Silur (usia)
Usia Silur[1] atau Silures merupakan era ketiga Paleozoik (438 hingga 410 juta tahun dahulu). Cuaca usia Silur lebih panas berbanding Zaman Air Batu pada akhir Ordovisi dan hidupan terus membiak. Di samping itu, paras laut meningkat dan daratan baru muncul akibat perlanggaran plat tektonik. Justeru, tumbuhan mampu hidup dan membiak di daratan dengan adanya rantaian makanan di daratan.
Benua Zaman Silur[sunting | sunting sumber]
Benua Gondwana berada di hemisfera selatan seperti di Zaman Ordovisi manakala Siberia pula berada 180 darjah daripada kedudukan sekarang. Di antara benua Laurentia dan Baltica adalah Atlantik Lama (kemudian berpecah pada hujung Zaman Silures dan menjadi Euromerica).
Apakan ciri-ciri organisma pada Zaman Silur?[sunting | sunting sumber]
Hidupan Zaman Silur ialah haiwan tanpa tulang belakang seperti Graptolit, Euripterid dan jenis bercangkerang. Bagaimanapun, nautilius dan trilobit yang banyak di Zaman Ordovisi semakin berkurang. Selain itu, haiwan vertebrat mula muncul terutama ikan bertulang rahang seperti akatodia. Haiwan seperti serangga dan labah-labah juga muncul.
Haiwan-haiwan baru pada Zaman Silures[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Silur (usia) |
Didahului oleh Eon Proterozoik | 542 Ma - Eon Fanerozoik - Kini | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
542 Ma - Zaman Paleozoik - 251 Ma | 251 Ma - Zaman Mesozoik - 65 Ma | 65 Ma - Zaman Senozoik - Kini | ||||||||||
Kambria | Ordovisi | Silures | Devon | Karbon | Perm | Trias | Jura | Kapur | Paleogen | Neogen | Kuarterner |