SimCity 4: Rush Hour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SimCity 4: Rush Hour
SimCity 4 - Rush Hour Coverart.png
Pembangun Maxis
Penerbit Electronic Arts (Windows)
Aspyr Media (Mac)
Pereka Will Wright
Penggubah lagu Jerry Martin
Andy Brick
The Humble Brothers
Siri SimCity
Versi 1.0.2
Pelantar Windows
Mac OS X
Tarikh keluaran
Genre Penyelakuan pembinaan dan pengurusan

Pembinaan bandar

Mod Seorang pemain
Penilaian ESRB: E
OFLC: G
PEGI: 3+
Bahantara 1 CD
Keperluan sistem SimCity 4 terlebih dahulu dipasang. 500 MHz Pentium III processor. Windows XP, Windows 2000, Windows ME, atau Windows 98; atau Mac OS X, versi 10.2 atau lebih baru. 128 MB RAM, 256 MB RAM untuk Windows XP/Me. 1 GB ruang cakera keras. 32 MB kad video serasi DirectX 7.0, 8x CD-ROM drive.
Kaedah input Papan kekunci dan tetikus

SimCity 4: Rush Hour ialah pek kembangan untuk SimCity 4 dicipta oleh EA Games dan Maxis, yang mana pemain membina sebuah bandar raya dari permulaan.

Ciri-ciri baru[sunting | sunting sumber]

U-Drive-It[sunting | sunting sumber]

Sebuah kereta api wap dipandu oleh pemain menggunakan U-Drive-It.

U-Drive-It ialah satu tambahan baru untuk Rush Hour, satu cara yang mana pemain boleh mengawal kereta, kapal terbang, dan pelbagai kenderaan lain serta memandu mereka sekitar bandar raya. Terdapat dua cara memandu: Scenario Mode, yang mana pemain mempunyai satu masa yang terhad untuk memenangi wang atau hadiah-hadiah, atau Free Drive, yang membenarkan pemain memandu secara bebas.

Jalan raya dan lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Sebuah tampilan menayangkan beberapa contoh ciri-ciri baru dalam SimCity 4: Rush Hour.

Tambahan terbaru pada seksyen jalan ialah jalan sehala dan lebuh. Jalan sehala adalah bersaiz sama seperti jalan-jalan biasa, hanya ia boleh diregangkan dalam satu arah, manakala lebuh ialah jalan berkembar yang sama saiz dengan lebuh raya, dengan pokok-pokok renik di tengah jalur (ditakrifkan oleh kekayaan bangunan-bangunan di jalan itu). Lebuh telah ada dalam pendahulu SimCity 4, SimCity 3000, tetapi bukan dalam SimCity 4 yang asal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]