Spin (syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spin
Nama dahuluSkinny Labs, Inc.
Jenis/bentuk sahDockless bicycle sharing system, e-scooter-sharing system Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkongsian basikal and Perkongsian Skuter
DitubuhkanOktober 2016 (2016-10)
PengasasEuwyn Poon
Derrick Ko
Zaizhuang Cheng
Ibu pejabatSan Francisco, California
Tokoh pentingPhilip Reinckens CEO
Syarikat indukTier Mobility
Tapak webspin.pm
Facebook: ridespin Twitter: ridespin Instagram: ridespin LinkedIn: ridespin Youtube: UCDvUFBhYsKZVakSSTkXaFXw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Spin ialah sebuah syarikat perkongsian basikal elektrik dan perkhidmatan perkongsian skuter elektrik . Ibu pejabat syarikat ini terletak di San Francisco dan diasaskan sebagai Syarikat pemula pada tahun 2017. Syarikat ini dilancarkan sebagai sistem perkongsian basikal tanpa dok yang dikawal oleh aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan tempah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat Spin diasaskan pada tahun 2016 sebagai Skinny Labs, Inc. Pada Januari tahun 2017, syarikat ini mengumumkan hasrat untuk membawa perkhidmatan perkongsian basikal tanpa dok seperti di China ke Amerika Syarikat . [1] Spin mengumpulkan $8 juta dalam usaha pembiayaan modal teroka Siri A yang diketuai oleh Grishin Robotics, semasa dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan mereka ke bandar lain di Amerika Syarikat. [2] Spin dilancarkan di Seattle, Washington, pada 17 Julai tahun 2017, menjadi sistem perkongsian basikal tanpa dok pertama di bandar ini di bawah peraturan baharu daripada kerajaan tempatan. [3] Spin memulakan perkhidmatan dengan menyediakan 500 buah basikal di Seattle, dan merekodkan penggunaan melebihi 5,000 tunggangan pada minggu pertama mereka beroperasi. Hal ini mengatasi sistem perkhidmatan perkongsian basikal Pronto Cycle Share, yang sudah beroperasi sebelum Syarikat Spin.[4] Pada akhir Julai, Spin mengumumkan rancangan untuk berkembang ke San Francisco Selatan, California, sebagai sebahagian daripada pelancaran nasional yang lebih besar. [5] Jabatan Pengangkutan Bandar New York, bagaimanapun, mengarahkan penutupan operasi Spin di Rockaway, Queens . [6]

Pada Februari tahun 2018, syarikat Spin melancarkan perkhidmatan perkongsian skuter yang bermula di bandar San Francisco. Skuter itu pada mulanya berharga $1 untuk disewa dengan kos tambahan lima belas sen seminit. [7] Pada 12 April tahun 2018, Jabatan Kerja Raya San Francisco merampas beberapa dozen basikal Spin selepas pejalan kaki membantah perletakan basikal yang menghalang laluan pejalan kaki. [8] Syarikat itu melancarkan perkhidmatannya di Austin, Texas, semasa South by Southwest sebuah festival tempatan pada Mac tahun 2017. Walaubagaimanapun, perkhidmatan itu telah digantung oleh Spin dalam masa sehari selepas pelancaran, disebabkan pertikaian dengan kerajaan bandar mengenai permit dan peraturan. [9] [10]

Dengan penamatan permit program perintis perkongsian basikal mereka di bandar Seattle, syarikat Spin memutuskan untuk tidak membuat permohonan permit baharu dengan bandar itu dan menghentikan operasinya di sana pada September tahun 2018. [11] Pada 7 November tahun 2018, syarikat Ford Motor Company mengumumkan bahawa ia telah memperoleh syarikat Spin dan berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatannya ke lebih banyak bandar. The Wall Street Journal melaporkan syarikat Spin bernilai diantara $80 hingga 90 juta USD pada masa pembelian oleh syarikat Ford Motor Company. [12] Spin mengumumkan pada tahun 2019 bahawa pada Ogos tahun itu ia akan menyediakan lebih kurang 15,000 buah skuter di Portland, Los Angeles, Denver, Washington, DC, Kansas City, Memphis dan Minneapolis. [13] Pada September tahun 2019, Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francisco mengumumkan bahawa ia telah memilih 4 syarikat pengendali, termasuk Spin, untuk membawa 1,000 skuter dari setiap syarikat ke bandar San Francisco berkuat kuasa pada pertengahan Oktober, sekali gus menggandakan bilangan skuter di bandar tersebut daripada bilangan yang dibenarkan. [14]

Pada Ogos tahun 2020, syarikat Spin mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan perkhidmatannya di Jerman, bermula dengan bandar Cologne. [15] [16] Pada akhir Ogos tahun 2020, syarikat itu meneruskan pengembangan antarabangsa mereka dengan melancarkan perkhidmatan mereka di United Kingdom, bermula dengan bandar Milton Keynes diikuti oleh Essex . Pada awal tahun 2021, syarikat itu memasuki pasaran tiga negara tambahan: Kanada, [17] Sepanyol, [18] dan Portugal . [19] Dalam pada itu, syarikat itu juga menambah seorang CEO baharu, [20] Ben Bear, ke dalam organisasi mereka.

Pada Ogos tahun 2021, syarikat itu mengumumkan skuternya akan diintegrasi ke dalam Peta Google . Melalui Peta Google, pengguna akan dapat melihat lokasi skuter terdekat, berapa jarak ke sana dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke kenderaan. Walau bagaimanapun, pengguna Peta Google tidak boleh menyewa skuter semasa dalam aplikasi Peta Google tetapi sebaliknya pengguna perlumenggunakan aplikasi Spin sendiri untuk menempah basikal. [21]

Pada Januari tahun 2022, syarikat Spin mengumumkan penutupan semua operasi perkhidmatan mereka di beberapa negara termasuk Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal serta beberapa pasaran Amerika Utara kerana pulangan keuntungan yang rendah. Syarikat Spin kekal aktif dalam semua pasaran terhad di mana ia dipilih sebagai pengendali mikromobiliti oleh pegawai bandar. [22] [23]

Pada 2 Mac tahun 2022, syarikat Tier Mobility yang berpangkalan di Berlin mengumumkan yang mereka telah memperoleh syarikat Spin. Operasi syarikat Spin di UK akan dijenamakan semula ke dalam operasi syarikat Tier tetapi operasi syarikat Spin di Amerika Syarikat dan Kanada akan kekal dengan jenama tersebut. [24] [25] [26]

Peralatan dan penggunaan[sunting | sunting sumber]

Basikal Syarikat Spin menggunakan basikal berwarna oren dengan kelajuan tunggal, bantuan pedal yang dilengkapi dengan unit GPS dan modem selular . [27] [28] Kunci di basikal boleh dibuka menggunakan aplikasi mudah alih dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di badan basikal. [29] Semasa syarikat Spin beroperasi di Seattle, basikal yang ditempah perlu diletakkan di zon landskap/lokasi khusus yang ditetapkan di kaki lima . [30]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kolodny, Lora (January 25, 2017). "Spin wants to bring dock-less bike sharing to the US". TechCrunch. Dicapai pada July 31, 2017.
  2. ^ Kolodny, Lora (May 25, 2017). "Spin raises $8 million as bike-sharing battle heats up in the US". TechCrunch. Dicapai pada July 31, 2017.
  3. ^ Lloyd, Sarah Anne (July 17, 2017). "Spin is the first dockless bike-share program to launch in Seattle". Curbed Seattle. Dicapai pada July 31, 2017.
  4. ^ Fucoloro, Tom (July 25, 2017). "Spin smashes Pronto ridership in week one, announces improved bikes". Seattle Bike Blog. Dicapai pada July 31, 2017.
  5. ^ Shieber, Jonathan (July 25, 2017). "Spin brings its pick-up-anywhere bike sharing to South San Francisco". TechCrunch. Dicapai pada July 31, 2017.
  6. ^ Healey, Mark (August 17, 2017). "City 'Spins' Rockaway Bike Share Plan". Wave of Long Island. Dicapai pada September 29, 2019.
  7. ^ Dickey, Megan Rose (2018-02-08). "Bike-sharing startup Spin is getting into scooter-sharing". TechCrunch. Dicapai pada 2018-06-01.
  8. ^ Cabanatuan, Michael (April 13, 2018). "SF scooter problem: City impounds dozens of the two-wheelers". Dicapai pada September 29, 2019.
  9. ^ Small, Andrew (March 12, 2017). "Austin (Briefly) Gets a No-Frills Private Bike Share". CityLab. Dicapai pada July 31, 2017.
  10. ^ Theis, Michael (March 14, 2017). "After Austin's crackdown, free-roaming bikeshare program could soon return". Austin Business Journal. Dicapai pada July 31, 2017.
  11. ^ Lloyd, Sarah Anne (August 16, 2018). "Spin bike share announces departure from Seattle". Curbed Seattle. Dicapai pada September 29, 2019.
  12. ^ Colias, Mike; Brown, Eliot (November 8, 2018). "Ford Buys Electric-Scooter Startup, Looking to Diversify Beyond Autos". The Wall Street Journal. Dicapai pada November 8, 2018.
  13. ^ Hawkins, Andrew J. (July 25, 2019). "Ford's scooter company launches aggressive expansion plan with next-gen scooter". The Verge. Dicapai pada September 29, 2019.
  14. ^ Kafton, Christien (September 26, 2019). "San Francisco, get ready for thousands of more e-scooters starting next month". KTVU. Dicapai pada September 29, 2019.
  15. ^ Staff Writer (2020-08-26). "Ford-Owned Spin Launches in Milton Keynes". Auto Futures (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-26.
  16. ^ Porter, Jon (2020-02-27). "Ford's Spin electric scooters are coming to Europe". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
  17. ^ "Spin is Coming to Canada, Marking Its Fourth International Launch | Canada | English | Ford Media Center".
  18. ^ Asenjo, Alba. "Ford enters Spain with its shared electric scooters one month before Carmena's licenses expire". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-11.
  19. ^ "Ford-owned Spin Expands its Micromobility Services to Portugal | Ford Media Center".
  20. ^ "Ford-owned Spin shakes up scooter business with new CEO, e-bikes and city strategy". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-11.
  21. ^ Hawkins, Andrew J. (2021-08-16). "Spin's electric scooters are coming to Google Maps". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-16.
  22. ^ "A Message from our CEO, Ben Bear".
  23. ^ Moon, M. (8 January 2022). "Ford's e-scooter company Spin is leaving markets and laying off staff". Engadget (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 March 2022.
  24. ^ "TIER Mobility Enters North America by Acquiring Micromobility Operator Spin".
  25. ^ "TIER enters North America by acquiring micromobility operator Spin". 2 March 2022.
  26. ^ Bellan, Rebecca (2 March 2022). "Tier Mobility acquires Spin from Ford, marking entry into North America". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 March 2022.
  27. ^ "Three More Things". Spin. July 26, 2017. Dicapai pada July 31, 2017.
  28. ^ Lloyd, Sarah Anne (July 28, 2017). "Seattle's dockless bike shares: a guide to the bikes taking over the city". Curbed Seattle. Dicapai pada July 31, 2017.
  29. ^ Machkovech, Sam (July 23, 2017). "Dockless bike sharing lands in Seattle—and leads us down unsavory alleyways". Ars Technica. Dicapai pada July 31, 2017.
  30. ^ Gutman, David (July 17, 2017). "Bike shares wheeling back into Seattle, but they're unlike Pronto in 2 big ways". The Seattle Times. Dicapai pada July 31, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bicycle sharing systemsTemplat:Ford Motor Company