Pergi ke kandungan

Siatika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siatika
Pandangan hadapan menunjukkan saraf siatik menuruni kaki kanan
Penamaan
Nama lainNeuritis siatika, neuralgia siatika, radikulopati lumbar, sakit radikel kaki
Keterangan
PuncaHernia ceper tulang belakang, spondilolistesis, stenosis tulang belakang, sindrom piriformis, ketumbuhan pinggul[1][2]
Biasa mula berlaku40s–50s[3][1]
Tempoh90% masa kurang daripada 6 minggu[3]
Jenis
Senarai Senarai
Neuralgia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
GejalaSakit di bahagian bawah kaki dari bahagian bawah belakang, kelemahan atau kebas leg[4]
KerumitanTidak dapat menahan najis[3]
Rawatan
PengkhususanOrtopedik, neurologi
Kaedah diagnosisUjian angkat kaki berlunjur[1]
Diagnosis pembezaanKayap, penyakit-penyakit pinggul[1]
Langkah rawatanUbat sakit, pembedahan[3]
Perangkaan
Kekerapan2–40% orang pada suatu-suatu masa[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Siatika ialah kesakitan yang turun dari bahagian rendah belakang tubuh ke kaki.[4] Kesakitan ini boleh turun menerusi bahagian belakang, luaran atau hadapan kaki.[1] Ia sering bermula dengan tiba-tiba selepas aktiviti seperti mengangkat berat tetapi ia boleh bermula secara sedikit demi sedikit.[5] Kesakitannya sering diterangkan sebagai "mencucuk", "berdesup" atau "ngilu". Biasanya, gejala hanya muncul pada sebelah badan sahaja. Namun sesetengah perkara boleh mengakibatkan kesakitan di kedua-dua belah. Sakit belakang rendah kadangkala turut hadir. Rasa lemah atau kebas boleh terjadi di mana-mana tempat pada kaki yang mengalami siatika.

Kira-kira 90% kes siatika terjadi akibat ceper tulang belakang tersembul keluar dan menekan pada akar saraf lumbar (pinggul) atau sakrum (tulang kemudi).[2] Siatika juga boleh berpunca akibat salah satu tulang belakang teranjak ke hadapan (spondilolistesis), menjadi sempit (stenosis tulang belakang), sindrom piriformis, ketumbuhan pada pinggul dan kehamilan.[1] Ujian angkat kaki berlunjur selalunya dapat membantu membuat diagnosis.[1] Ujiannya positif jika apabila kaki diangkatkan semasa berbaring telentang, rasa mencucuk berlaku secara tiba-tiba dengan pantas di bawah paras lutut.[1] Dalam kebanyakan kes, pengimejan tidak diperlukan.[3] Walau bagaimanapun, pengimejan boleh dibuat jika pesakit mengalami masalah menahan najis, kekebasan atau kelemahan yang teruk, gejala sudah lama berlarutan atau syak terdapat ketumbuhan atau jangkitan.[3] Tanda-tanda ini juga serupa dengan gejala penyakit pinggul dan jangkitan seperti kayap (sebelum kemunculan ruam).[1]

Rawatan awal biasanya menggunakan ubat sakit.[3] Walau bagaimanapun, bukti yang mengesyorkan ubat sakit dan pengendur otot untuk digunakan kurang mencukupi.[6] Secara amnya, pesakit disyorkan untuk meneruskan aktiviti harian mengikut kemampuan mereka.[1] Selalunya siatika akan pulih dengan sedikit masa; dalam kira-kira 90% orang, gejala hilang dalam masa kurang daripada enam minggu.[3] Jika kesakitannya amat teruk dan berlarutan selama lebih daripada enam minggu, pembedahan boleh dipertimbangkan.[3] Walaupun pembedahan sering mencepatkan pengurangan sakit, faedah jangka panjangnya tidak jelas.[1] Pembedahan mungkin diperlukan jika komplikasi berlaku, seperti kehilangan keupayaan untuk menahan najis.[3] Banyak rawatan, termasuk kortikosteroid, gabapentin, pregabalin, akupunktur, tuam atau ais dan manipulasi tulang belakang, mempunyai bukti keberkesanan yang tidak mencukupi atau lemah.[1][7][8]

Bergantung pada bagaimana ia ditakrifkan, kurang daripada 1% ke 40% orang akan pernah mengalami siatika.[2][9] Siatika biasa terjadi dalam lingkungan umur 40 dan 59, dan lelaki lebih kerap terkena berbanding wanita.[1][3] Siatika telah dikenali sejak zaman purba.[1] Penggunaan pertama perkataan siatika yang diketahui berasal dari 1451.[10]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n Ropper, AH; Zafonte, RD (26 March 2015). "Sciatica". The New England Journal of Medicine. 372 (13): 1240–8. doi:10.1056/NEJMra1410151. PMID 25806916.
  2. ^ a b c d Valat, JP; Genevay, S; Marty, M; Rozenberg, S; Koes, B (April 2010). "Sciatica". Best Practice & Research. Clinical Rheumatology. 24 (2): 241–52. doi:10.1016/j.berh.2009.11.005. PMID 20227645.
  3. ^ a b c d e f g h i j k Institute for Quality and Efficiency in Health Care (October 9, 2014). "Slipped disk: Overview". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017. Dicapai pada 2 July 2015.
  4. ^ a b "Sciatica". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2018. Dicapai pada 2 July 2015.
  5. ^ T.J. Fowler; J.W. Scadding (28 November 2003). Clinical Neurology, 3Ed. CRC. m/s. 59. ISBN 978-0-340-80798-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 5 November 2017.
  6. ^ Koes, B W; van Tulder, M W; Peul, W C (2007-06-23). "Diagnosis and treatment of sciatica". BMJ : British Medical Journal. 334 (7607): 1313–1317. doi:10.1136/bmj.39223.428495.BE. ISSN 0959-8138. PMC 1895638. PMID 17585160.
  7. ^ Markova, Tsvetio (2007). "Treatment of Acute Sciatica". Am Fam Physician. 75 (1): 99–100. PMID 17225710. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-02.
  8. ^ "Anticonvulsants in the treatment of low back pain and lumbar radicular pain: a systematic review and meta-analysis". CMAJ. 190 (26): E786–E793. July 2018. doi:10.1503/cmaj.171333. PMC 6028270. PMID 29970367.
  9. ^ "Risk factors for first time incidence sciatica: a systematic review". Physiother Res Int. 19 (2): 65–78. June 2014. doi:10.1002/pri.1572. PMID 24327326.
  10. ^ Simpson, John (2009). Oxford English dictionary (ed. 2nd). Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0199563838.