Somersby (sider)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Somersby ialah jenama minuman keras jenis sider dengan kandungan alkohol 4.5% oleh syarikat pembuatan bir Denmark, Carlsberg. Dibangunkan pada 2008,[1] ia pada asalnya dikilang bagi pasaran Denmark, tetapi kini telah dilancarkan di lebih daripada 46 pasaran, termasuk seluruh Eropah, Israel, Nepal, Australia, New Zealand, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Kanada, Sweden, Sri Lanka dan Amerika Syarikat.[2] Daripada sepuluh jenama sider terbesar di dunia, Somersby adalah yang paling berkembang pada tahun 2012.[2]

Pada 2012, Carlsberg UK membangunkan dan memperkenalkan versi baharu Somersby khusus untuk pasaran United Kingdom. Somersby Cider UK ialah sider kering sederhana ABV 4.5% tanpa perasa atau pemanis tiruan.[3]

Walaupun berasal dari Denmark, sider ini dipasarkan di banyak wilayah sebagai ciptaan "Lord Somersby", seorang Lord Inggeris fiksyen.[4][5]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Selain daripada sider epal tulen, jenama Somersby juga digunakan bagi sider jambu, sider epal berperisa beri hitam, rubarb, elderflower, limau halia, beri biru, pecah epal, sider epal berperisa kranberi, sider epal perisa sitrus, sider epal perisa tembikai dan sider epal kurang kalori.[6]

Di Poland, jenama Somersby digunakan oleh Carlsberg untuk memasarkan bir berperisa buah-buahan dan bukannya sider. Ini disebabkan oleh ketidakpopularan relatif sider selaku minuman keras utama dalam kalangan pelanggan Poland, serta sekatan undang-undang ke atas penjualan dan pemasaran sider di negara ini, termasuk larangan iklan.[7]

Somersby Apple Cider[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan: [8]

Air, jus epal ditapai, gula, ekstrak jus epal, asid sitrik (pengatur keasidan), perisa (epal), kalium sorbat (pengawet), pewarna karamel.

Somersby Pear Cider[sunting | sunting sumber]

Ingredients:[9]

Air minuman ditulenkan, jus jambu pekat, gula, asid sitrik (pengatur keasidan).

Apple Beer Drink[sunting | sunting sumber]

Di Poland, Switzerland dan Quebec, Carlsberg menggunakan jenama Somersby untuk minuman campuran bir (45%) dan minuman berperisa epal (55%).[10] Oleh kerana produk ini tidak boleh dikelaskan sebagai sider, ia dijual sebagai Apple Beer Drink.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Somersby Cider product information". Dicapai pada 2012-07-11.
  2. ^ a b "Somersby was fastest-growing of the global top 10 cider brands in 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-07. Dicapai pada 2012-07-11.
  3. ^ "Somersby Cider official UK website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 2013-03-01.
  4. ^ "Fun Lab: co-create with Somersby and become a brand ambassador!". Coolbrandz.com. 2014-03-19. Dicapai pada 2019-08-18.
  5. ^ "Lord Somersby". Dicapai pada Aug 18, 2019 – melalui www.youtube.com.
  6. ^ "Somersby Product Range". Official website. Dicapai pada 17 October 2019.
  7. ^ Drewnowska, Beata. "Somersby wchodzi do Polski". www.rp.pl (dalam bahasa Poland).
  8. ^ "Somersby Apple Flavoured Cider" (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-17. Dicapai pada 2019-10-17.
  9. ^ "Somersby Pear Flavoured Cider" (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-17. Dicapai pada 2019-10-17.
  10. ^ "Apple Beer Drink" (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 26 April 2015.