Siklon Hudhud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ribut Siklon Amat Kencang Hudhud
Ribut siklon sangat kencang (Skala IMD)
Siklon tropika kategori 4 (SSHS)
Hudhud menghampiri daratan pada kekuatan puncak pada 12 Oktober 2014

Hudhud menghampiri daratan pada kekuatan puncak pada 12 Oktober 2014
Terbentuk 7 Oktober 2014
Reda 14 Oktober 2014
Kelajuan maksimum
angin
175 km/j (110 bsj)
(Purata 3 minit)
215 km/j (130 bsj)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 960 hPa (mbar)
(Dianggar 937 hPa (27.67 inHg) oleh JTWC[1])
Kematian 94 orang
Kerosakan Sekurang-kurangnya $9.7 bilion (Nilai USD tahun 2014)
Kawasan
terjejas
Sebahagian daripada
Musim siklon Lautan Hindi Utara 2014

Ribut Siklon Sangat Kencang Hudhud atau Ribut Siklon Amat Kuat Hudhud[2] ialah siklon tropika paling kuat tahun 2014 di Lautan Hindi Utara, dan yang paling memusnah pernah melanda India.

Hudhud berasal daripada tekanan rendah yang terbentuk di bawah pengaruh kitaran siklon udara-atas di Laut Andaman pada 6 Oktober. Hudhud bertambah kuat menjadi ribut siklon pada 8 Oktober dan sebagai Ribut Siklon Kencang pada 9 Oktober. Hudhud mengalami perendahan cepat pada hari-hari berikutnya dan dikelaskan sebagai Ribut Siklon Sangat Kencang oleh IMD. Sejurus sebelum bertemu daratan berhampiran Visakhapatnam, Andhra Pradesh, pada 12 Oktober, mencapai kekuatan puncaknya dengan kelajuan angin tiga minit 175 km/h (109 mph) dan tekanan pusat minimum 960 mbar (28.35 inHg). Sistem itu kemudian hanyut ke arah Uttar Pradesh dan Nepal, menyebabkan hujan meluas di kedua-dua tempat dan salji lebat di Nepal.[3][4]

Hudhud menyebabkan kerosakan meluas terhadap bandar Visakhapatnam dan daerah bersebelahan Vizianagaram dan Srikakulam di Andhra Pradesh. Kerosakan dianggarkan di antara 60000 crore (AS$9.7 bilion) dan 70000 crore (AS$11 bilion), dengan taksiran masih dijalankan.[5][6] Sekurang-kurangnya 94 kematian telah disahkan, majoritinya di Andhra Pradesh dan Nepal, dengan suatu tanah runtuh terjadi di Gunung Dhaulagiri, Nepal akibat siklon ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tropical Cyclone Hudhud Best Track". Naval Research Laboratory. Dicapai 12 Oktober 2014. 
  2. ^ "Siklon Hudhud badai India". Kosmo! Online. Reuters. 13 Oktober 2014. Dicapai 20 Oktober 2014. 
  3. ^ "BOB 03 Advisory 54 issued at 1300 UTC, 14 Oktober 2014". India Meteorological Department. Dicapai 15 Oktober 2014. 
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Nepal tidak disediakan
  5. ^ "Hudhud aftermath: Vizag limps back to normalcy, losses could touch Rs 70,000cr". The Times of India. 15 Oktober 2014. Dicapai 15 Oktober 2014. 
  6. ^ "Cyclone Hudhud impact: Death toll rises to 35 in Andhra Pradesh". Deccan Chronicle. 15 Oktober 2014. Dicapai 15 Oktober 2014.