Sindrom Stockholm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sindrom Stockholm adalah respon psikologi di mana dalam kes-kes tertentu para tebusan penculikan menunjukkan tanda-tanda kesetiaan kepada penderanya tanpa mempedulikan bahaya atau risiko yang telah dialami oleh tebusan itu. Sindrom ini dinamakan berdasarkan kejadian rompakan Sveriges Kreditbank di Stockholm pada tahun 1973. Perompak bank tersebut, Jan-Erik Olsson dan Clark Olofsson, mempunyai senjata dan menculik pekerja bank dari 23 Ogos hingga 28 Ogos pada tahun 1973. [1] Ketika akhirnya korban dapat dibebaskan, reaksi mereka malah memeluk dan mencium para perompak yang telah menculik mereka. [1] Mereka secara emosional menjadi menyayangi penyandera, bahkan membela mereka. [1] Sandera yang bernama Kristin bahkan jatuh cinta dengan salah satu perompak dan membatalkan pertunangan dengan teman wanitanya selepas dibebaskan. [2] Istilah sindrom Stockholm pertama kali dicetuskan oleh criminologist dan psikiater Nils Bejerot, yang membantu polis semasa rompakan. [1]

Kes-kes terkenal yang mungkin[sunting | sunting sumber]

  • Colleen Stan, a.k.a. Carol Smith tebusan hidup-hidup dari 1977 hingga 1984 oleh Cameron dan Janice Hooker di dalam kotak kayu yang terkunci. Dia tidur di dalam kotak berbentuk seperti peti mati di bawah katil tidur Hooker. Selama tebusan itu, Colleen berkali-kali diseksa dan diserang secara seksual. Colleen Stan tidak pernah kabur, walaupun sepertinya ada peluang dia dapat melarikan diri.
Patty Hearst membantu SLA merompak bank dua bulan selepas penculikannya
  • Natascha Kampusch, seorang anak perempuan Austria berusia 10 tahun diculik oleh Wolfgang Priklopil sebelum melarikan diri apabila umur 18 tahun 2006, menunjukkan tanda-tanda telah menderita sindrom Stockholm, seperti dibuktikan dengan kesedihannya setelah penculiknya bunuh diri.
  • Steven Stayner, seorang anak laki-laki dari Merced, California, diculik ketika umur 7 dan dikurung lebih dari 7 tahun dari akhir 1972 hingga awal 1980.
  • Sano Fusako, seorang wanita di Jepun diculik saat umur 10 dan dikurung selama 9 tahun dari 1990 hingga 2000.
  • Wanita Hungarian berumur 27 tahun di Budapest dikurung selama 13 tahun di rumahnya oleh ayahnya dan secara rutin diperkosa.
  • Shawn Hornbeck diculik saat berumur 11 pada 2003 dan dikurung selama 4 tahun oleh Michael J. Devlin di Missouri. Shawn Hornbeck mula menggunakan nama keluarga Devlin.
  • Elizabeth Smart diculik dari rumahnya oleh Brian David Mitchell. Dia dirogol dan disembunyikan di dalam lubang di Emigration Canyon. Kemudian, Elizabeth ditutup dengan tudung, dibawa ke tempat umum, bahkan diambil gambar dengan menggunakan tudung tersebut, tetapi dia tidak berusaha untuk menghubungi orang lain untuk memberi tahu bahawa dia sedang diculik.

Sindrom Lima[sunting | sunting sumber]

Sindrom Lima adalah kebalikan dari sindrom Stockholm, di mana justru penyandera yang mempunyai minat emosional terhadap tebusan-nya. Penyandera menjadi lebih bersimpati, dan bahkan merasa memerlukan tebusan-nya.

Penggunaan dalam fiksyen[sunting | sunting sumber]

  • Filem Die Hard memberikan rujukan pada sindrom Stockholm, walaupun salah menyebutnya sebagai "sindrom Helsinki".
  • Dalam filem James Bond tahun 1999 "The World Is Not Enough", James Bond mendiagnosis Elektra King menderita sindrom Stockholm. Dia mendakwa bahawa selepas diculik, dan diperkosa oleh orang yang menangkap King ( Renard), King melakukan sumpah kesetiaan dan jatuh cinta dengan Renard. Kemudian di dalam filem, dibuktikan bahawa ini adalah sindrom Lima: Renard jatuh cinta kepada Elektra.
  • Stockholm Syndrome adalah nama sebuah band.
  • Stockholm Syndrome adalah sebuah lagu oleh Muse.
  • Filem Saw dan sekuelnya menunjukkan Amanda memandang Jigsaw sebagai figur seorang ayah, bahkan mencintai dia, walaupun dia sudah diculik oleh Jigsaw sebelumnya.
  • Dalam filem Buffalo 66, Christina Ricci memegang watak seorang gadis bernama Layla yang mencintai penculiknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d (Inggeris) 9171,1920301,00. html Stockholm Syndrome, Time. Dicapai pada 26 Februari 2012.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan latime tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]