Sosiologi kejahilan saintifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Sosiologi

Portal · Sejarah

Aspek am

Sosiologi awam · Penyelidikan sosial
Teori sosial · Teori sosiologi
Amalan sosiologi

Bidang dan subbidang berkait

Demografi · Kriminologi
Pergerakan sosial · Psikologi sosial
Sosiolinguistik · Sosiologi perbandingan
Sosiologi:   agama · budaya
ekonomi · jantina · kerja · lencongan
pendidikan · pengetahuan
penstrataan · politik · sains
undang-undang

Kategori & Senarai
Jurnal · Terbitan · Topik

Sosiologi kejahilan saintifik (Sociology of scientific ignorance, SSI ) ialah kajian tentang kejahilan dalam memahami sains dan kejahilan mengenai sains . Cara yang paling biasa untuk melihat kejahilan adalah dengan melihantnya sebagai sesuatu yang relevan, bukannya hanya kekurangan pengetahuan. Terdapat dua topik yang utama dalam penyelidikan SSI: (1) bertumpu pada kejahilan dalam penyelidikan saintifik, (2) berfokus kepada kejahilan awam tentang sains. Sosiologi kejahilan saintifik adalah bidang pelengkap kepada sosiologi pengetahuan saintifik (SSK). [1]

Apabila mengkaji kejahilan dalam penyelidikan saintifik, pandangan umum ialah kejahilan boleh digunakan sebagai suatu alat dalam penyampaian ilmu sains. Contoh mengenai perkara ini ialah blackboxing, iaitu suatu tanggapan yang bahawa menyembunyikan bahagian dalaman suatu sistem adalah lebih bermanfaat dari menerangkan segala-galanya. Dengan kata lain, input dan output daripada suatu sistem sahaja yang akan diberikan kepada pengguna.

Kajian tentang kejahilan awam terhadap sains memfokuskan kepada: (1) bagaimana kejahilan saintifik boleh menjejaskan masyarakat, (2) pandangan awam terhadap sains, dan (3) perkara yang boleh menimbulkan kejahilan awam terhadap sains. Bidang ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat tentang sains.

Kejahilan dalam penyelidikan saintifik[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, perkataan kejahilan mempunyai konotatif yang negatif, dan untuk suatu tempoh yang lama, kejahilan saintifik dilihat sebagai suatu perkara yang negatif semata-mata. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, orang ramai telah mula meninggalkan tanggapan idea ini, dan sebaliknya cuba mencari kegunaan atau aplikasi tentang keadaan kejahilan yang disengajakan. [2] Ini secara amnya dipanggil sebagai kejahilan yang berguna. Langkah pertama dalam mencari penggunaan kejahilan ialah menyedari bahawa kejahilan ialah sebuah perkara yang tidak dapat dielakkan. Seperti kata Matthias Gross : "ilmu yang baru juga bermakna masih terdapat kejahilan". [3] Gross menambahkanlagi yang bahawa hubungan antara kejahilan dan kejutan. Kejutan mengenai sesuatu perkara boleh mendedahkan perkara yang tidak diketahui oleh para saintis dan ini membantu mereka menumpukan penyelidikan mereka untuk mendapatkan pengetahuan. Sebaliknya, kejahilan adalah suatu perkara yang boleh mencetus suatu kejutan, maka ini menjadikan kedua-duanya sebagai sebuah perkara yang saling berkait.

Pengemblengan kejahilan[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan penggemblengan pengetahuan, yang merujuk kepada menggerakkan ilmu pengetahuan ke arah untuk mencapai suatu matlamat, konsep penggemblengan kejahilan telah diperkenalkan. "Pengemblengan kejahilan boleh difahami sebagai penggunaan kejahilan ke arah pencapaian suatu matlamat." [4] Konsep ini juga membuat perbezaan antara dua jenis kejahilan: (1) tidak berpengetahuan aktif ialah kejahilan yang secara sengaja atau tidak sengaja dan konteks ini selalunya dalam kejahilan mengenai ilmu sains; (2) tidak berpengetahuan yang terpendam ialah kejahilan yang tidak diambil kira. Yang terakhir lebih menyerupai pandangan lama tentang kejahilan, sebagai kekurangan pengetahuan. Pengemblengan kejahilan boleh dikatakan bertujuan untuk menukar komuniti tidak berpengetahuan terpendam kepada komuniti bukan berpengetahuan aktif. Strategi mengenai transformasi ini boleh digunakan pada masa hadapan dan memerlukan penyelidikan lanjut.

Kejahilan terkhusus[sunting | sunting sumber]

Kejahilan terkhusus ialah tanggapan bukan pengetahuan yang diketahui oleh saintis, dan mesti diubah menjadi pengetahuan dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan lanjutan tentang sesuatu yang lain. "Menyedari sesuatu yang yang belum diketahui tetapi perlu diketahui adalah asas untuk mengejar lebih banyak pengetahuan". [5] Hal ini boleh membantu para saintis dalam menyediakan arah penyelidikan mereka, kerana ia menunjukkan perkara pra-kajian yang perlu dilakukan, sebelum melakukan penyelidikan utama.

Kejahilan awam tentang sains[sunting | sunting sumber]

Bahagian SSI ini secara amnya melihat kepada punca kenapa orang ramai tidak begitu arif mengenai ilmu sains, serta kesannya terhadap penyelidikan saintifik dan masyarakat. Satu cara untuk mengkategorikan punca kejahilan adalah dengan menggunakan tiga kategori berikut: [6]

  • Pilihan yang disengajakan, kerana tidak berminat.
  • Pembahagian kerja, bermakna ia tidak berkaitan dengan pekerjaan seseorang.
  • Perlembagaan mental, iaitu mempunyai minda yang tidak saintifik.

Kajian juga telah dibuat yang memberi tumpuan kepada peranan wartawan – dan media massa secara amnya – sebagai bertanggungjawab kepada kejahilan awam tentang sains dan salah tanggapan saintifik yang biasa. Antara sebab di sebalik seseorang wartawan yang menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan adalah kerana mungkin wartawan tersebut percaya akan maklumat itu benar, atau kerana terdapat keuntungan peribadi yang boleh diperoleh oleh para wartawan. Cara yang biasa untuk meletakkan tanggungjawab kepada dakwaan wartawan adalah dengan melaporkan kontroversi saintifik, atau kepada kejahilan dalam penyelidikan saintifik. Walaupun perkara yang terakhir merupakan suatu yang tidak dapat dielakkan, dari pandangan umum dalam SSI, perkara ini telah menjadikan para saintis lebih teragak-agak untuk membincangkan kejahilan mereka, kerana ini boleh digunakan oleh para pengamal media untuk meremehkan hasil kerja mereka. Satu bidang di mana media dikatakan memainkan peranan penting dalam pendapat umum mengenai perkara itu ialah kontroversi pemanasan global . [7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stocking, Holly (September 1998). "On Drawing Attention to Ignorance". Science Communication. 20 (1): 165–178. doi:10.1177/1075547098020001019.
  2. ^ Pinto, M. F. (19 January 2015). "Tensions in agnotology: Normativity in the studies of commercially driven ignorance". Social Studies of Science. 45 (2): 294–315. doi:10.1177/0306312714565491. PMID 26477209.
  3. ^ Gross, Matthias (2010). Ignorance and surprise : science, society, and ecological design. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. m/s. 1. ISBN 9780262013482.
  4. ^ Gaudet, Joanne; Young, Nathan; Gross, Matthias (28 May 2012). "Ignorance is Power: Science in Practice, Epistemic Mobilization Dynamics" (PDF). Ignorance mobilization. Kitchener-Waterloo, Ontario. Dicapai pada 21 April 2015.
  5. ^ Merton, Robert K. (August 1987). "Three Fragments From a Sociologist's Notebooks: Establishing the Phenomenon, Specified Ignorance, and Strategic Research Materials". Annual Review of Sociology. 13 (1): 1. doi:10.1146/annurev.so.13.080187.000245.
  6. ^ Michael, Mike (1996). Ignoring science: discourses of ignorance in the public understanding of science (ed. 1. publ.). Cambridge [u.a.]: Cambridge Univ. Press. m/s. 107–125. ISBN 0-521-43268-5. Dicapai pada 26 May 2015.
  7. ^ Stocking, S. H.; Holstein, L. W. (6 August 2008). "Manufacturing doubt: journalists' roles and the construction of ignorance in a scientific controversy" (PDF). Public Understanding of Science. 18 (1): 23–42. doi:10.1177/0963662507079373. PMID 19579533. Dicapai pada 26 May 2015.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Templat:Philosophy of scienceTemplat:Science and technology studies