Mesiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesiu dengan duit syiling A.S. (diameter 24 mm) sebagai perbandingan saiz.

Mesiu (Jawi: مسيو),[1] ubat bedil (Jawi: اوبت بديل‎),[2] atau serbuk letupan merupakan bahan letupan terawal yang pernah ditemui. Serbuk ini terdiri daripada campuran sulfur, S, arang (karbon, C) dan kalium nitrat atau saltpeter, KNO3. Sulfur dan arang berfungsi sebagai bahan api manakala kalium nitrat berfungsi sebagai agen pengoksidaan.[3][4] Serbuk ini banyak digunakan sebagai bahan dorong dalam senjata api, roket, bunga api dan digunakan sebagai bahan letupan dalam pelombongan dan kuari.

Bahan ini secara tidak sengaja tercipta di China pada abad ke lapan(850)di mana mesiu ini telah tercipta akibat dari maharaja wu (dinasti han) membiayai penemuan ramuan kehidupan abadi namun alkemis telah membuat eksperimen tersebut dengan mencampurkan 3 jenis zat dan terciptanya mesiu kemudian pada abad ke-9 mula digunakan bagi tujuan peperangan hingga sekitar tahun 1000 M.[5]dan Ia menjadi meluas diketahui serata Eurasia pada akhir abad ke-13.[6] Nama "mesiu" itu sendiri merupakan cerminan perkenalan teknologi ini melalui asalnya dalam bahasa Min Selatan 芒硝 bông-siau.[7] kemudian mesiu ini dikembangkan di barat melalui era pencerahan kuasa barat dengan mencipta senjata moden untuk menakluk dunia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan awal Cina[sunting | sunting sumber]

Serbuk mesiu ditemukan oleh ahli alkimia Cina pada abad ke-9 hasil sampingan percubaan merumus bahan kimia membuat ramuan kehidupan abadi selama berabad-abad;[8][9] kalium nitrat atau "sendawa" sudah ditemukan oleh kebudayaan Cina pada pertengahan abad pertama sambil juga adanya banyak bukti penggunaan campur bersama belerang sebagai bahan mengubat pada dahulunya.[10] Sebuah tulisan tentang kimia Cina bertarikh tahun 492 menuliskan bahawa sendawa yang dinyalakan menghasilkan api berwarna ungu lalu menarik perhatian kepada pendalaman dan pembelajaran lanjut bahan ini.[9]

Pengetahuan ini akhirnya sampai kepada pihak tentera yang mula membangunkan senjata berpandu (seperti tombak api) dan meletup (termasuk bom tangan) untuk melawan Empayar Mongol ketika kerajaan Mongol berusaha untuk menghancurkan dan merebut benteng kota di perbatasan utara tanah China. Setelah Empayar Mongol menguasai China dan mendirikan Dinasti Yuan, mereka mengambil kesempatan dari teknologi mesiu Cina yang diperolehi saat cuba menakluk Jepun; selain itu mereka menggunakannya sebagai bahan bakar roket.

Penyebaran ke Barat dan kepulauan Nusantara[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-13, mesiu mula dikenal oleh kerajaan-kerajaan Eropah, Kustantiniyah dan Jepun melalui perdagangan sepanjang Laluan Sutera. Pada tahun 1280 di Kesultanan Mamluk, seorang Suriani bernama Hasan Ar-Rammah menulis kitab al-Furūsiyyah wa al-Manāṣib al-Harbiyyah (Arab: الفروسية والمناصب الحربية, "Perkudaan dan Jentera Perang") yang menerangkan suatu roket yang digambarkan dan disebut sebagai "panah Cina". Satu dasawarsa selepas penerbitan buku, bangsa Arab menggunakan teknologi ini dalam ketenteraan mereka saat menakluk kota Baza di Sepanyol. Setahun setelah itu tahun 1326 di Firenze di tanah Itali, pihak kota tersebut memerintahkan pembuatan meriam dan bolanya. Dari kota inilah kemudiannya penyebaran teknologi mesiumeluas di Eropah hingga pada tahun 1350-an menjadi diguna lazim di medan perang.[11]

Di Asia Tenggara pula, Serangan orang Mongol ke atas pulau Jawa pada 1293 membawa teknologi mesiu ke kepulauan Nusantara dalam bentuk meriam (Cina Tradisional: ; pinyin: pào).[12] Bukti penulisan dan arkeologi menunjukkan bahawa para pedagang Arab memperkenalkan senjata serbuk mesiu kepada orang-orang Jawa, Aceh, dan Batak melalui laluan perdagangan komersial yang sudah ada sejak awal hingga pertengahan abad ke-14.[13] Meskipun pengetahuan membuat senjata berbasis mesiu telah diketahui setelah penaklukan Mongol yang gagal, dan pendahulu senjata api, meriam galah (bedil tombak), dicatat sebagai digunakan oleh orang Jawa pada tahun 1413,[14][15]:245 pengetahuan membuat senjata api sejati datang jauh kemudian setelah pertengahan abad ke-15 dibawa oleh negara-negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi dapat dengan aman disimpulkan tidak lebih awal dari tahun 1460.[16]:23 Sebelum kedatangan Portugis di Asia Tenggara, penduduk asli sudah memiliki senjata api primitif iaitu arquebus Jawa.[17] Pengaruh Portugis terhadap persenjataan lokal, khususnya setelah penaklukan kerajaan Melaka (1511), menghasilkan senjata api berkancing batu api dijana campuran jenis baru ini iaitu istinggar.[18] Orang Melayu pada ketika ini juga mula menulis mengenai cara pembuatan "sumbu bedil" dan penggunaan "ubat bedil" yang betul termasuk penyukatan ubat mengikut jarak tembakan yang diinginkan serta jampi penyasar yang hendak dibaca dalam kitab-kitab "ilmu bedil".[19][20]

Kegiatan mendapatkan sendawa untuk tujuan pembuatan ini dicatat oleh para pelancong Belanda dan Jerman sebagai hal yang biasa bahkan di desa-desa terkecil dan dikumpulkan dari proses penguraian bukit-bukit kotoran besar yang secara khusus ditumpuk untuk tujuan tersebut. Hukuman Belanda karena memiliki mesiu yang tidak diizinkan tampaknya adalah amputasi.[21] Kepemilikan dan pembuatan mesiu kemudian dilarang oleh penjajah kolonial Belanda.[22] Menurut kolonel McKenzie yang dikutip dalam buku Sir Thomas Stamford Raffles, The History of Java (1817), belerang paling murni dikumpulkan dari kawah besar Gunung Ijen terletak di timur pulau Jawa berhampiran selat Bali.[23]

Bahan[sunting | sunting sumber]

Ia lazim diperbuat daripada bahan-bahan berikut:

  • garam nitrat, biasanya sendawa (kalium nitrat, KNO3) yang membekalkan oksigen bagi tindak balas,
  • arang yang memberikan sumber karbon sebagai bahan api dalam tindak balas,
  • sulfur yang bertindak sebagai bahan api serta menurunkan suhu yang diperlukan untuk pembakaran lalu meningkatkan kadar pembakaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "mesiu". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "ubat bedil". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Agrawal 2010, m/s. 69.
  4. ^ Cressy 2013.
  5. ^ Andrade 2016, m/s. 30.
  6. ^ Buchanan 2006, m/s. 2.
  7. ^ Badudu, J. S (2003). Kamus Kata-kata Serapan Asing Dalam Bahasa Indonesia. Jakarta: Kompas.
  8. ^ Bhattacharya (in Buchanan 2006, halaman 42) acknowledges that "most sources credit the Chinese with the discovery of gunpowder" though he himself disagrees.
  9. ^ a b Chase 2003:31–32
  10. ^ Buchanan. "Editor's Introduction: Setting the Context", in Buchanan 2006.
  11. ^ Lee, Silkroad Foundation, Adela C.Y. "Gun and Gunpower". www.silk-road.com. Dicapai pada 25 September 2017.
  12. ^ Song Lian. History of Yuan.
  13. ^ Dipanegara, P.B.R. Carey, Babad Dipanagara: an account of the outbreak of the Java war, 1825–30 : the Surakarta court version of the Babad Dipanagara with translations into English and Indonesian volume 9: Council of the M.B.R.A.S. by Art Printing Works: 1981.
  14. ^ Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: p. 178.
  15. ^ Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.
  16. ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
  17. ^ Tiaoyuan, Li (1969). South Vietnamese Notes. Guangju Book Office.
  18. ^ Andaya, L. Y. 1999. Interaction with the outside world and adaptation in Southeast Asian society 1500–1800. In The Cambridge history of southeast Asia. ed. Nicholas Tarling. Cambridge: Cambridge University Press, 345–401.
  19. ^ Mohd Dasuki Wan Hasbullah; Othman Mohd Yatim (2013). "Teknologi Istinggar: Beberapa Ciri Fizikal dalam Aplikasi Teknikalnya" (PDF). IMAN: International Journal of the Malay World and Civilisation. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 (3): 51–59.[pautan mati kekal]
  20. ^ Aswandi Syahri (6 Ogos 2018). "Kitab Ilmu Bedil Melayu". Jantung Melayu. Dicapai pada 10 Februari 2020.
  21. ^ Raffles, Thomas Stamford (1978). The History of Java (ed. [Repr.].). Kuala Lumpur: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-580347-1.
  22. ^ Dipanegara, P.B.R. Carey, Babad Dipanagara: an account of the outbreak of the Java war, 1825–30 : the Surakarta court version of the Babad Dipanagara with translations into English and Indonesian volume 9: Council of the M.B.R.A.S. by Art Printing Works: 1981.
  23. ^ Thomas Stamford Raffles, The History of Java, Oxford University Press, 1965 (originally published in 1817), ISBN 0-19-580347-7
Sumber utama
  • Agrawal, Jai Prakash (2010), High Energy Materials: Propellants, Explosives and Pyrotechnics, Wiley-VCH.
  • Andrade, Tonio (2016), The Gunpowder Age: China, Military Innovation, and the Rise of the West in World History, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-13597-7.
  • Buchanan, Brenda J., penyunting (2006), Gunpowder, Explosives and the State: A Technological History, Aldershot: Ashgate, doi:10.1353/tech.0.0051, ISBN 978-0-7546-5259-5.
  • Cressy, David (2013), Saltpeter: The Mother of Gunpowder, Oxford University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Mesiu di Wikimedia Commons