Pergi ke kandungan

Sifer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sifer Caesar, iaitu algoritma yang menganjak setiap abjad ke dalam abjad lain..

Dalam kriptografi, sifer (bahasa Inggeris: cipher) merupakan pasangan algoritma untuk melaksanakan proses penyulitan atau penyahsulitan.[1] Seuah maklumat yang dituliskan menggunakan teks biasa (plain text) bakal melalui satu proses yang bernama penyulitan. Proses penyulitan teks biasa ke teks sifer menyebabkan data atau maklumat berubah menjadi sebuah bentuk data yang tidak bermakna atau tidak difahami, yang dikenali sebagai teks sifer (ciphertext; atau kiptogram).[2][3] Untuk mendapat data yang disampaikan, pengguna harus melalukan proses penyahsulitan yang sesuai dengan menukarkan teks sifer kepada teks biasa.[2][3]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkatan sifer berasal daripada perkataan bahasa Arab untuk sifar, iaitu صفر (sifr). Dalam bahasa Inggeris, sifer dikenali sebagai cipher dan telah digunakan secara luas di negara Eropah sebagai sebahagian daripada sistem pernomboran dalam bahasa Arab semasa Zaman Pertengahan. Sistem pernomboran Rom tidak mempunyai konsep sifar, dan telah menghadkan kemajuan dalam bidang matematik. Perkataan itu telah diserap ke dalam bahasa Latin Abad Pertengahan sebagai cifra, kemudian dalam bahasa Perancis Tengah sebagai cifre, dan akhirnya ke dalam bahasa Inggeris iaitu cipher (ejaan minoriti ialah cypher). Suatu teori tentang cara kewujudan istilah itu merujuk kepada pengekodan ialah konsep sifar telah mengelirukan orang Eropah. Oleh hal demikian, istilah itu telah digunakan untuk merujuk kepada mesej atau komunikasi yang tidak mudah difahami atau tidak bermakna.[4]

Jenis sifer[sunting | sunting sumber]

Sifer kuno[sunting | sunting sumber]

Sifer Caesar (Caesar cypher) meruapakan salah satu sistem kriptografi yang paling awal diperkenalakan. Sifer Caesar telah diciptakan oleh Julius Caesar.[5] Sifer Caesar juga dikenali sebagai sifer anjakan (shift cypher). Proses penyulitan sesebuah data yang dikenali sebagai teks biasa bakal dilakukan dengan menggantikan abjad dalam teks itu ke abjad lain, melalui anjakan mengikut bialnagan atau kunci yang telah ditetapkan. Sifer menggunakan pen dan kertas telah digunakan pada masa lalu yang dikenali sebagai sifer klasik. Ia termasuk sifer penggantian (substitution cipher) dan sifer silang ganti (transposition cipher). Contohnya, teks biasa iaitu "GOOD DOG" boleh disulitkan sebagai "PLLX XLP" dengan "L" digantikan dengan "O", "P" untuk "G" dan "X" untuk "D" dalam mesej. Silang ganti huruf bagi teks biasa "GOOD DOG" boleh menghasilkan "DGOGDOO". Sifer dan contoh ringkas ini mudah dipecahkan oleh pengguna, walaupun tanpa pasangan teks sifer dan teks biasa.[6][7]

Sifer moden[sunting | sunting sumber]

Kaedah penyulitan menggunakan sifer moden boleh dibahagikan dengan dua kriteria: mengikut jenis kunci yang digunakan, dan mengikut jenis data input.

Mengikut jenis kunci sifer yang telah digunakan, ia dibahagikan kepada:

Sifer boleh dibezakan kepada dua jenis mengikut jenis data input:

  • Sifer blok, yang menyulitkan blok data bersaiz tetap
  • Sifer alir, yang menyulitkan aliran data secara berterusan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "sifer". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ a b Fred Piper; Sean Murphy (30 Mei 2002). Cryptography: A Very Short Introduction (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 7–8. ISBN 9780192803153.
  3. ^ a b Al Sweigart (23 Januari 2018). Cracking Codes with Python: An Introduction to Building and Breaking Ciphers (dalam bahasa Inggeris). No Starch Press. m/s. 1–2. ISBN 9781593278229.
  4. ^ Ali-Karamali, Sumbul (2008). The Muslim Next Door: The Qur'an, the Media, and That Veil Thing (dalam bahasa Inggeris). White Cloud Press. m/s. 240–241. ISBN 978-0974524566.
  5. ^ Al Sweigart (23 Januari 2018). Cracking Codes with Python: An Introduction to Building and Breaking Ciphers (dalam bahasa Inggeris). No Starch Press. m/s. 4. ISBN 9781593278229.
  6. ^ Saltzman, Benjamin A. (2018). "Ut hkskdkxt: Early Medieval Cryptography, Textual Errors, and Scribal Agency (Speculum, forthcoming)". Speculum (dalam bahasa Inggeris). 93 (4): 975. doi:10.1086/69861. S2CID 165362817.
  7. ^ Janeczko, Paul B (12 April 2004). Top Secret: A Handbook of Codes, Ciphers and Secret Writing (dalam bahasa Inggeris). ISBN 9780763629724.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Sifer di Wikimedia Commons