Sistem kadar pertukaran tetap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kadar pertukaran tetap, kadangkala dipanggil kadar pertukaran bersandar, ialah sejenis rejim kadar pertukaran di mana suatu nilai mata wang tetap atau bersandar oleh autoriti monetari menentang nilai mata wang yang lain, bakul mata wang lain, atau ukuran nilai lain, seperti emas.

Terdapat manfaat dan risiko menggunakan sistem kadar pertukaran tetap. Kadar pertukaran tetap biasanya digunakan untuk menstabilkan kadar pertukaran suatu mata awang dengan menetapkan secara langsung nilainya dalam nisbah pratentu dengan mata wang yang berbeza, lebih stabil, atau lebih tersebar luas di seluruh dunia dengan mata wang yang bersandar. Dengan melakukan demikan, kadar pertukaran antara mata wang dan sandarnya tidak berubah berdasarkan keadaan pasaran, tidak seperti dalam rejim pertukaran terapung (boleh ubah). Hal ini membuatkan perdagangan dan pelaburan antara dua kawasan mata wang lebih senang dan lebih boleh ramal dan terutamanya berguna untuk ekonomi kecil yang meminjam terutamanya dalam mata wang asing dan dalam itu perdagangan luar negara membentuk sebahagian besar KDNK negara.

Sistem kadar pertukaran tetap boleh juga digunakan untuk mengawal kelakuan suatu mata wang, seperti dengan mengehadkan kadar inflasi. Walau bagaimanapun, dengan melakukan demikian, mata wang bersandar kemudian dikawal oleh nilai rujukannya. Dalam erti yang sebenarnya, apabila nilai rujukan naik atau jatuh, ia kemudian mengikuti itu nilai mana-mana mata wang bersandar kepadanya akan juga naik dan jatuh berhubungan dengan mata wang dan barangan dengannya mata wang bersandar dapat didagangkan. Dalam kata lain, mata wang bersandar bergantung pada nilai rujukannya untuk mengimlakkan cara nilai kini ditakrifkan pada mana-mana masa yang diberi. Tambahan pula, menurut model Mundell–Fleming, dengan mobiliti modal sempurna, kadar pertukaran tetap menghalang kerajaan daripada menggunakan dasar monetari tempatan untuk mencapai kestabilan makroekonomi.

Dalam sistem kadar pertukaran tetap, bank pusat suatu negara biasanya menggunakan mekanisma pasaran terbuka dan menguntukkan pada semua masa untuk membeli dan/atau menjual mata wangnya pada harga tetap untuk mengekalkan nisbah bersandarnya dan, dengan itu, nilai stabil mata wangnya berhubung dengan rujukan kepadanya ia disandarkan. Untuk mengekalkan kadar pertukaran yang diingini, bank pusat semasa masa permintaan bersih sektor swasta untuk mata wang asing, menjual mata wang asing daripada rizabnya dan membeli semula duit tempatan. Hal ini mencipta permintaan buatan bagi mata wang tempatan, yang meningkatkan nilai kadar pertukarannya. Sebaliknya, dalam kes naik nilai baru muncul wang tempatan, bank pusat membeli semula mata wang asing dan oleh itu menambah wang tempatan ke dalam pasaran, dengan itu mengekalkan keseimbangan pasaran pada nilai tetap kadar pertukaran yang dihasratkan.[1]

Pada abad ke-21, mata wang yang disekutukan dengan ekonomi besar biasanya tidak menetapkan (sandar) kadar pertukaran mereka kepada mata wang lain. Ekonomi besar terakhir yang emnggunakan sistem kadar pertukaran tetap ialah Republik Rakyat China, di mana, pada Julai 2005, menerima pakai sistem kadar pertukaran yang lebih boleh ubah, dipanggil kadar pertukaran terurus.[2] Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah juga menggunakannya dalam hari-hari sementara untuk mewujudkan kadar penukaran terakhir menentang euro daripada mata wang tempatan negara yang menyertai zon euro.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dornbusch, Rüdiger; Fisher, Stanley; Startz, Richard (2011). Macroeconomics (ed. Eleventh). New York: McGraw-Hill/Irwin. ISBN 978-0-07-337592-2.
  2. ^ Goodman, Peter S. (2005-07-22). "China Ends Fixed-Rate Currency". Washington Post. Dicapai pada 2010-05-06.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "KM" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "CHRO" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "MDB" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DVH" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "GS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

(11) Feenstra, Robert C., and Alan M. Taylor. International Macroeconomics. New York: Worth, 2012. Print.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://internationalecon.com/Finance/Fch80/F80-1.php
  2. https://web.archive.org/web/20120417030824/http://www.wellesley.edu/Economics/weerapana/econ213/econ213pdf/lect213-05.pdf
  3. Gavin, F. J. (2002). "The Gold Battles within the Cold War: American Monetary Policy and the Defense of Europe, 1960–1963". Diplomatic History. 26 (1): 61–94. doi:10.1111/1467-7709.00300.
  4. https://web.archive.org/web/20160918035957/https://people.ucsc.edu/~mpd/InternationalFinancialStability_update.pdf
  5. http://www.polsci.ucsb.edu/faculty/cohen/inpress/bretton.html
  6. http://www.imf.org/external/pubs/ft/issues13/index.htm
  7. http://www.imf.org/external/pubs/ft/issues/issues38/ei38.pdf
  8. http://www.cato.org/pubs/bp/bp100.pdf
  9. http://econ.la.psu.edu/~bickes/goldstd.pdf
  10. Exchange Rate Regimes Past, Present and Future di Wayback Machine (diarkibkan April 11, 2010)
  11. Reinhart, C. M.; Rogoff, K. S. (2004). "The Modern History of Exchange Rate Arrangements: A Reinterpretation" (PDF). Quarterly Journal of Economics. 119 (1): 1–48. doi:10.1162/003355304772839515.
  12. "Exchange Rate Regimes and International Reserves" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2011. Dicapai pada September 12, 2011.CS1 maint: unfit URL (link)
  13. https://fxprofitpips.com - Live Forex signals

Rencana berita[sunting | sunting sumber]

  1. https://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2005/07/26/AR2005072600681.html
  2. https://web.archive.org/web/20110904175432/http://www.forexrealm.com/forex-analytics/exchange-rates/exchange-rate-regimes.html
  3. http://www.gold-eagle.com/greenspan011098.html
  4. https://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2005/07/21/AR2005072100351.html