Shamsul Azhar Abbas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Shamsul Azhar Abbas ialah eksekutif perniagaan Malaysia dan merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari 10 Februari 2010 hingga 9 Februari 2015.[1] Beliau menggantikan Tan Sri Hassan Merican.[2] Shamsul Azhar merupakan Pengerusi MMC Corporation Berhad sejak 16 Julai 2015.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Shamsul memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Tenaga dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, serta, Diploma Teknikal Ekonomi Petroleum dari Institut Francais du Petrole yang berpusat di Paris, Perancis.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Petronas pada tahun 1975 dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai pelatih eksekutif. Semasa kepimpinannya, beliau mengarahkan PETRONAS dalam melaksanakan projek mercu tanda strategik seperti Projek Penapisan Bersepadu dan Petrokimia Pengerang (RAPID), Projek Bintulu Train 9, Projek Kemudahan LNG Terapung PETRONAS dan Projek Terminal Regasifikasi di Melaka.

Beliau terus memperkuat kedudukan PETRONAS melalui pengambilalihan Progress Energy Canada dan pembangunan gas syal ke LNG menerusi projek LNG Pasifik Utara Barat. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan dan Presiden MISC Berhad (Dahulunya Malaysia International Shipping Corporation Berhad) dari 1 Julai 2004 hingga 31 Disember 2008.

Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi NCB Holdings Bhd sejak 21 Januari 2016. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi PETRONAS Maritime Services Sdn Bhd. Dari 1 September 2015 hingga 1 Januari 2017, Shamsul Azhar memegang jawatan Pengerusi Petronas Gas.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Terima kasih Shamsul Azhar Harian Metro (10 Februari 2015). Dicapai pada 13 April 2015.
  2. ^ Shamsul to replace Hassan at helm of Petronas The Edge Markets (4 Februari 2010). Dicapai pada 13 April 2013.
  3. ^ MMC appoints Shamsul Azhar Abbas as chairman KINIBIZ (6 Julai 2015). Dicapai pada 13 April 2017.
  4. ^ Shamsul Azhar Abbas: Profile MMC Corporation. Dicapai pada 13 April 2017.
  5. ^ Shamsul Azhar Abbas: Profile Bloomberg. Dicapai pada 17 Julai 2017.
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Hassan Merican
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Petronas

10 Februari 2010 - 9 Februari 2015
Diikuti oleh:
Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Didahului oleh
Syed Abdul Jabbar Syed Hassan
Pengerusi
MMC Corporation Berhad

16 Julai 2015
Diikuti oleh:
Penyandang terkini