Hassan Marican

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hassan Merican)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Mohd Hassan Marican

PSM; SSDK (Kedah); SUMW (WP); SPMT, DSMT (Terengganu); PNBS (Sarawak)
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia
Memegang jawatan
2018
Berkhidmat dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tun Daim Zainuddin, Robert Kuok and Professor Jomo Kwame Sundaram
Perdana MenteriTun Mahathir Mohamad
Pengarah Khazanah Nasional
Memegang jawatan
2018
Berkhidmat dengan Datuk Seri Mohd Azmin Ali, Dr Sukdave Singh dan Goh Ching Yin
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
Dalam jawatan
1995 – 9 Februari 2010
Digantikan olehDatuk Shamsul Azhar Abbas
Butiran peribadi
Lahir (1952-10-18) 18 Oktober 1952 (umur 69)
Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
PasanganPuan Sri Noraini Mohamed Yusoff
Alma materMalay College Kuala Kangsar

Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Hassan Marican (lahir 18 Oktober 1952) merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, sebuah syarikat konglomerat petroleum di Malaysia dan dunia. Tempoh kontrak perkhidmatannya dari 1989 hingga 9 Februari 2010.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Lahir pada 18 Oktober 1952 di Sungai Petani, Kedah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bersekolah di Sekolah Rendah Ibrahim dan di Sekolah Menengah Ibrahim di Sungai Petani dan kemudiannya Sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1971.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Puan Sri Noraini Mohamed Yusoff.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980). Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed / / Touche Ross & Co (1980–1989).

Petronas[sunting | sunting sumber]

Dipanggil untuk bekerja dengan Petronas (1989–1995). Naib Presiden Kanan (Kewangan) Petronas Gas Berhad (1991–). Pengerusi Petronas (1995–2010). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (1995–).

Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .

Pada 1 Ogos 1991, dilantik sebagai pengerusi Petronas Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Ahli Institut Akauntan Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah Petronas. Dia pernah menjadi pengerusi Petronas Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC). Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan , iaitu anak syarikat Petronas.

Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi pada 2004 - 2010. UTP berasal dari Institut Teknologi Petronas (ITP) di Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan sejak April 1995.[1]

Ahli lembaga Lembaga Bersama Malaysia-Thailand untuk memajukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Teluk Siam dan Laut China Selatan. Beberapa telaga minyak telah dap-at mengeluarkan gas dan petronelum . Kini kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti daripada sempadan Kelantan-Thailand itu.

Menjadi ahli Jawatankuasa Pembangunan antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan yang dilancarkan oleh Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki.

Universiti Malaya menganugerahkan Doktor Kejuruteraan pada 2001.

Sumbangan lain[sunting | sunting sumber]

Hassan menjadi Pro Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terletak di Seri Iskandar, Tronoh, Perak. UTP ditubuhkan pada 10 Jan 1997.

Beliau menjadi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka padA 2009. Anugerah ini diberi mengikut kategori Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (1986 - 1994 ). Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jawatankuasa panel pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen.[2]

Berhijrah ke Singapura[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara dari Petronas, Singapura melantik beliau sebagai pengarah di syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anugerah Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, pengganti beliau ialah Datuk Shamsul Azhar Abbas bermula 10 Februari 2010. Datuk Shamsul Azhar Abbas merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ UTP Penyumbang Kemajuan Teknologi, Kejuruteraan Negara
  2. ^ "PRO CHANCELLOR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-22. Dicapai pada 2010-02-04.
  3. ^ "Sultanah leads honours list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2020. Dicapai pada 13 April 2021.
  4. ^ "Pandikar Amin heads FT Day awards, 282 conferred". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2018. Dicapai pada 13 April 2021.
  5. ^ Najib Buat Tawaran Khusus Kepada Hassan Merican