Si Putera Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Little Prince
Pengarang Antoine de Saint-Exupéry
Tajuk asal Le Petit Prince
Penterjemah (English editions)
Katherine Woods
T.V.F. Cuffe
Irene Testot-Ferry
Alan Wakeman
Richard Howard
David Wilkinson
Pengilustrasi Antoine de Saint-Exupéry
Artis kulit Antoine de Saint-Exupéry
Negara United States
Bahasa French
Penerbit Reynal & Hitchcock (U.S.)
Gallimard (France)
Tarikh penerbitan
September 1943 (U.S.: English & French)
(France, French, 1945)
Didahului oleh Pilote de guerre (1942)
Diikuti oleh Lettre à un otage (1944)

Si Putera Kecil (dikenali sebagai "The Little Prince" dalam bahasa Inggeris, "Le Petit Prince" dalam bahasa Perancis) merupakan satu novel yang diterbitkan pada tahun 1943 dan merupakan hasil kerja Antoine de Saint-Exupéry (tahun 1900 - tahun 1944) yang paling terkenal. Beliau merupakan seorang ahli bangsawan Perancis, penulis, penyair dan perintis pemandu kapal terbang.

Novel tersebut merupakan novel ke-empat di dunia yang paling banyak diterjemahkan serta diundi sebagai buku yang terbaik dalam abad ke-20 di negara Perancis. Ia menjadi salah satu buku-buku terbitan yang terlaris, dengan terjemahan lebih 250 bahasa dan dialek (termasuk Braille) dan jualan tahunan berdekatan dengan jumlah dua juta (membawa kepada jumlah jualan sebanyak lebih 140 juta seluruh dunia).

Selepas Perang Dunia II, Saint-Exupéry telah dibuang negara ke Amerika Utara. Dalam pergelutan peribadi dan kesihatan yang semakin merosot, dia menghasilkan hampir separuh kerja tulisan di mana beliau diingati kemudian atas kerja-kerja tersebut, termasuklah satu kisah kesunyian yang membelai jiwa dengan lembut, persahabatan, kasih sayang dan kehilangan, dalam bentuk seorang putera muda yang jatuh ke muka Bumi. Sebuah memoir yang lebih awal oleh beliau telah mengimbas kembali pengalaman penerbangan di Gurun Sahara dan dia dianggap telah mengadaptasikan pengalaman yang sama itu di dalam Si Putera Kecil.

Sejak penerbitan pertamanya di Amerika Syarikat, novel tersebut telah diadaptasikan ke dalam pelbagai bentuk seni dan media, termasuklah rakaman audio, tayangan radio, pentas langsung, skrin filem, televisyen, ballet dan kerja-kerja Opera.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Si Putera Kecil merupakan satu kisah bersajak, dengan ilustrasi cat air oleh pengarangnya, di mana seorang pemandu kapal terbang telah terdampar di sebuah gurun bertembung dengan seorang putera muda yang telah jatuh ke Bumi dari satu asteroid yang kecil. Kisah ini bercorak falsafah dan meliputi kritikan sosial yang mengambil kira kepelikan dunia orang dewasa. Ia telah dikarang dalam tempoh larian Saint-Exupéry ke Amerika Utara, selepas Kejatuhan Perancis semasa Perang Dunia II di mana pengarangnya telah menjadi saksi pertama kejadian tersebut dan menulis tentangnya dalam memoir "Flight to Arras". Cerita dongeng untuk orang dewasa ini, menurut satu ulasan, ia adalah "...satu metafora kisah hidup Saint-Exupéry sendiri - pencarian dia dalam kepastian zaman kanak-kanak dan ketenangan dalaman, kepercayaan mistiknya, kepercayaannya dalam keberanian manusia dan hubungan persahabatan serta perasaan cinta yang mendalam untuk isterinya Consuelo tetapi juga sebagai satu kiasan kepada hubungan yang terseksa antara dia dan isterinya."

Walaupun ia secara jelasnya digayakan mengikut buku kanak-kanak, Si Putera Kecil membuat beberapa pemerhatian tentang sifat dan kehidupan manusia. Sebagai contohnya, Saint-Exupéry menceritakan tentang pertemuan seekor musang dan putera muda tersebut semasa perjalanannya di Bumi. Kisah intipatinya terdapat dalam barisan kata yang dibicarakan oleh si musang kepada putera kecil: "Seseorang itu hanya boleh melihat dengan jelas dengan hatinya. Apa yang penting adalah halimunan pada mata penglihatan." Mesej kunci tematik yang lain disuarakan oleh si musang, seperti: "Kamu bertanggungjawab selama-lamanya terhadap apa yang kamu telah jinakkan" dan "ia adalah masa yang anda habiskan ke atas bunga ros kamu yang membuatkan bunga ros kamu begitu penting." Mesej-mesej si musang merupakan petikan-petikan yang paling terkenal (yang boleh diperdebatkan) dalam buku tersebut kerana mereka berurusan dengan hubungan sesama manusia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Si pencerita menerangkan bahawa semasa dia masih seorang budak lelaki kecil, dia melukis sebuah gambar ular boa dengan seekor gajah yang sedang dihadamkan dalam perutnya. Walaubagaimana pun, setiap orang dewasa yang melihat gambar tersebut akan tersilap mentafsirkannya sebagai sebuah lukisan topi. Walau bagaimana si pencerita cuba membetulkan kekeliruan ini, dia disuruh untuk mengetepikan lukisan seperti itu dan melibatkan diri dalam hobi yang lebih praktikal atau matang. Si pencerita meratap kekurangan pemahaman kreativiti yang ditunjukkan oleh orang dewasa. Seperti yang dikata oleh si pencerita, dia sepatutnya mempunyai kerjaya yang bagus sebagai seorang pelukis. Akan tetapi, ini semua telah dimusnahkan oleh pemahaman orang dewasa tersebut.

Sekarang si pencerita telah menjadi orang dewasa dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pemandu kapal terbang. Pada suatu hari, kapal terbangnya terhempas di Gurun Sahara, jauh dari tamadun manusia. Di sini, si pencerita disambut oleh seorang budak lelaki kecil yang dinamakannya "si putera kecil". SI putera kecil memintakannya melukis sebuah gambar seekor kambing biri-biri. Si pencerita pada mulanya menunjukkan lukisannya yang terdahulu iaitu lukisan seekor gajah dalam ular, di mana dia terkejut kerana si putera mentafsirkannya dengan betul. Selepas kali ketiga cubaan gagal dalam melukis kambing biri-biri, si pencerita hanya melukis sebuah kotak dalam kekecewaannya dan mendakwa bahawa di dalamnya terdapat seekor kambing. Sekali lagi, si pencerita terkejut kerana si putera menyatakan bahawa inilah gambar yang dimahukannya. Si pencerita menyatakan si putera mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu tidak menjawab soalannya secara langsung. Si putera disifatkan mempunyai rambut keemasan, seuntai skarf dan satu tawa yang disukai.

Dalam tempoh lapan hari si pencerita terdampar di gurun, semasa si pencerita cuba membaiki kapal terbangnya, si putera kecil mengimbas kembali kehidupannya, yang sering berpunca dari perbincangan dia mengenai lukisan kambing biri-biri tersebut. Si putera mula dengan menceritakan kehidupannya di sebuah planet kecil: sebiji asteroid dengan keluasan sebesar sebuah rumah (asteroid tersebut dinamakan sebagai B-612, di mana sebiji asteroid yang sebenar turut dinamakan dengan gelaran tersebut). Ciri-ciri planet tersebut yang paling menonjol adalah tiga gunung berapi mini (dua gunung berapi aktif dan satu gunung berapi mati) dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Si putera menceritakan kehidupan awalannya di mana dia membersihkan gunung berapi dan biji benih serta tangkai-tangkai yang tidak dikehendaki yang telah mengerumuni tanah planetnya. Terutamanya menarik keluar pokok-pokok baobab yang sering cuba untuk tumbuh dan menakluki permukaaannya. Si putera menginginkan seekor kambing untuk makan tumbuh-tumbuhan yang tidak dikehendaki, sehinggalah si pencerita memberitahunya yang kambing itu juga akan makan bunga-bunga ros dengan duri. Apabila si putera mendengar kata-kata ini, dia menceritakan tentang perasaan cintanya terhadap sekuntum bunga ros yang tumbuh secara misteri di permukaan planet pada suatu tempoh terdahulu. Si putera memberitahu bahawa dia menyuburkan bunga ros itu dan mendengar kata-katanya apabila ia meminta dia untuk membuat satu skrin atau gelas kaca untuk melindungi ia daripada angin sejuk. Walaupun si putera kecil telah jatuh cinta kepada bunga ros itu, dia juga merasakan ia mengambil kesempatan terhadap dia dan akhirnya bertekad untuk menjelajahi bahagian alam semesta yang lain. Walaupun bunga ros akhirnya meminta maaf untuk sikap megah dirinya dan kedua-duanya pun berbaik semula, ia menggalak dia untuk meneruskan perjalanan. Si putera kecil merindui bunga rosnya dan menyatakan bahawa dia hanya perlu melihat kepada jutaan bintang untuk mengingatkannya pada bunga ros, atas dasar bunga rosnya berada dalam kalangan mereka.

Sejak itu, si putera kecil melawati enam asteroid yang lain, di mana setiap satunya dihuni oleh seorang dewasa yang berfikiran cetek, sebagai kritikan elemen masyarakat. Mereka termasuk: seorang Raja tanpa rakyat, seorang lelaki yang megah diri di mana dia percaya dirinya merupakan orang yang paling dipuja di planetnya yang tidak berpenghuni selain dirinya, seorang pemabuk yang minum untuk melupakan perasaan malu sebagai seorang pemabuk, seorang ahli bisnes yang mengira kesemua bintang untuk "memiliki" mereka (kritikan materialisme), seorang penghidup lampu yang mengikut arahan secara membuta tuli dengan menyalakan dan memadamkan apai pada setiap minit dan seorang ahli geografi tua yang tidak mempunyai peta dunianya kerana dia mendakwa dia bukanlah seorang penjelajah. Apabila ahli geografi tersebut menyuruhnya menyifatkan rumahnya, si putera menyebut rosnya dan dia berkata dia tidak merekodkan benda yang tidak hidup selama-lamanya, seperti bunga-bunga ros.Si putera terkejut dan sedih akan pernyataannya itu. Ahli geografi tersebut mencadangkan dia supaya melawat ke planet Bumi.

Oleh kerana si putera mendarat di kawasan gurun, dia percaya bahawa bumi adalah tidak dihuni. Dia kemudiannya bertemu dengan seekor ular berwarna kuning yang mendakwa dia mempunyai kuasa untuk menghantarnya balik ke tempat tinggalnya, sekiranya dia ingin berbuat demikian. Si putera kemudiannya bertembung dengan sekumtum bunga gurun, yang memberitahunya dia hanya pernah melihat bilangan manusia yang kecil di bahagian Bumi ini dan mereka tidak mempunyai akar, membiarkan angin bertiup sekitar mereka dan hidup dalam keadaan sukar. Selepas dia mendaki gunung tertinggi yang pernah dilihatnya, dia berharap dia dapat melihat seluruh dunia dan oleh itu menjumpai manusia. Namun begitu, dia hanya terlihat landskap besar yang terbiar sepi. Apabila si putera menjerit memanggil, gemanya menjawab, di mana dia mentafsirkan ia sebagai suara-suara hinaan orang lain. Akhirnya, dia menjumpai sebaris belukar bunga ros, menunduk malu mengingat kembali bunga rosnya yang dianggap unik. Dia merasakan bahawa dia bukanlah seorang putera yang hebat kerana planetnya hanya terdiri daripada tiga gunung berapi mini dan sekuntum bunga yang sekarangnya dianggap biasa. Dia berbaring di atas rumput dan menangis sehinggalah seekor musang datang kepadanya. Si musang ingin dijinakkan dan menjelaskannya kepada si putera yang bunga rosnya sememangnya unik dan istimewa kerana ia merupakan objek cinta dia. Si musang juga menerangkan bahawa di dalam caranya yang tersendiri, dia telah menjinakkan bunga ros tersebut dan dengan ini dia berasa bertanggungjawab terhadap bunga rosnya. Si putera kemudiannya mengambil masa untuk menjinakkan si musang, walaupun mereka berasa sedih kerana perlu berpisah. Tak lama kemudian, si putera bertembung dengan seorang pengurus trek kereta api yang memberitahunya para penumpang sentiasa bergegas dari satu tempat ke tempat yang lain menaiki kereta api, tidak pernah berpuas hati dengan tempat mereka sendiri dan tidak tahu apa yang dikerjakan mereka; hanya kanak-kanak dalam kalangan mereka sahaja yang peduli melihat ke luar jendela. Seorang peniaga memperkenalkan produknya kepada si putera, satu pil yang boleh menghilangkan dahaga dan ianya sangat popular, membantu orang menjimatkan masa sebanyak 53 minit seminggu. Si putera membalas bahawa dia lebih rela menggunakan masa lebih itu untuk mencari air yang segar.

Kembali kepada saat kini, ia merupakan hari ke-lapan selepas kapal terbang si pencerita terhempas dan dia sedang mati kehausan. Secara ajaibnya, dia dan si putera kecil telah menjumpai satu telaga. Si pencerita mendapati dia sedang bercakap dengan ular tersebut, membincangkan tentang kepulangannya ke tempat tinggal dan hasrat benar untuk bertemu dengan rosnya yang mana dia risau kerana ianya ditinggalkan secara bersendirian untuk hidup. Si putera kecil mengucapkan selamat tinggal kepada si pencerita dan menyatakan bahawa jika dia kelihatan meninggal dunia, ini adalah disebabkan oleh badannya yang terlalu berat untuk dibawa bersama dia ke planetnya. Si putera memberi amaran kepada si pencerita supaya tidak melihatnya "pergi", kerana ini akan menyebabkan dia berasa sedih. Si pencerita yang menyedari apa yang berlaku, enggan meninggalkan sisi si putera. Si putera memujuk si pencerita bahawa dia hanya perlu melihat ke arah bintang-bintang untuk mengingati bunyi tawanya dan ia akan kelihatan seperti semua bintang-bintang itu ketawa. Si putera kemudiannya membenarkan ular untuk mematuknya, maka itu jatuhlah dia ke tanah tanpa sebarang bunyi.

Pada keesokan harinya, si pencerita cuba mencari mayat si putera, namun gagal. Cerita tersebut berakhir dengan lukisan si pencerita yang mengandungi landskap di mana dia dan si putera pertama kali berjumpa dan juga ular yang mengambil nyawanya. Si pencerita meminta supaya sesiapa yang berada di kawasan itu yang jika bertembung dengan seorang budak lelaki kecil yang enggan menjawab sebarang persoalan, untuk menghubunginya dengan segera.

Gaya nada dan penulisan[sunting | sunting sumber]

Cerita Si Putera Kecil dimbas dalam nada suram oleh juruterbang-si pencerita, sebagai memori kepada rakan kecilnya, "satu ingatan kepada si putera - bukan saja kepada si putera, juga kepada masa yang terluang antara si putera dan si pencerita". Si Putera Kecil dicipta semasa Saint-Exupéry merupakan "...seorang seorang ekspatriat dan berasa tertekan dengan apa yang berlaku di negaranya dan di dunia." Ia ditulis semasa beliau berada di Amerika Utara, hampir sebagai satu kepercayaan, "menggunakan ungkapan kesedihan, kesepian dan kejayaan secara teliti dalam perjalanan plot cerita".

Menurut satu analisis, "Si Putera Kecil memaparkan banyak elemen-elemen fantasi dan tidak realistik...anda tidak boleh menggunakan sekawan burung untuk pergi ke satu planet yang lain... elemen fantasi Si Putera Kecil berjaya atas dasar lojik yang ianya berdasarkan imaginasi kanak-kanak, berlawanan dengan realisme tegas orang dewasa".

Seperti penulis yang bagus dan mementingkan kesempurnaan (seperti penyair Perancis abad ke-19 Stéphane Mallarmé), beliau menghasilkan "helaian-helaian muka surat yang dipenuhi barisan-barisan penulisan yang halus, yang kebanyakannya disunting dengan satu perkataan yang tertinggal dari beratus perkataan, satu ayat menggantikan satu muka surat...". Saint-Exupéry menulis dengan tekun dan menurut dirinya, ia adalah amat sukar untuk memulakan proses penulisan kreatif. Penulis biografi Paul Webster menyatakan "dalam usaha Saint-Exupéry untuk mencari kesempurnaan, terdapat proses kerja keras penyuntingan dan penulisan yang mengurangkan dua per tiga daripada draf asal". Penulis Perancis tersebut sering menulis pada waktu malam, kebiasaannya bermula pada pukul 11 malam, diiringi dengan sedulang kopi hitam pekat. Pada tahun 1942, Saint-Exupéry menyatakan kepada guru Inggerisnya, Adèle Breaux yang pada waktu sebegitulah dia berasa "bebas" dan dapat menumpukan perhatian, "menulis selama beberapa jam tanpa berasa letih atau mengantuk" sehinggalah dia tertidur dengan segera. Beliau akan bangun kemudiannya, pada waktu siang, masih berada di atas mejanya dengan kepalanya di atas lengan. Saint-Exupéry menyatakan bahawa ini merupakan satu-satu caranya yang dapat membantu dia berkerja, kerana setelah dia memulakan satu projek, ia menjadi satu obsesi.

Inspirasi[sunting | sunting sumber]

Peristiwa dan Karakter[sunting | sunting sumber]

Di dalam Si Putera Kecil, si pencerita iaitu juruterbang; bercakap tentang dirinya yang terdampar di gurun, di sisi kapal terbangnya. Cerita ini dengan jelasnya berdasarkan pengalaman Saint-Exupéry di Gurun Sahara, satu peristiwa getir yang diterangkan secara terperinci di dalam memoir tahun 1939, Wind, Sand and Stars (Asal French: Terre des hommes).

Pada 30 Disember 1935, pada jam 02:45 pagi, selepas 19 jam 44 minit berada di atas udara, Saint-Exupéry dengan pembantu kapal terbangnya, André Prévot telah terhempas di Gurun Sahara. Mereka sedang memecahkan rekod kelajuan untuk satu penerbangan Paris-ke-Saigon di dalam satu peraduan yang popular pada masa itu, yang dikenali sebagai serangan; dan untuk hadiah kemenangan sebanyak 150,000 francs. Kapal terbang mereka adalah Caudron C-630 Simoun dan tapak hempasan diandaikan berdekatan dengan lembah Wadi Natrun, berdekatan dengan Dataran Niles.

Bunga Ros[sunting | sunting sumber]

Si Putera[sunting | sunting sumber]

Bibliography