Spektrograf Pengimejan Kawasan Antaramuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Interface Region Imaging Spectrograph
IRIS
IRIS (Explorer).jpg
Spektograf Pengimejan Kawasan Antaramuka
Jenis misiAstronomi Suria UV
PengoperasiNASA
COSPAR ID2013-033A
SATCAT №39197
Jangka masa misi2 tahun (dirancang)
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatLockheed Martin
Berat berlepas183 kg (403 lb)
Permulaan misi
Tarikh pelancaran27 Jun 2013, 02:27:46 UTC (2013-06-27UTC02:27:46Z)
RoketPegasus-XL F42
Tapak pelancaranStargazer, Vandenberg
KontraktorOrbital Sciences
Parameter orbit
Sistem rujukanGeosentrik
RejimSegerak matahari
Paksi separuh utama7,015.38 km (4,359.16 batu)[1]
Keeksentrikan0.0029478[1]
Perigee623 km (387 batu)[1]
Apogee665 km (413 batu)[1]
Kecenderungan97.90 darjah[1]
Tempoh97.47 minit[1]
Epoch24 Januari 2015, 02:50:49 UTC[1]
----
Program Explorer Kecil
← NuSTAR GEMS →

Spektograf Pengimejan Kawasan Antaramuka (bahasa Inggeris: Interface Region Imaging Spectrograph; IRIS) merupakan satelit pencerapan suria kendalian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan di Amerika Syarikat. Misi ini dibiayai menerusi program Explorer Kecil untuk menyiasat keadaan fizikal anggota suria, terutamanya kromosfera Matahari. Pesawat angkasa ini terdiri daripada bas satelit dan spektrometer yang dibina oleh Makmal Suria dan Astrofizik Lockheed Martin (LMSAL) serta teleskop yang disediakan oleh Pencerapan Astrofizik Smithson. Satelit ini dikendalikan oleh LMSAL dan Pusat Penyelidikan Ames NASA.

Instrumen satelit ini terdiri daripada spektrometer pengimejan ultraungu berkadar tinggi yang memberikan satu imej sesaat pada resolusi bersudut 0.3 saat arka dan resolusi spektrum sub-ångström.

IRIS dipilih dari enam calon misi Explorer Kecil untuk kajian lanjut bersama pencerapan angkasa Graviti and Extreme Magnetism (GEMS) melalui suatu pengumuman daripada NASA pada 19 Jun 2009.

Pesawat angkasa ini tiba di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg California pada 16 April 2013, dan ia berjaya dilancarkan pada 27 Jun 2013 oleh roket Pegasus-XL.

Keputusan sains[sunting | sunting sumber]

Video data IRIS dari suar suria pada 11 Mac 2015.

IRIS digunakan buat kali pertama pada 17 Julai 2013. NASA menyatakan bahawa "imej pertama IRIS menunjukkan banyak struktur tipis seperti fibril yang belum pernah dilihat sebelum ini, mendedahkan perbezaan yang ketara dalam ketumpatan dan suhu berlaku di seluruh rantau ini bahkan sehingga jarak antara gelung jiran yang diukur hanya beberapa batu sahaja. " Pada 31 Oktober 2013, data dan imej IRIS yang ditentukur telah diterbitkan dalam laman web tersebut. Sebuah pracetak yang menggambarkan butiran satelit serta data awal yangdikutipnya telah diterbitkan melalui arXiv.

Data yang dikumpul dari kapal angkasa IRIS telah menunjukkan bahawa kawasan antaramuka matahari jauh lebih kompleks daripada yang diketahui sebelumnya. Hal ini termasuk ciri-ciri yang digambarkan sebagai bom haba suria, jet plasma berkelajuan tinggi, suar nano dan tornado mini. Ciri-ciri ini merupakan langkah penting dalam memahami pemindahan haba ke korona.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "IRIS Satellite details 2013-033A NORAD 39197". N2YO. 24 Januari 2015. Dicapai 25 Januari 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]