Sloth
Sloth | |
---|---|
Sloth berleher coklat berjari kaki tiga (Bradypus variegatus) Tasik Gatun, Panama. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas: | |
Infrakelas: | |
Superorder: | |
Order: | |
Suborder: | Folivora Delsuc, Catzeflis, Stanhope, and Douzery, 2001
|
Famili | |
Bradypodidae |
Sloth (Jawi: سلوث ) merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berjari kaki dua) dan Bradypodidae (sloth berjari kaki tiga), sebahagian order Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.Serta sloth bergerak secara perlahan-lahan.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan ini merupakan pinjaman kata bahasa Inggeris yang sendirinya bermaksud "kemalasan" (sinonim lain: laziness),[1] ia kata kembar slow "perlahan".[2]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Haiwan-haiwan ini dalam superorder mamalia berplasenta Xenarthra yang mula wujud di benua Amerika Selatan sekitar 60 juta dahulu.[3]
Terdapat dua superfamili dalam suborder Folivora yang masih terselamat dan berterusan wujud pada hari ini:[4]
- Megatheroidea
- Bradypodidae - berjari tiga, empat spesies dikenali
- Bradypus variegatus - spesies paling lazim di hutan Neotropik[5][6] Amerika Tengah dan Selatan.
- Bradypus tridactylus, menghuni hutan tropika utara benua Amerika Selatan. Spesies ini mula membeza dengan B. variegatus sekitar 6 juta tahun dahulu.[7]
- Bradypus torquatus, bertaburan di Hutan Atlantik pesisiran barat daya Brazil.
- Bradypus pygmaeus, bertaburan di pulau Isla Escudo de Veraguas tidak jauh dari Panama.
- Bradypodidae - berjari tiga, empat spesies dikenali
- Mylodontoidea
- Choloepodidae, berjari dua - dua spesies dikenali:
- Choloepus didactylus, betaburan di Venezuela, rantau Guayana, Colombia, Ecuador, Peru, dan kawasan utara sungai Amazon di Brazil.
- Choloepus hoffmanni bertaburan di dua kawasan hutan tropika dibahagikan banjaran Andes: kawasan pertama menjangkau dari timur Honduras[8] ke Ecuador barat manakala kawasan kedua merangkumi timur Peru, barat Brazil dan utara Bolivia.[9]
- Choloepodidae, berjari dua - dua spesies dikenali:
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pergerakan
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini hanya mampu bergerak seperlunya pada kelajuan purata 4 meter seminit dan 4.5 meter paling laju menjauhi pemangsa di dedahan pokok; di tanah pula kelajuan ini mengurang kepada 3 meter (9.8 ka) seminit. Sloth berjari dua lebih cepat bergerak di antara pohon-pohon berbanding sloth yang berjari tiga.[10]
Genus Folivora ini mampu berenang dengan baik menggunakan tangan panjang, ia mampu mencapai kelajuan sebanyak 13.5 meter seminit[11] menyeberangi sungai dari satu daratan atau pulau ke satu daratan yang lain.[12]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Sloth memakan daun Cecropia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "sloth". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "sloth (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
- ^ O'Leary, Maureen A.; Bloch, Jonathan I.; Flynn, John J.; Gaudin, Timothy J.; Giallombardo, Andres; Giannini, Norberto P.; Goldberg, Suzann L.; Kraatz, Brian P.; Luo, Zhe-Xi (2013-02-08). "The Placental Mammal Ancestor and the Post–K-Pg Radiation of Placentals". Science (dalam bahasa Inggeris). 339 (6120): 662–667. doi:10.1126/science.1229237. ISSN 0036-8075. PMID 23393258.
- ^ Presslee, S.; Slater, G. J.; Pujos, F.; Forasiepi, A. M.; Fischer, R.; Molloy, K.; Mackie, M.; Olsen, J. V.; Kramarz, A.; Taglioretti, M.; Scaglia, F.; Lezcano, M.; Lanata, J. L.; Southon, J.; Feranec, R.; Bloch, J.; Hajduk, A.; Martin, F. M.; Gismondi, R. S.; Reguero, M.; de Muizon, C.; Greenwood, A.; Chait, B. T.; Penkman, K.; Collins, M.; MacPhee, R.D.E. (2019). "Palaeoproteomics resolves sloth relationships". Nature Ecology & Evolution. 3 (7): 1121–1130. doi:10.1038/s41559-019-0909-z. PMID 31171860.
- ^ Templat:MSW3 Gardner
- ^ Gardner, Alfred L. (2007). "Suborder Folivora". Dalam Gardner, Alfred L. (penyunting). Mammals of South America, Volume 1: Marsupials, Xenarthrans, Shrews, and Bats. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 157–168 (p. 161). ISBN 978-0-226-28240-4.
- ^ Moraes-Barros, M.C.; dll. (2011). "Morphology, molecular phylogeny, and taxonomic inconsistencies in the study of Bradypus sloths (Pilosa: Bradypodidae)". Journal of Mammalogy. 92 (1): 86–100. doi:10.1644/10-MAMM-A-086.1.
- ^ Plese, T.; Chiarello, A. (2014). "Choloepus hoffmanni". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2014: e.T4778A47439751. doi:10.2305/IUCN.UK.2014-1.RLTS.T4778A47439751.en.
- ^ Hayssen, V. (2011). "Choloepus hoffmanni (Pilosa: Megalonychidae)". Mammalian Species. 43 (1): 37–55. doi:10.1644/873.1.
- ^ Garcés‐Restrepo, M.F.; Pauli, J.N.; Peery, M.Z. (2018). "Natal dispersal of tree sloths in a human-dominated landscape: Implications for tropical biodiversity conservation". Journal of Applied Ecology. 55 (5): 2253–2262. doi:10.1111/1365-2664.13138.
- ^ Goffart, M. (1971). "Function and Form in the sloth". International Series of Monographs in Pure and Applied Biology. 34: 94–95.
- ^ Swimming sloth - Planet Earth II: Islands Preview, BBC, 4 November 2016, dicapai pada 17 April 2017 – melalui YouTube