Sindrom lesu kronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sindrom lesu kronik
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Ensefalomielitis mialgik / sindrom lesu kronik (ME/CFS),[1] ensefalopati mialgik (ME), sindrom lesu pasca-virus (PVFS), sindrom nyahfungsi imun lesu kronik (CFIDS), penyakit intolerans pergerakan sistemik (SEID)[2]
Gambaran artistik berkenaan simptom yang dialami oleh seorang wanita dengan keadaan tersebut
PengkhususanReumatologi
GejalaPenurunan keupayaan untuk melakukan aktiviti, keletihan bertambah buruk selepas melakukan aktiviti, tidur yang tidak menyegarkan, masalah kognitif[3][4]
Permulaan biasa
usia 40 ke 60 tahun[5]
Tempoh> 3 hingga 6 bulan[6][4]
PuncaTIdak diketahui[6]
Wanita, jangkitan, tekanan psikologi atau fizikal, sejarah keluarga[7][5]
Berdasarkan gejala, selepas menolak kemungkinan punca lain[3]
Keletihan kronik, fibromialgia, polimialgia reumatika, kemurungan, aras tiroid rendah, HIV/AIDS, sklerosis berbilang[8]
RawatanRawatan simptomatik[9]
PrognosisBerbeza antara berlainan individu[10]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sindrom lesu kronik, juga dipanggil ensefalomielitis mialgik, merupakan keadaan jangka masa panjang yang mengakibatkan penurunan keupayaan untuk melakukan aktiviti, keletihan yang bertambah teruk selepas melakukan aktiviti, tidur yang tidak menyegarkan dan masalah kognitif.[3][4] Gejala-gejala tersebut akan menjadi semakin teruk berbanding sebelum onset; walaupun mungkin berubah mengikut masa.[4][11] Kesakitan di tubuh badan juga sering hadir.[4] Gejala mungkin akan bertambah teruk sehingga seseorang tidak dapat meninggalkan katil.[1]

Punca sindrom tersebut tidak jelas; walaupun gabungan beberapa faktor dipercayai terlibat.[7] Mekanisme cadangan terlibat dengan sindrom ini termasuklah jangkitan, perubahan sistem imun, perubahan hormon, perubahan metabolisme, dan genetik.[6] Diagnosis sindrom ini adalah berdasarkan gabungan beberapa simptom lebih daripada 3 atau 6 bulan, yang bukan disebabkan oleh keadaan lain.[3][4]

Tiada penawar atau rawatan khusus; namun terdapat beberapa usaha bertujuan untuk memperbaiki gejala.[9] Pengurusan aktiviti peribadi mengikut rentak yang sesuai dengan keadaan seseorang itu boleh membantu untuk mengelak pemburukan gejala selepas aktiviti.[9][3] Kaunseling boleh membantu beberapa aspek keadaan tertentu.[9] Terapi senaman berperingkat tidak disyorkan sejak 2021.[3] Mereka yang terjejas mungkin menghadapi masalah keterlibatan dari segi pekerjaan, kesekolahan dan aktiviti kemasyarakatan.[1] Walaupun sesetengahnya bertambah baik dari semasa ke semasa, sesetengah lain pula menjadi kurang berupaya untuk tempoh masa yang panjang.[10][12]

Sindrom lesu kronik menjejaskan kira-kira 0.9% orang.[13][14] Kira-kira 0.8 hingga 2.5 juta orang dianggarkan terjejas di Amerika Syarikat pada 2015.[5] Mereka yang berumur antara 40 dan 60 tahun paling kerap terjejas; dengan wanita terjejas 1.5 hingga 4 kali lebih kerap berbanding lelaki.[13][5] Namun, sindrom ini boleh berlaku pada peringkat umur lain, termasuk pada usia kanak-kanak dengan prevalens mencecah 0.2%.[15] Keadaan ini telah diterangkan sekurang-kurangnya sejak era 1930-an.[8] Penyakit ini dinamakan "ensefalomielitis mialgik benigna" pada era 1950-an manakala istilah "sindrom lesu kronik" diperkenalkan pada era 1980-an.[16][17] Kedua-dua istilah itu digabungkan pada tahun 2003.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "What is ME/CFS? | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 29 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  2. ^ Committee on the Diagnostic Criteria for Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome; Board on the Health of Select Populations; Institute of Medicine (10 February 2015). Beyond Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome: Redefining an Illness (PDF). PMID 25695122. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 January 2017. Dicapai pada 28 July 2020.
  3. ^ a b c d e f "Recommendations - Myalgic encephalomyelitis (or encephalopathy)/chronic fatigue syndrome: diagnosis and management - Guidance". NICE. 29 October 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2021. Dicapai pada 15 January 2022.
  4. ^ a b c d e f "Symptoms of ME/CFS | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 9 February 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  5. ^ a b c d "Epidemiology | Presentation and Clinical Course | Healthcare Providers | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 27 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  6. ^ a b c "Possible Causes | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 15 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  7. ^ a b "Etiology and Pathophysiology | Presentation and Clinical Course | Healthcare Providers | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2018. Dicapai pada 31 July 2022.
  8. ^ a b Sapra, A; Bhandari, P (January 2022). "Chronic Fatigue Syndrome". PMID 32491608. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b c d "Treatment of ME/CFS | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 February 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2021. Dicapai pada 31 July 2022.
  10. ^ a b "Prognosis | Presentation and Clinical Course | Healthcare Providers | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 23 July 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2022. Dicapai pada 31 July 2022.
  11. ^ "Chronic fatigue syndrome | Office on Women's Health". www.womenshealth.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2022. Dicapai pada 31 July 2022.
  12. ^ "Severely Affected Patients | Clinical Care of Patients | Healthcare Providers | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  13. ^ a b "Systematic review and meta-analysis of the prevalence of chronic fatigue syndrome/myalgic encephalomyelitis (CFS/ME)". Journal of Translational Medicine. 18 (1): 100. February 2020. doi:10.1186/s12967-020-02269-0. PMC 7038594. PMID 32093722.
  14. ^ "Chronic fatigue syndrome: progress and possibilities". The Medical Journal of Australia. 212 (9): 428–433. May 2020. doi:10.5694/mja2.50553. PMID 32248536.
  15. ^ "ME/CFS in Children | Myalgic Encephalomyelitis/Chronic Fatigue Syndrome (ME/CFS) | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 2 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 31 July 2022.
  16. ^ "Chronic fatigue syndrome: labels, meanings and consequences". Journal of Psychosomatic Research. 70 (6): 500–04. June 2011. doi:10.1016/j.jpsychores.2011.02.002. PMID 21624573.
  17. ^ a b Free, Valerie (29 August 2016). Lighting Up a Hidden World: CFS and ME (dalam bahasa Inggeris). FriesenPress. ISBN 978-1-4602-8050-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2022. Dicapai pada 31 July 2022.