Soh Rui Yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soh Rui Yong
Soh sedang berlari pada sebuah latihan tahun 2021
Maklumat peribadi
Lahir (1991-08-06) 6 Ogos 1991 (umur 32)
Singapura
IsteriNantacha (2023–sehingga kini)
Soh Rui Yong
Cina Ringkas: 苏睿勇[1]
Cina Tradisional: 蘇睿勇
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin: Sū Ruìyǒng
Sukan
NegaraSingapura
Menjadi pro2016
Dilatih olehBerlatih peribadi
Pencapaian dan pingat
Rekod peribadi terbaik
  • 5000 m (Balapan): 14:44.21 (NR)
  • 5000 m (Padang): 15:12.00 (NR)
  • 10,000 m (Balapan): 31:10.70 (NR)
  • 10,000 m (Padang): 31:39.+ (NR)
  • Separuh Maraton: 1:06:45 (NR)
  • Maraton: 2:22:59 (NR)

Soh Rui Yong, Guillaume (Cina ringkas: 苏睿勇pinyin: Sū Ruìyǒng; lahir 6 Ogos 1991)[2] ialah pelari jarak jauh dari Singapura, dan merekodkan enam pencapaian dalam sukan olahraga kebangsaan: 5,000m (trek & jalan), 10,000m (trek & jalan), separuh maraton dan maraton. Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam pernah memujinya dengan mengatakan bahawa, "dia (Rui) pelari jarak jauh paling berkilau dalam sejarah negara kita (Singapura)".[3]

Pada 2017, Rui berjaya menjadi pelari maraton lelaki Singapura pertama yang memenangi pingat emas dua kali berturutan.[4] Pada 2023, Rui memenangi pingat perak dalam kategori lari 10,000m di Sukan SEA. Pelari pertama dari Singapura yang berjaya merekodkan pencapaian itu. Pada bulan Januari 2024, Rui menubuhkan Akademi Maraton RunSohFast Marathon Academy. Misi penubuhan akademi itu ialah mengajarkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang pelari kepada pelari-pelari belia.[5]

Rui terkenal sebagai pelari yang mempunyai sifat sangat jujur dan suka menolong.[6][7][8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Rui menyertai kejohanan Separuh Maraton yang ditaja oleh Tentera Darat Singapura pada bulan September 2012. Pada sukan olahraga negara yang digalakkan setiap tahun itu, Rui berjaya menamatkan lari dengan masa 1:12:25. Ketika itu, dia menjadi perhatian media selepas menghentikan langkah kakinya untuk menolong Ashley Liew, seorang atlet olahraga yang tersandung batu.[10]

Pada tarikh 14 Jun 2014, Rui membuat rekod negara baharu untuk Singapura dengan memenangi kategori 10,000m dalam Festival Balapan Portland dengan masa 31:15.95, memejalkan rekod lama yaitu 31:19:00 yang dipegang oleh P.C. Suppiah 50 tahun tahun sebelumnya.[11]

2015–2022: Perlawanan Sukan Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Rui memenangi pingat emas pertamanya untuk sukan maraton dalam Sukan SEA 2015 dan berjaya sebagai pelari maraton Singapura pertama yang memenangi dua pingat emas berturutan selepas penampilannya di Sukan SEA 2017, meski sebelum menyertai kejohanan itu ia namanya hampir dipadam dari senarai rasmi.[12] Pada Sukan SEA 2017, Rui menjadi tajuk akhbar media selepas menawarkan air miliknya kepada pelari Indonesia beretnik Jawa, Agus Prayogo saat minumannya campak di titik hidrat tubuh. Prayogo menolak halus tawaran Rui dan berkata bahawa setiap pelari bertanggung jawab atas minumannya sendiri. Prayogo mendapatkan pingat perak.[13]

Pada bulan Ogos 2017, Rui mendapat teguran dari SNOC (Dewan Olimpik Negara Singapura/Singapore National Olympic Council).[14][15][16] Pada Sukan SEA 2019, Rui tidak mendapatkan panggilan dari SNOC dengan alasan agar pelari Singapura lain mendapat kesempatan memenangi pingat bagi negaranya. Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Rui batal menyertai perlawanan itu kerana pandemi COVID-19 dan selepas berundur ke tahun 2022, SNOC memadam namanya dari senarai rasmi kerana pertikaiannya dengan Ashley Liew dan Syed Abdul Malik Aljuneid.

2022-2024: Rekod bagi Singapura dan Perlawanan Sukan SEA 2023[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 17 Jun 2022, Rui menyertai Kejohanan Olahraga England dan tamat dengan masa 31:12.05, beberapa minit lebih cepat berbanding rekod lamanya dari tahun 2014.[17] Beberapa bulan sebelum Sukan SEA 2023 berlaku, Rui telah bersemuka dengan Ashley Liew dan Syed Abdul Malik Aljuneid dan ketiganya sepakat untuk mengakhiri konflik peribadi. Merujuk kepada The Straits Times, Rui mendapat panggilan dari SNOC pada 25 Mac 2023 untuk mewakili Singapura dalam kategori lari 5,000m dan 10,000m.[18] Pada kategori 5,000m, dia menamatkan lari di peringkat ke-4 dan untuk kategori 10,000m ia memenangi pingat perak. Selepas 40 tahun penantian, Singapura mendapat pingat semula untuk kategori lari 10,000m.[19]

Rui menjadi perhatian antarabangsa semasa perlawanan, ketika dirinya saat berlari di belakang Rikki Marthin Luther Simbolon menawarkan kepada pelari Indonesia yang tidak sempat mengambil air minumnya itu minuman miliknya.[20][21] Marthin pun menerima tawaran Rui dan pemuda berdarah Batak itu memenangkan pingat emas untuk negaranya. Beberapa akhbar Indonesia dan negara lain memuji perbuatannya.[22][23][24]

Pertikaian dengan Ashley Liew[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 10 June 2023, SNOC mengazamkan perkara yang kontroversial dengan memadam nama Rui dari senarai rasmi atlet Singapura yang akan menyertai Sukan Asia 2022.[25] SNOC beralasan bahawa Rui telah memuat naik hantaran sindiran mengenai Ashley Liew yang belum mendermakan wang denda pelari itu di akaunnya. Persatuan sukan Singapura itu menegaskan keputusan mereka dengan berkata bahawa "memang dia orang yang baik tetapi sekedar maaf sahaja belumlah sesuai".[26] Ahli politik dari parti-parti Pembangkang Singapura, Pritam Singh dan Leong Mun Wai, menyokong Rui dengan mengatakan bahawa memadam namanya dari Sukan Asia 2023 hanya kerana hal ringan ialah perbuatan kekanak-kanakan.[27]

Pada tarikh 22 Oktober 2023, Rui menyertai Separuh Maraton Valencia, dalam kejohanan itu ia menamatkan larinya dengan masa 1:06:45. Pada kejohanan itu, Rui melewati jarak sejauh 10 km dengan masa 31:39. Rekod masa pelari Singapura yang sebelumnya ialah 32:10, dipegang oleh Mok Ying Ren dan Jeevaneesh Soundararajah.[28]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rui lahir di Singapura pada tahun 1991. Ibu Rui bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah dan adik perempuannya, Romaine mengikut jejaknya sebagai seorang pelajar.[15] Semasa menyertai Institusi Raffles, dia berjaya memenangi gelaran Divisyen A Singapura dua tahun berturutan.[29]

Rui meneruskan pendidikan tingginya di Universiti Oregon, Amerika Syarikat dengan mengambil kepujian sarjana muda administrasi bisnis.[30] Pada tahun 2021, ia mengambil kepujian sarjana hukum di Universiti London.[31] Rui berkahwin pada bulan September 2023 bersama Nantancha.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "陈川仁贺函上把马拉松健将苏睿勇写成瑞恩 后澄清是两人之间的笑话". Channel 8 News. 24 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ "Soh Rui Yong – SEA Games 2015 Athletics Squad". singaporeathletics.org.sg. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 July 2017. Dicapai pada 4 October 2017.
  3. ^ https://www.straitstimes.com/sport/swimmer-quah-ting-wen-hoping-for-dream-paris-olympics-outing-with-siblings
  4. ^ Farhan, Noor (19 August 2017). "SEA Games: Singapore's Soh Rui Yong defends marathon title". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
  5. ^ Kwek, Kimberly (2024-01-02). "Singapore's top marathoner Soh Rui Yong launches academy". The Straits Times. Dicapai pada 2024-01-31.
  6. ^ Tan, Les. "Army Half Marathon: Soh Rui Yong runs 1:12:25.15 PB to finish as fastest Singaporean". RED SPORTS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  7. ^ "Soh Rui Yong shares water with Indonesian competitor during SEA Games 10,000m race". youthopia.sg (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-12. Dicapai pada 2023-06-11.
  8. ^ "S'porean Soh Rui Yong gives water to Indonesian 10,000m race leader who fumbled water bottle". mothership.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  9. ^ "SEA Games: Indonesian marathoner praises rival Soh Rui Yong for sportsmanship". Today. 28 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
  10. ^ Tan, Les. "Army Half Marathon: Soh Rui Yong runs 1:12:25.15 PB to finish as fastest Singaporean". RED SPORTS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  11. ^ Choo, Yun Ting (2014-06-15). "Athletics: Long-distance runner Soh Rui Yong breaks 41-year-old 10,000m national record | The Straits Times". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-28.
  12. ^ "Marathoner Soh given last warning for breaching SNOC rules". TODAYonline. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2019. Dicapai pada 3 September 2019.
  13. ^ "SEA Games: Indonesian marathoner praises rival Soh Rui Yong for sportsmanship". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  14. ^ Farhan, Noor (15 August 2017). "Marathoner Soh Rui Yong given formal warning for 'repeatedly' breaching sponsorship rules". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
  15. ^ a b Chia, Nicole (2 October 2017). "People: Marathoner Soh Rui Yong: Rebel or voice of the sport?". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
  16. ^ "Soh Rui Yong says Singapore Athletics didn't provide coaching help for SEA Games: report". Yahoo. 20 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.
  17. ^ Sazali Abdul Aziz (2022-06-18). "Athletics: Soh back on track after struggles, lowers own national 10,000m record | The Straits Times". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-28.
  18. ^ "Marathoner Soh Rui Yong to race for Singapore again after more than five-year absence | The Straits Times". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 2023-03-25. Dicapai pada 2023-04-03.
  19. ^ Lee, David (11 May 2023). "Two-time marathon champ Soh Rui Yong wins silver in 10,000m". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Phnom Penh. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 11, 2023. Dicapai pada 1 July 2023.
  20. ^ "Soh Rui Yong shares water with Indonesian competitor during SEA Games 10,000m race". youthopia.sg (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-12. Dicapai pada 2023-06-11.
  21. ^ "S'porean Soh Rui Yong gives water to Indonesian 10,000m race leader who fumbled water bottle". mothership.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  22. ^ Putri, Nova Elisa (2023-05-13). "Momen Pelari Asal Singapura Beri Minum ke Rikki Martin Pelari Asal Indonesia - Kalteng Lima". Momen Pelari Asal Singapura Beri Minum ke Rikki Martin Pelari Asal Indonesia - Kalteng Lima (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-11.
  23. ^ "SOSOK Soh Rui Yong, Pelari Singapura Beri Minum Atlet Indonesia di SEA Games 2023, Jadi Runner Up". TribunTrends.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-11.
  24. ^ cbcolympics. "The sporting spirit 🙌❤️". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-06-11.
  25. ^ "Soh Rui Yong excluded from Singapore's Asian Games line-up; SNOC says he made 'disparaging' remarks". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-11.
  26. ^ Ganesan, Deepanraj (2023-06-10). "Why SNOC has not selected Soh Rui Yong for Asian Games". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 2023-06-11.
  27. ^ Loon, Yee (2023-07-07). "Leader of Opposition criticizes SNOC's "blanket non-selection", calls for greater leniency approach toward Soh Rui Yong". The Online Citizen Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-17.
  28. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-10-22.
  29. ^ Tung, Colin. "Soh Rui Yong achieves rare A Division double as six Raffles Institution boys finish in the top eight". RED SPORTS.
  30. ^ hermes (25 April 2016). "Athletics: Soh completes London Marathon but misses Rio mark". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2021.
  31. ^ "Soh Rui Yong Has Been Accepted to UK Law School At The Age of 30". Goody Feed. 27 October 2021.