Baobab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Baobab
Adansonia grandidieri04.jpg
Adansonia grandidieri di hutan Madagaskar.
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Adansonia
Species

See Species section

Baobab merujuk kepada salah satu lapan spesies pokok meluruh sederhana besar dari genus Adansonia keluarga Malvaceae. Ia bertaburan khusus di Madagaskar, Afrika[2] dan Australia[3] namun juga telah diperkenalkan ke kawasan lain seperti Asia.[2][4][5] Pokok-pokok adalah antara tanaman vaskular yang paling lama hidup.[6]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama genus pokok-pokok ini, Adansonia, diberikan sempena Michel Adanson, naturalis Perancis dan penjelajah yang pertama kali menggambarkan antara pokok paling dikenali dalam genus ini iaitu "pokok botol".[7]

Spesies Kawasan taburan
Adansonia digitata L. (juga termasuk Adansonia kilima [8] ) Barat, timur laut, tengah & selatan Afrika[9]
Adansonia grandidieri Baill. Barat tengah Madagaskar[10]
Adansonia gregorii F.Muell. (syn. A. gibbosa ) barat laut Australia
Adansonia madagascariensis Baill. barat laut dan utara Madagaskar [11]
Adansonia perrieri Capuron Madagaskar utara [11]
Adansonia rubrostipa Jum. & H.Perrier (syn. A. gibbosa) bahagian tengah ke selatan Madagaskar barat [11]
Adansonia suarezensis H.Perrier Madagaskar utara [11]
Adansonia za Baill. barat dan barat daya Madagaskar [11]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Pohon-pohon baobab spesies Adansonia za.

Pokok-pokok ini dikenali kerana batang pokok ia yang sangat besar tebal; batang-batang ini berkayu dengan lingkaran berpusat pada terasnya. Batang pokok ini menyerap air hujan yang turun sehingga mampu mengembang banyak kali ganda dari ketebalan asal.[12] Adansonia gregorii baobab terkecil yang hanya mampu mencecah tidak lebih 10 m dengan batang banyak,[12] A. rubrostipa dan A. madagascariensis mampu tumbuh antara 5 hingga 20 meter[12] manakala yang lain dari 25 hingga 30 meter dengan batang berdiameter 2-3 meter.[12] A. digitata paling besar dengan batang diameter mampu mencecah 10 meter.[12]

Sebatang pokok ini mampu menyimpan air sehingga 120,000 liter untuk menahan keadaan kemarau yang teruk. Malah dedaunnya sering diluruhkan apabila keadaan menjadi semakin gersang terutamanya pada musim kemarau.

Ia memutik bunga besar yang boleh membiak selama maksimum 15 jam.[12] Bunga mengembang sekitar waktu senja; membuka dengan cepat sehingga pergerakan dapat dikesan dengan mata kasar dan pudar pada keesokan harinya.[12]

Buah dibelah dua, di Mozambique

Buahnya besar, berbentuk membujur bulat menyimpan biji berbentuk buah pinggang dalam suatu matriks berisi sari yang kering.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Daun pokok boleh dimakan sebagai sayur.[13]

Isi buah dan biji A. grandidieri[14] dan A. za boleh dimakan segar.[15] Biji beberapa spesies baobab adalah sumber minyak sayuran.[14][15]

Di Tanzania, pulpa A. digitata yang dikeringkan juga diterapkan dalam pembuatan bir tebu untuk membantu mempercepatkan penapaian. [16]

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Beberapa spesies pokok boleh dijadikan adalah sumber serat, pewarna, dan bahan api. Minyak yang diperah dari biji-bijinya juga digunakan dalam kosmetik, terutama dalam pelembap. [17]

Orang peribumi Australia menggunakan spesies asli A. gregorii untuk pelbagai tujuan: akar-akar ia dibuat tali manakala kulit buahnya dijadikan bahan hiasan.[18]

Kawasan tertanamnya pokok baobab juga penting sebagai tempat burung, khususnya spinetail bintik[19] dan empat spesies burung tempua.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Genus: Adansonia L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 12 November 2008. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mei 2010. Dicapai pada 14 January 2011.
  2. ^ a b https://www.abc.net.au/news/2018-08-07/boabs-come-africa-baobabs-evolution/10060946
  3. ^ Tropicos.org. Missouri Botanical Garden. 8 Jul 2020 http://www.tropicos.org
  4. ^ https://www.tripsavvy.com/fun-facts-about-the-baobab-tree-1454374
  5. ^ https://madagascar-tourisme.com/en/what-to-do/fauna-and-flora/baobab/
  6. ^ Adrian Patrut et al. (2018) The demise of the largest and oldest African baobabs. Nature Plants 4: 423–426. DOI: 10.1038/s41477-018-0170-5
  7. ^ Eggli, U.; Newton, L.E. (2004). Etymological Dictionary of Succulent Plant Names. Springer Berlin Heidelberg. m/s. 3. ISBN 978-3-540-00489-9.
  8. ^ Pettigrew, J. D.; dll. (2012). "Morphology, ploidy and molecular phylogenetics reveal a new diploid species from Africa in the baobab genus Adansonia (Malvaceae: Bombacoideae)" (PDF). Taxon. 61 (6): 1240–1250. doi:10.1002/tax.616006.
  9. ^ Gardner, Simon; Sidisunthorn, Pindar; Lai, Ee May (2011). Heritage Trees of Penang. Penang: Areca Books. ISBN 978-9-675-71906-6.
  10. ^ Ravaomanalina, H.; Razafimanahaka, J. (2016). "Adansonia grandidieri". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2016: e.T30388A64007143. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T30388A64007143.en.
  11. ^ a b c d e Behrens, K. and K. Barnes. 2016. Wildlife of Madagascar. Wild guides, Princeton University Press.
  12. ^ a b c d e f g Baum, D.A., 1995, A Systematic Revision of Adansonia (Bombacaceae). Annals of the Missouri Botanical Garden, 1995, Vol. 82, No. 3 (1995), pp. 440-471
  13. ^ "Adansonia digitata (baobab)". Royal Botanic Gardens, Kew. Diarkib daripada yang asal pada 20 February 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
  14. ^ a b Ambrose-Oji, B. and N. Mughogho. 2007. Adansonia grandidieri Baill. Diarkibkan 7 April 2014 di Wayback Machine In: van der Vossen, H. A. M. and G. S. Mkamilo (Eds). PROTA 14: Vegetable oils/Oléagineux. PROTA, Wageningen, Netherlands.
  15. ^ a b Ambrose-Oji, B. and N. Mughogho. 2007. Adansonia za Baill. Diarkibkan 2 April 2015 di Wayback Machine In: van der Vossen, H. A. M. and G. S. (Eds). PROTA 14: Vegetable oils/Oléagineux. PROTA, Wageningen, Netherlands.
  16. ^ Sidibe, M., et al. Baobab, Adansonia digitata L. Volume 4 of Fruits for the Future. International Centre for Underutilised Crops, 2002.
  17. ^ Vermaak, Ilze; Kamatou, Guy; Komane-Mofokeng, B.; Alvaro, Viljoen; Beckett, Katie (2011). "African seed oils of commercial importance – Cosmetic applications". South African Journal of Botany. 77 (4): 920–933. doi:10.1016/j.sajb.2011.07.003.
  18. ^ "Dance of the baob". The Australian Women's Weekly. National Library of Australia. 2 February 1966. m/s. 26. Dicapai pada 11 January 2012.
  19. ^ "Species text in The Atlas of Southern African Birds" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 21 October 2012. Dicapai pada 30 October 2014.
  20. ^ "Weavers breeding in baobabs". Animal Demography Unit, Department of Biological Sciences, University of Cape Town, South Africa. Diarkib daripada yang asal pada 15 September 2015. Dicapai pada 30 October 2014.