Shahidul Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahidul Alam
শহিদুল আলম
Shahidul Alam pada tahun 2017
Kelahiran1955 (umur 68–69)
WarganegaraBangladesh
Pusat pendidikanUniversiti Liverpool (B.Sc)
Bedford College, University of London (D.Phil)
PekerjaanWartawan gambar, guru, aktivis hak sosial
Terkenal kerana

Shahidul Alam (lahir 1955) ialah seorang wartawan gambar, guru dan aktivis dari Bangladesh. Beliau telah lama berada dalam bidang kejurugambaran ini selama empat puluh tahun di mana gambar-gambarnya menjadi rebutan media utama di Barat.[1]

Pada 5 Ogos 2018, Shahidul ditahan selepas diwawancarai Al Jazeera serta mengutuk tindakan pemerintah Bangladesh dalam mengawal keadaan sebuah tunjuk perasaan menuntut peraturan keselamatan jalan raya yang lebih ketat di negara tersebut.[2] Penahanan tersebut dibantah banyak organisasi kemanusiaan dan berita antarabangsa sehingga pelepasannya dituntut; beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi Bangladesh melalui suatu ikat jamin pada 20 November 2018.[3]

Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]

Shahidul Alam lahir di Dhaka pada tahun 1955.

Beliau memulakan poengajian tingginya di Universiti Liverpool, pada ketika ini beliau mula berjinak dengan konsep aktivisme melalui penglibatan beliau bersama Parti Pekerja Sosialis.[4] Beliau mendapat ijazah bacelor Sainsnya dalam bidang biokimia dan genetik dari universiti tersebut tahun 1976.[5][6]

Beliau berpindah ke London untuk mendapatkan kedoktoran falsafah (doctor of philosophy, DPhil)nya di Bedford College, University of London. Di sinilah beliau mula minat akan bidang fotografi. Beliau tuurt bekerja sebagai seorang ahli kimia bagi menyelidik dan mencipta percetakan gambar alternatif.[7]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Terbitan sendiri[sunting | sunting sumber]

Terbitan lain[sunting | sunting sumber]

  • Blink: 100 photographers, 10 curators, 10 writers. New York: Phaidon, 2002. 2004, ISBN 978-0714844589. Alam was a joint curator.
  • Under the Banyan Tree. Dhaka, Bangladesh: Pathshala, South Asian Media Academy, 2011. Edited by Alam. ISBN 9789843334442.
  • Ways of Life. Dhaka, Bangladesh: Drik Picture Library, 2014. Edited by Alam. ISBN 9789843383099. With an introduction by Rubana Huq.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Safi, Michael (6 Ogos 2018). "Photographer charged as police crackdown in Bangladesh intensifies". The Guardian. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  2. ^ Sarwar, Beena. "Here's why the Bangladesh government made a huge mistake by jailing Shahidul Alam". The Washington Post. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  3. ^ "Bangladeshi Photographer Shahidul Alam Released on Bail". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2018.
  4. ^ "Shifting the Lens: Shahidul Alam's radical ways of seeing Bangladesh". The Caravan.
  5. ^ "Shahidul Alam's new show combats Islamophobia, extremism". The Punch Megazine. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "Shahidul Alam Bangladeshi contemporary photojournalist". Artsome.[pautan mati kekal]
  7. ^ Shahidul Alam: His Journey as a Witness The Daily Star
  8. ^ Estrin, James. "Wresting the Narrative From the West". Lens Blog (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 10 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]