Diversity dan Greenpeace pada 10 Ogos 2011.[32][33] Petisyen itu meminta pertimbangan untuk penyenaraian terpisah bagi populasi di Pulau Putera Wales kerana ia dipercayai merupakan segmen populasi tersendiri, serta penyenaraian untuk subspesies ini secara keseluruhan.[10]

Pada Mac 2014, agensi itu menerbitkan dapatan dalam Federal Register bahawa penyenaraian serigala Kepulauan Alexander "mungkin diwajarkan".[11][34] Dapatan itu positif mengenai tiga daripada lima faktor yang dikehendaki oleh Akta Spesies Terancam untuk dipertimbangkan oleh agensi itu.[11] Faktor tersebut merupakan: "kemusnahan, pengubahsuaian, atau pengurangan semasa atau terancam bagi habitat atau julat wilayahnya"; penggunaan berlebihan; dan "ketidakcukupan mekanisme pengawalaturan sedia ada".[11] Dalam membuat dapatannya, agensi itu membuka tempoh ulasan awam 60 hari, kemudian pihaknya akan lanjut untuk melakukan semakan status formal bagi spesies ini disusuli oleh keputusan muktamad mengenai penyenaraian.[11] Tempoh masa yang mungkin diambil ialah persoalannya. Agensi-agensi itu berkata bahawa beberapa tahun mungkin diperlukan untuk mendapatkan dana untuk melengkapkan semakan,[35] tetapi 3 hari selepas dapatan itu diterbitkan, pempetisyen memaklumkan agensi yang ingin disaman oleh mereka untuk mempercepat proses.[36][37]

Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar lebih memilih untuk menyerahkan pengurusan serigala kepada negeri, jika negeri akan mewujudkan rancangan berdaya maju untuk pemuliharaan serigala; walau bagaimanapun, perkhidmatan itu akan menyenaraikan spesies ini jika pihaknya menentukan bahawa perbuatan sedemikian adalah perlu untuk melindungi kewujudan spesies ini.[35][36][37] Penyelia bagi Hutan Kebangsaan Tongass, iaitu Forrest Cole, berkata bahawa Perkhidmatan Hutan akan bekerjasama dengan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar dalam menilai status bagi spesies ini.[38]

Bahagian Pemuliharaan Hidupan Liar Jabatan Ikan dan Buruan Alaska tidak percaya bahawa serigala Kepulauan Alexander berisiko sekarang atau terancam dengan risiko kepupusan pada masa hadapan terdekat.[35] Walau bagaimanapun, penyelidik utama bahagian itu mengenai status bagi spesies ini, iaitu Dr. David Person, yang terlibat dalam usaha itu selama 22 tahun, berhenti daripada agensi itu pada Mei 2013 dan seterusnya menulis satu pengisytiharan, mengenai penjualan kayu balak Big Thorne oleh Perkhidmatan Hutan, bahawa ekosistem pemangsa–mangsa, termasuk serigala, di Pulau Putera Wales terancam oleh keruntuhan kerana impak longgokan daripada pembalakan dan jalan pembalakan.[38][39][40]

Litigasi pada 2008

[sunting | sunting sumber]

Greenpeace dan Cascadia Wildlands Project menegaskan pada tahun 2008[4] bahawa data yang digunakan oleh Perkhidmatan Hutan diketahui cenderung menyebabkan penganggaran berlebihan bagi keupayaan muatan untuk rusa,[41] iaitu mangsa utama serigala. Tambahan pula, faktor penukaran, yang dikenali sebagai "pendarab rusa", yang digunakan dalam penghitungan diterapkan secara salah, lalu menyebabkan penganggaran berlebihan sebanyak 30% bagi keupayaan muatan dan penganggaran berkurangan sepadan bagi impak.[4] Kedua-dua pertubuhan menentukan bahawa, secara keseluruhan, keupayaan muatan untuk rusa Sitka di tempat-tempat di serata Tongass pada umumnya telah terlebih dianggarkan oleh Perkhidmatan Hutan dalam perancangan pembalakannya, iaitu sebanyak 120% (berbeza-beza secara geografi kerana data salah).[4]

Pada tahun 2008, Greenpeace dan Cascadia Wildlands Project menyaman untuk menghentikan Perkhidmatan Hutan daripada meneruskan empat jualan balak di Hutan Kebangsaan Tongass yang dijadualkan untuk mengekstrak sekitar "30 juta kaki papan kayu balak Tongass", iaitu jumlah yang hampir dengan jumlah tahunan yang dibalak ketika itu.[42] Jualan tersebut adalah untuk Pulau Putera Wales, Pulau Kupreanof, Pulau Mitkof, dan Pulau Revillagigedo. Tuntutan itu mencabar kaedah agensi bagi penghitungan impak pembalakan terhadap keupayaan muatan habitat untuk rusa. Dalam sebuah cerita radio, jurucakap plaintif menjelaskan bahawa data yang digunakan untuk mewakili mutu habitat sebenarnya tidak berkorelasi dengan mutu habitat dan bahawa pendarab rusa yang tersebut di atas disalahgunakan menurut sains yang dalamnya pendarab rusa itu diterbitkan.[43] Cerita itu menunjukkan bahawa Perkhidmatan Hutan memandang rendah impak bukan sahaja terhadap serigala tetapi juga terhadap pemburu rusa sara hidup.

Pada Mei 2010, Hakim Daerah Amerika Syarikat Ralph Beistline menolak usul plaintif untuk penghakiman ringkas, dengan berkata bahawa beliau "tidak mendapati sebarang salah laku di pihak Perkhidmatan Hutan" dan itu ialah "percanggahan saintifik". Plaintif merayu keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan Litar Amerika Syarikat Ke-9 (kes 10-35567). Panel tiga hakim (Arthur Alarcón, Susan Graber, dan Jay Bybee) mendengar hujah lisan dalam rayuan itu pada 3 Mei 2011.[44] Panel itu memutuskan untuk memihak kepada plaintif pada 2 Ogos 2011, membalikkan sebahagiannya, membatalkan sebahagiannya, dan mengembalikan keputusan mahkamah daerah.[45]

Dalam satu pernyataan kepada pihak media, seorang jurucakap untuk plaintif berkata bahawa prinsip dalam tuntutan mahkamah ini terpakai untuk setiap jualan kayu balak ketara pada antara tahun 1996 dengan tahun 2008 sebelum Perkhidmatan Hutan membetulkan ralat dalam model rusa apabila agensi itu mengeluarkan Rancangan Hutan Tongass semakan, tetapi, katanya, agensi itu masih gagal menangani impak longgokan kepada rusa, terutamanya di Pulau Putera Wales, seperti yang dicabar dalam tuntutan mahkamah jualan kayu balak apat.[46] Beliau juga berkata, "Tujuan tuntutan mahkamah ini adalah untuk membuat Perkhidmatan Hutan kembali dan melakukan analisisnya dengan betul terhadap jualan kayu balak ini. Dan kami percaya bahawa apabila Perkhidmatan Hutan berbuat demikian, ini tidak dapat mewajarkan jumlah kayu balak yang diputuskan untuk dimasukkan dalam projek-projek ini."[47]

Litigasi difailkan pada 2010

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, Perkhidmatan Hutan disaman atas jualan kayu apat sebesar 73 juta kaki papan di Pulau Putera Wales, oleh Persatuan Pemuliharaan Tongass, Cascadia Wildlands, dan Greenpeace.[48] Yang menjadi isu ialah impak daripada kepadatan jalan raya berlebihan terhadap mortaliti serigala dan kehilangan lanjut habitat untuk mangsa primer (rusa), antara isu lain.[49] Usul plaintif untuk penghakiman ringkas dinafikan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Alaska, pada September dan kes itu telah dirayu kepada Mahkamah Rayuan Litar Amerika Syarikat Ke-9.[50] Mahkamah menjadualkan hujah lisan di hadapan Hakim Betty Fletcher, Andrew Kleinfeld, dan Consuelo Callahan pada 29 Julai 2011, yang memegang jawatan di Anchorage.[51]

Petisyen Akta Spesies Terancam – 2023

[sunting | sunting sumber]

Petisyen itu diisi oleh kumpulan alam sekitar yang bimbang tentang serigala di Pulau Putera Wales; di sana, ia tertakluk kepada pemburuan dan pemerangkapan yang di sisi undang-undang. Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat mendapati pada tahun 2023 bahawa petisyen itu tidak diwajarkan buat masa ini.[52]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Canis lupus ligoni" (dalam bahasa Inggeris). NatureServe. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  2. 1 2 Goldman, Edward Alphonso (14 Februari 1937). "The Wolves of North America" [Serigala di Amerika Utara]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 18 (1): 37–45. doi:10.2307/1374306. ISSN 1545-1542. JSTOR 1374306. S2CID 84726579.
  3. "Canis lupus ligoni Goldman, 1937". Integrated Taxonomic Information System.
  4. 1 2 3 4 "Suit Filed to Stop Four Timber Sales on Largest National Forest" [Tuntutan Difailkan Hentikan Empat Jualan Balak di Hutan Kebangsaan Terbesar] (dalam bahasa Inggeris). SitNews. 11 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2013. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  5. 1 2 3 Weckworth, Byron Vance; Talbot, Sandra Looman; Cook, Joseph Anthony (16 April 2010). Reed, David L. (penyunting). "Phylogeography of wolves (Canis lupus) in the Pacific Northwest" [Filogeografi serigala (Canis lupus) di Barat Laut Pasifik]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 91 (2): 363–375. Bibcode:2010JMamm..91..363W. doi:10.1644/09-MAMM-A-036.1. ISSN 1545-1542. JSTOR 40662622. S2CID 86142202.
  6. "Tongass Land and Resource Management Plan: Final Environmental Impact Statement: Plan Amendment: Record of Decision" [Rancangan Pengurusan Tanah dan Sumber Tongass: Pernyataan Impak Alam Sekitar Akhir: Pindaan Rancangan: Rekod Keputusan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 8 Mei 2014. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  7. 12-Month Finding on Petition to List the Alexander Archipelago Wolf under Provisions of the Endangered Species Act [Dapatan 12 Bulan tentang Serigala Kepulauan Alexander di Bawah Peruntukan Akta Spesies Terancam] (dalam bahasa Inggeris), Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat, 28 Ogos 1997, m/s. 15
  8. 1 2 3 Templat:Federal Register
  9. 1 2 3 4 5 6 7 Person, David K.; Kirchhoff, Matthew D.; Van Ballenberghe, Victor; Iverson, George C.; Grossman, Edward (1996). "The Alexander Archipelago wolf: a conservation assessment" [Serigala Kepulauan Alexander: taksiran pemuliharaan.] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. doi:10.2737/PNW-GTR-384. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  10. 1 2 "PETITION TO LIST THE ALEXANDER ARCHIPELAGO WOLF (CANIS LUPUS LIGONI) AS THREATENED OR ENDANGERED UNDER THE UNITED STATES ENDANGERED SPECIES ACT" [PETISYEN UNTUK MENYENARAIKAN SERIGALA KEPULAUAN ALEXANDER (CANIS LUPUS LIGONI) SEBAGAI TERANCAM ATAU DALAM BAHAYA DI BAWAH AKTA SPESIES TERANCAM AMERIKA SYARIKAT] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Center for Biological Diversity. 10 Ogos 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Mei 2012. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  11. 1 2 3 4 5 Templat:Federal Register
  12. Wozencraft, W. C. (2005). "Canis lupus ligoni". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 575–577. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  13. MacDonald, Stephen O.; Cook, Joseph Anthony (2007). Mammals and Amphibians of Southeast Alaska [Mamalia dan Amfibia di Alaska Tenggara] (dalam bahasa Inggeris). Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat: Museum of Southwestern Biology Publication Series. ISBN 9780979451720. OCLC 176241424.
  14. Weckworth, Byron Vance; Talbot, Sandra Looman; Sage, George Kevin; Person, David K.; Cook, Joseph Anthony (4 Mac 2005). "A Signal for Independent Coastal and Continental histories among North American wolves" [Isyarat untuk sejarah pinggir laut dan sejarah benua bebas dalam kalangan serigala Amerika Utara]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 14 (4): 917–931. Bibcode:2005MolEc..14..917W. doi:10.1111/j.1365-294X.2005.02461.x. ISSN 1365-294X. PMID 15773925. S2CID 12896064.
  15. 1 2 Weckworth, Byron Vance; Dawson, Natalie G.; Talbot, Sandra Looman; Flamme, Melanie J.; Cook, Joseph Anthony (4 Mei 2011). Fleischer, Robert Carl (penyunting). "Going Coastal: Shared Evolutionary History between Coastal British Columbia and Southeast Alaska Wolves (Canis lupus)" [Menuju Pinggir Laut: Sejarah Evolusi Kongsi antara Serigala British Columbia Pinggir Laut dengan Serigala Alaska Tenggara (Canis lupus)]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 6 (5). Bibcode:2011PLoSO...619582W. doi:10.1371/journal.pone.0019582. hdl:1880/48621. ISSN 1932-6203. PMC 3087762. PMID 21573241. S2CID 3846033. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  16. Muñoz-Fuentes, Violeta; Darimont, Christopher Tod; Wayne, Robert Keith; Paquet, Paul Charles Francis Xavier; Leonard, Jennifer A. (16 Julai 2009). Riddle, Brett Robert (penyunting). "Ecological factors drive differentiation in wolves from British Columbia" [Faktor-faktor ekologi mendorong pembezaan pada serigala dari British Columbia]. Journal of Biogeography (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 36 (8): 1516–1531. Bibcode:2009JBiog..36.1516M. doi:10.1111/j.1365-2699.2008.02067.x. hdl:10261/61670. ISSN 1365-2699. JSTOR 40305915. S2CID 38788935.
  17. 1 2 3 4 Schweizer, Rena M.; vonHoldt, Bridgett Marie; Harrigan, Ryan Jon; Knowles, James C.; Musiani, Marco; Coltman, David W.; Novembre, John Peter; Wayne, Robert Keith (3 September 2015). "Genetic subdivision and candidate genes under selection in North American grey wolves" [Subbahagian genetik dan calon-calon gen dalam pengaruh pemilihan pada serigala kelabu Amerika Utara]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 25 (1): 380–402. Bibcode:2016MolEc..25..380S. doi:10.1111/mec.13364. hdl:11585/902893. ISSN 1365-294X. PMID 26333947. S2CID 7808556.
  18. Schweizer, Rena M.; Robinson, Jacqueline Anita; Harrigan, Ryan Jon; da Silva, Pedro Manuel Soares; Galaverni, Marco; Musiani, Marco; Green, Richard Edward; Novembre, John Peter; Wayne, Robert Keith (12 November 2015). "Targeted capture and resequencing of 1040 genes reveal environmentally driven functional variation in grey wolves" [Penangkapan bersasar dan penjujukan semula bagi 1040 gen mendedahkan variasi berfungsi dorongan persekitaran pada serigala kelabu]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 25 (1): 357–379. Bibcode:2016MolEc..25..357S. doi:10.1111/mec.13467. hdl:11585/902365. ISSN 1365-294X. PMID 26562361. S2CID 17798894.
  19. 1 2 3 Moore, Terry. "Wolves of the Rain Forest" [Serigala dari Hutan Hujan] (dalam bahasa Inggeris). Wolf Song of Alaska. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  20. Dawson, Natalie G.; MacDonald, Stephen O.; Cook, Joseph Anthony (2007). "Endemic Mammals of the Alexander Archipelago" [Mamalia Endemik di Kepulauan Alexander] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Universiti New Mexico. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  21. "Alexander Archipelago wolf (Canis lupus ligoni)" [Serigala Kepulauan Alexander (Canis lupus ligoni)] (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  22. "Wolf (Canis lupus): The Alexander Archipelago Wolf: A Conservation Assessment" [Serigala (Canis lupus): Serigala Kepulauan Alexander: Taksiran Pemuliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perikanan dan Buruan Alaska. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  23. Platt, John R. (11 Jun 2015). "Alaska's Rare Alexander Archipelago Wolves Nearly Wiped Out in 1 Year" [Serigala Kepulauan Alexander Jarang Alaska Hampir Dilenyapkan dalam 1 Tahun]. Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  24. "Comments on the draft Tongass Integrated 5-Year Vegetation Plan" [Ulasan tentang draf Rancangan Tumbuhan 5 Tahun Bersepadu Tongass] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 Jun 2012. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
  25. "ALASKA BOARD OF GAME: Fall 2010 Proposal Book: Southeast Region" [LEMBAGA BURUAN ALASKA: Buku Usul Musim Luruh 2010: Rantau Tenggara] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Buruan Alaska. Musim Luruh 2010. Dicapai pada 18 Ogos 2026. PROPOSAL 18
  26. 1 2 Tongass Land Management Plan [Rancangan Pengurusan Tanah Tongass] (dalam bahasa Inggeris), Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat, 1979
  27. Petition to List the Alexander Archipelago wolf under Provision of the Endangered Species Act, 12-Month Finding [Petisyen untuk Menyenaraikan Serigala Kepulauan Alexander di Bawah Peruntukan Akta Spesies Terancam, Dapatan 12 Bulan] (dalam bahasa Inggeris), Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat, 8 Disember 1994
  28. Hanley, Thomas A.; Smith, Winston Paul; Gende, Scott M. (22 Oktober 2004). "Maintaining wildlife habitat in southeastern Alaska: implications of new knowledge for forest management and research" [Mengekalkan habitat hidupan liar di Alaska tenggara: implikasi daripada pengetahuan baharu untuk pengurusan dan penyelidikan hutan]. Landscape and Urban Planning (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 72 (1–3): 113–133. Bibcode:2005LUrbP..72..113H. doi:10.1016/j.landurbplan.2004.09.016. ISSN 1872-6062. S2CID 84536293.
  29. "Judul tidak dikenal pasti". Mother Jones (dalam bahasa Inggeris). Jil. 22 no. 1. Foundation for National Progress. Februari 1997. m/s. 46. ISSN 0362-8841.
  30. Thomas, Jack Ward (April 2004). Steen, Harold K. (penyunting). Jack Ward Thomas: The Journals of a Forest Service Chief [Jack Ward Thomas: Jurnal Seorang Ketua Perkhidmatan Hutan] (dalam bahasa Inggeris). Seattle, Washington, Amerika Syarikat: University of Washington Press. m/s. 147. ISBN 9780295983981. OCLC 53840026.
  31. Petition to List the Alexander Archipelago wolf under Provisions of the Endangered Species Act, 12-Month Finding [Petisyen untuk Menyenaraikan Serigala Kepulauan Alexander di Bawah Peruntukan Akta Spesies Terancam, Dapatan 12 Bulan] (dalam bahasa Inggeris), Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat, 28 Ogos 1997
  32. Grass, Jonathan (10 Ogos 2011). "Agency petitioned to protect SE wolves" [Agensi dipetisyen untuk lindungi serigala tenggara] (dalam bahasa Inggeris). Juneau Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2011. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  33. Epler, Patti (10 Ogos 2011). "Should the Feds list an Alaska wolf as threatened or endangered?" [Patutkah pihak persekutuan senaraikan serigala Alaska sebagai terancam atau dalam bahaya?] (dalam bahasa Inggeris). Alaska Dispatch. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2011. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  34. Sahagun, Louis (28 Mac 2014). "Rare Alaska wolf may get Endangered Species Act protection" [Serigala Alaska jarang mungkin dapat perlindungan Akta Spesies Terancam] (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2014. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  35. 1 2 3 Viechnicki, Joe (28 Mac 2014). "Fish and Wildlife to review Southeast Alaska wolves" [Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar bakal semak serigala Alaska Tenggara] (dalam bahasa Inggeris). KFSK. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  36. 1 2 Turner, Christi (3 April 2014). "Rare island-dwelling wolf closer to protection in Southeast Alaska" [Serigala penghuni pulau jarang semakin dekat dengan perlindungan di Alaska Tenggara] (dalam bahasa Inggeris). High Country News. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  37. 1 2 Turner, Christi (10 April 2014). "The effort to protect a rare, island-dwelling wolf" [Usaha untuk lindungi serigala penghuni pulau jarang] (dalam bahasa Inggeris). Missoula Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2014. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  38. 1 2 Kauffman, Mary (29 Mac 2014). "Alexander Archipelago wolf listing as "endangered or threatened may be warranted" says USFWS" [Penyenaraian serigala Kepulauan Alexander sebagai "dalam bahaya atau terancam mungkin diwajarkan" kata USFWS] (dalam bahasa Inggeris). SitNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2014. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  39. Person, David K. (15 Ogos 2013). "STATEMENT OF DAVID K. PERSON REGARDING THE BIG THORNE PROJECT, PRINCE OF WALES ISLAND" [PERNYATAAN DAVID K. PERSON MENGENAI BIG THORNE PROJECT, PULAU PUTERA WALES] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  40. Canfield, Jennifer (11 Oktober 2013). "Timber Vs. Wolves" [Balak lwn. Serigala] (dalam bahasa Inggeris). Juneau Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2014. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  41. Caouette, John P.; Kramer, Marc Gerald; Nowacki, Gregory Jay (2000). "Deconstructing the timber volume paradigm in management of the Tongass National Forest" [Mendekonstruksi paradigma isi padu balak dalam pengurusan Hutan Kebangsaan Tongass.] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. doi:10.2737/PNW-GTR-482. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  42. Greenpeace v. Cole (Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Alaska).
  43. Viechnicki, Joe (14 Julai 2008). "Groups challenge Tongass deer calculations" [Kumpulan cabar hitungan rusa Tongass] (dalam bahasa Inggeris). KFSK. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2010. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  44. Greenpeace v. Cole (Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat, Litar Kesembilan 3 Mei 2011), Text.
  45. "GREENPEACE, INC.; CASCADIA WILDLANDS PROJECT, Plaintiffs - Appellants, v. FORREST COLE, Tongass National Forest Supervisor; BETH PENDLETON, Alaska Regional Forester; UNITED STATES FOREST SERVICE, an agency of the U.S. Department of Agriculture, Defendants - Appellees" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat, Litar Kesembilan. 2 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 19 Mac 2012. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  46. Grass, Jonathan (3 Ogos 2011). "Appeals court overturns 4 Tongass logging projects" [Mahkamah rayuan batalkan 4 projek pembalakan Tongass] (dalam bahasa Inggeris). Juneau Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2011. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  47. Garrison, Deanna (5 Ogos 2011). "Court rules against four small timber sales" [Mahkamah putuskan menentang empat jualan balak kecil] (dalam bahasa Inggeris). KRBD. Dicapai pada 19 Ogos 2026.[pautan mati]
  48. Tongass Conservation Society v. USFS.
  49. Jenkins, Amy Lou (12 Januari 2010). "Logging in Tongass costs taxpayers and destroys rare ecosystems: Suit filed" [Pembalakan di Tongass bebani pembayar cukai dan musnahkan ekosistem jarang: Tuntutan difailkan] (dalam bahasa Inggeris). Examiner.com.
  50. Schoenfeld, Ed (16 November 2010). "Prince of Wales timber sale work resumes" [Kerja jualan balak Putera Wales bersambung] (dalam bahasa Inggeris). KCAW. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2010. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  51. "CALENDAR FOR ANCHORAGE, ALASKA" [KALENDAR UNTUK ANCHORAGE, ALASKA] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat, Litar Kesembilan. 15 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 19 Mac 2012. Dicapai pada 19 Ogos 2026.
  52. Brooks, James (22 Ogos 2023). "Southeast Alaska wolves are not threatened or endangered, federal agency concludes" [Serigala Alaska Tenggara tidak terancam atau berada dalam bahaya, agensi persekutuan simpulkan] (dalam bahasa Inggeris). Alaska Beacon. Dicapai pada 19 Ogos 2026.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]