Sistem percukaian dalam Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sistem Percukaian Dalam Islam)

Ramai[nyatakan menurut siapa?] yang menularkan pandangan seorang ustaz yang mengatakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah haram berasaskan hujah cukai adalah haram. Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah menulis mengenainya di akhbar.[1][2] Beliau telah berkongsi perbahasan berkenaan dengan persoalan "adakah boleh orang Islam dikenakan cukai sedangkan mereka sudah diwajibkan zakat?"

Ulama berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh. Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.[perlu rujukan]

Hujah yang mengatakan tidak boleh[sunting | sunting sumber]

1) Ada hadith yang menyatakan:

ليس في المالِ حقٌّ سوى الزكاة

"Tidak ada kewajipan dalam harta melainkan zakat" (Hadith riwayat Ibnu Majah)

2) Pada zaman Rasulullah SAW, hanya zakat sahaja yang dikenakan ke atas orang Islam. Selain itu tiada.[perlu rujukan]

Hujah yang mengharuskan[sunting | sunting sumber]

1) Pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, beliau telah memperkenalkan cukai-cukai baru yang belum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW. Antaranya ialah kharaj (cukai tanah), 'usyur (cukai perniagaan) dan lain-lain.

2) Kaedah fiqh menyebutkan:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

"Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah mengikut maslahat"

Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahlul hal wal 'aqd (ahli syura, pakar-pakar, penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah), maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya.[perlu rujukan]

3) Hadith yang dijadikan hujah oleh Mazhab Hanafi yang menolak keharusan cukai ke atas orang Islam itu tidak boleh diguna pakai kerana ramai ulama mendhaifkannya. Malah, ada yang menyatakan bahawa hadith tersebut dhaif jiddan. Berikut ialah sebahagian komentar para ulama terhadap hadith tersebut:

Imam Nawawi berkata dalam kitab Al-Majmu' bahawa hadith itu dhaif jiddan.[perlu rujukan]

Imam Zaila'i (ulama mazhab hanafi sndiri) kata hadith itu dhaif.

Imam Suyuti dalam Jami' Saghir kata dhaif.[perlu rujukan]

4) Alasan mengatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah kenakan cukai terhadap orang Islam adalah tertolak. Hal ini kerana Saidina Umar sendiri yang telah mewujudkan cukai baru yang belum pernah wujud masa zaman Nabi SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai baru kerana Saidina Umar bukan orang biasa. Beliau ialah sahabat Nabi SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara khulafa rasyidin yang Nabi SAW sendiri suruh ikut.[perlu rujukan]

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Dr Asyraf Wajdi Dusuki merasakan bahawa pandangan yang mengatakan harus mengenakan cukai walaupun sudah ada zakat adalah yang lebih tepat. Hal ini kerana:[perlu rujukan]

  1. Hujahnya lebih kuat.
  2. Kaedah Fiqh yang digunakan tepat.
  3. Perbuatan Saidina Umar antara hujah yang kuat dalam hal ini.
  4. Pandangan ini adalah pandangan jumhur (Maliki, Syafie dan Hambali).
  5. Pandangan ini bertepatan dengan Mazhab Syafie yang merupakan pegangan Rakyat Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]