Zon euro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zon euro (kawasan euro)
The eurozone as of 2015
  •      Zon eoru setakat 2015
  •      Kawasan bukan zon euro yang menggunakan euro
  • Matawang euro
    Jenis kesatuan Kesatuan dan kewangan
    Ditubuhkan 1 Januari 1999
    Ahli
    Pentadbiran
    Kawalan politik Kumpulan Euro
    Presiden Kumpulan Jean-Claude Juncker
    Pengeluar sah Bank Pusat Eropah
    Presiden ECB Jean-Claude Trichet
    Bersekutu dengan Kesatuan Eropah
    Statistik
    Populasi (2011) 331,962,860[1]
    GDP (2010) €9.2 trillion[2]
    Kadar faedah 1%[3][4]
    Inflasi 1.6%[5]
    Pengangguran 9.9%[6]
    Imbangan perdagangan €22.3 bn surplus[7]

    Zon euro —atau kawasan euro (euro area) secara rasminya[8] — ialah kesatuan ekonomi dan kewangan yang dianggotai 19 negara dalam Kesatuan Eropah yang menerima pakai euro (€) sebagai mata wang tunggal.

    Kawasan ini disertai oleh negara Austria, Belanda, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Jerman, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Sepanyol, Slovakia, Slovenia dan Yunani. Negara-negara EU lain (kecuali Denmark dan United Kingdom) diwajibkan masuk sekiranya memenuhi kriteria untuk melakukan sedemikian.[9] Tiada satupun negara yang meninggalkan kawasan ini, dan tiada peruntukan untuk melakukan sedemikian mahupun dibuang dari kawasan tersebut.[10] Andorra, Monaco, San Marino dan Kota Vatikan mempunyai persetujuan yang formal dengan EU untuk menggunakan euro sebagai matawang rasmi serta mengeluarklan duit syiling tersendiri.[11][12][13] Kosovo dan Montenegro telah memakai euro secara sepihaknya[14] tetapi tidak termasuk dalam zon ini mahupun mempunyai perwakilan dalam Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) atau dalam Kumpulan Euro.[15]

    Bank Pusat Eropah pimpinan seorang presiden serta sebuah lembaga ketua-ketua bank pusat serata benua tersebut menetapkan dasar kewangan kawasan ini. Tugas utama bank pusat tersebut ialah mengekalkan kadar inflasi di bawah tahap yang boleh dikawal. Meskipun perwakilan, pentadbiran atau dasar fiskal yang sama untuk kesatuan matawang itu tidak ada, masih ada juga kerjasama yang dilakukan dalam Kumpulan Euro yang membuat keputusan politik berkaitan euro serta kawasan yang diwakilinya. Kumpulan Euro ini terdiri daripada menteri-menteri kewangan negara anggota kawasan euro, namun pemimpin negara turut boleh dilibatkan dalam keadaan kecemasan.


    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ Total population as of 1 January
    2. ^ Gross domestic product at market prices
    3. ^ World interest rates table, FX street
    4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan interest rates tidak disediakan
    5. ^ HICP – all items – annual average inflation rate Eurostat
    6. ^ Harmonised unemployment rate by gender – total – [teilm020,; Total % (SA) Eurostat
    7. ^ For the whole of 2009. Euroindicators 17 February 2010, Eurostat
    8. ^ "Countries, languages, currencies". Interinstitutional style guide. the EU Publications Office. Dicapai 2 Februari 2009. 
      "The euro area". Bank Pusat Eropah. Diarkibkan daripada asal pada 6 Ogos 2013. 
    9. ^ "Who can join and when?". Suruhanjaya Eropah. Dicapai 10 September 2012. 
    10. ^ Fox, Benjamin (1 Februari 2013). "Dutch PM: Eurozone needs exit clause". EUobserver.com. Dicapai 18 June 2013. 
    11. ^ "Agreements on monetary relations (Monaco, San Marino, the Vatican and Andorra)". European Communities. 30 September 2004. Dicapai 12 September 2006. 
    12. ^ "The government announces a contest for the design of the Andorran euros". Andorra Mint. 19 March 2013. Diarkibkan daripada asal pada 22 August 2013. Dicapai 26 March 2013. 
    13. ^ "Nouvelles d'Andorre" (dalam bahasa French). 1 Februari 2013. Diarkibkan daripada asal pada 4 October 2013. Dicapai 2 Februari 2013. 
    14. ^ "The euro outside the euro area". Europa. Dicapai 26 Februari 2011. 
    15. ^ Sebuah glossary yang dikeluarkan Bank Pusat Eropah mentakrifkan "kawasan euro" (euro area) tanpa sebarang rujukan kepada Monaco, San Marino atau Kota Vatikan.

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]