Snap matchlock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan snaplock atau snaphance.
Senapang matchlock antik Jepang (tanegashima), menunjukkan mekanisme penembakan.

Snap matchlock adalah sejenis mekanisme matchlock (pencucuh sumbu) yang digunakan untuk menyalakan senjata api awal. Ia digunakan di Eropah sekitar tahun 1475 hingga 1640, dan di Jepun dari tahun 1543 hingga sekitar tahun 1880.[1]

Deskripsi[sunting | sunting sumber]

Serpentine-nya (serpentine adalah tuas melengkung dengan penjepit di ujungnya) ditahan dalam posisi menembak oleh pegas lemah,[2] dan dilepaskan dengan menekan butang, menarik pemicu, atau bahkan menarik tali pendek yang masuk ke dalam mekanisme. Tali bakar lambat yang ditahan di serpentine itu berayun ke dalam panci kilat (flash pan) berisi bubuk sulut. Kilat dari panci kilat bergerak melalui lubang sulut yang menyala cas pendorong utama senjata. Oleh kerana tali bakarnya sering dipadamkan setelah pertembungannya yang agak ganas dengan panci kilat, jenis ini tidak disukai oleh tentera, tetapi sering digunakan dalam senjata sasaran yang baik.

Di Jepun, pengenalan pertama mengenai matchlock yang mula dikenali sebagai tanegashima adalah melalui Portugis pada tahun 1543.[3] Tanegashima sepertinya didasarkan pada contoh senapang snap matchlock yang dibeli dari pedagang Portugis, dan pada asalnya dihasilkan di gudang senjata Portugis yang terdapat di Asia termasuk Melaka Portugis dan Goa di India Portugis, yang merupakan bandar yang ditawan oleh Portugis masing-masing pada tahun 1511 dan 1510.[4] Arquebus melayu, istinggar, menggunakan mekanisme jenis ini.[5][6]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The defences of Macau: forts, ships and weapons over 450 years Richard J. Garrett, Hong Kong University Press, 2010, ISBN 9789888028498 P.176
  2. ^ European & American arms, c. 1100-1850, Author Claude Blair, Publisher B. T. Batsford, 1962, Original from Pennsylvania State University, Digitized Jun 30, 2009 P.42
  3. ^ Tanegashima: the arrival of Europe in Japan, Olof G. Lidin, Nordic Institute of Asian Studies, NIAS Press, 2002 P.1-14
  4. ^ The bewitched gun : the introduction of the firearm in the Far East by the Portuguese, by Rainer Daehnhardt 1994 P.26
  5. ^ Tarling, Nicholas (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: Volume 1, From Early Times to C.1800. Cambridge University Press. ISBN 9780521355056.
  6. ^ Eaton, Richard M. (2013). Expanding Frontiers in South Asian and World History: Essays in Honour of John F. Richards. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9781107034280.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]