Stellar Blade
| Stellar Blade | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Fail:Stellar Blade Pre Order Box.png | |||||||||
| Pembangun | Shift Up | ||||||||
| Penerbit | Sony Interactive Entertainment | ||||||||
| Pengarah | Kim Hyung-tae | ||||||||
| Pengeluar | Kim Hyung-tae | ||||||||
| Pereka bentuk | Kim Hyung-tae Lee Chang-min Jang Hee-cheol | ||||||||
| Penggubah | Hwang Joo-Eun Oliver Good Keita Inoue | ||||||||
| Enjin | Unreal Engine 4 | ||||||||
| Pelantar | |||||||||
| Dilancarkan pada | April 26, 2024 | ||||||||
| Genre | Pengembaraan aksi | ||||||||
| Mod | Pemain tunggal, boss rush (en) | ||||||||
| Penarafan | |||||||||
| |||||||||
| Pautan luar | |||||||||
| Tapak sesawang | stellar-blade.com | ||||||||
| Pautan lain | |||||||||
| sunting · sunting di Wikidata | |||||||||
Stellar Blade ialah permainan video pengembaraan aksi 2024 yang dibangunkan oleh syarikat Korea Selatan Shift Up dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Siri ini diterbitkan untuk platform PlayStation 5 pada 26 April 2024. Versi Windows dan Steam Deck terbit pada 11 Jun 2025.
Permainan ini mendapat banyak ulasan positif dari ahli kritik, utamanya dari sisi gaya permainan dan mekanikal. Stellar Blade ialah tajuk PS5 paling laris setakat Jun 2025, dengan penjualan rasmi 3 juta salinan. Game ini ikut mendapat kontroversi kerana penampilan wataknya yang sangat terbuka dan cerita yang hanya mengandalkan kecantikan perempuan sahaja.[1]
Plot
[sunting | sunting sumber]Kisah bermula dari awal abad ke-21, dengan kelahiran seorang ilmuwan robotika dan bioteknologi bernama Raphael Marks. Raphael menubuhkan syarikatnya sendiri yang bernama Eidos Company. Pada tahun 2040an, Raphael yang sedih akan kehilangan anaknya kerana suatu penyakit kemudian mentaja sebuah program AI yang bernama Mother Sphere. Robot buatannya itu ingin menjayakan manusia dengan mengganti daging dan kulit, menggunakan besi dan karet. Android dan mesin menyertai Mother Sphere memerangi manusia, pada mulanya manusia boleh dengan mudah menekan mesin, tetapi sistem nuklear dikuasai AI dan ledakan besar radioaktif dimana-mana berlaku. Memaksa manusia yang masih bertahan untuk bermastautin dan melakukan gerila ke atas robot dari bawah tanah.
Setiap tahun, mesin menjadi semakin kuat. Mother Sphere mereka model android yang lebih kuat. Manusia yang dipimpin oleh Raphael membuat teknologi untuk menyaingi kekuatan mesin. Raphael yang juga merasa bersalah kemuduan menginfeksi dirinya sendiri menggunakan virus. Membuat tubuhnya menjadi monster, kerana tidak punya pilihan lain mereka mengikuti Raphael berubah menjadi monster yang dijuluki Naytiba. Raphael yang telah berubah menjadi Elder Naytiba kemudian mengalahkan Armada Mother Sphere, memaksa AI itu untuk meninggalkan bumi dan menubuhkan koloni di luar angkasa. Berbeza dari Elder yang hanya menjadi sedikit lebih bodoh, Naytiba lain kehilangan akal sehat mereka dan hanya mampu berkembang biak. Membuat sang Elder merasa resah dan membentuk rancangan baharu untuk menjaga nasib manusia.
Pada sekitar pertengahan abad ke-22, Mother Sphere mengirimkan gelombang besar ke bumi. Tachy dan Eve mendapat serangan dari Naytiba, ketika Eve hendak dibunuh oleh Alpha Naytiba, android itu diselamatkan oleh seorang prebet dan jurutera misterius bernama Adam. Eve juga bertemu dengan Lily, seorang survivor Armada ke-5. Adam mengajak mereka berdua untuk pergi ke Xion, sebuah bandar yang dahulu sangat ramai, tetapi kini hanya kenangan. Adam mengatakan bahawa dia adalah 100% manusia, dan Eve harus membantu Xion menjaga dan menguatkan Hyper Cell untuk kemakmuran penduduk di bandar. Ketiganya melakukan pengembaraan untuk memburu Elder Naytiba. Hingga pada satu pertarungan, Eve melihat rakaman daripada Raven. Salah satu jeneral Andro-Eidos. Eve sebelumnya percaya kalau dia adalah manusia. Raven juga mendedahkan bahawa Naytiba ialah manusia yang mengorbankan dirinya untuk menjadi lebih kuat dari mesin. Orcal yang merupakan Datuk Bandar Xion sebenarnya ialah Andro-Eidos, dan meyakinkan Eve untuk meneruskan misinya bersama Adam dan Lily untuk mencari keberadaan Elder Naytiba.
Bon
[sunting | sunting sumber]| Penerimaan | ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||
Raven mendedahkan bahawa Andro-Eidos ada untuk mengganti manusia dan Naytiba ialah manusia yang mengorbankan dirinya untuk menjadi lebih kuat dari mesin. lasan kritik memberi saran agar tidak perlu merasa khawatir jika berminat membeli siri, merujuk kepada penilaian OpenCritic.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Engels, Antoine (2025-06-25). "PS5 Game Accused of Sexism Could be Released on the Nintendo Switch 2: A Bad Idea?". nextpit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-02.
- ^ "Stellar Blade Reviews". OpenCritic. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ "Stellar Blade". Metacritic. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ Miller, Matt (2024-04-24). "Stellar Blade Review: More Than A Pretty Face". Game Informer. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada 2024-04-24. Diarkibkan April 24, 2024, di Wayback Machine
- ^ Mills, Steven (2024-04-24). "Review: Stellar Blade". Destructoid. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ Khan, Imran (2024-04-24). "Stellar Blade Review - Nier As It Can Get". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada 2024-04-24. Diarkibkan April 24, 2024, di Wayback Machine
- ^ "Au-delà de la polémique, l'exclu PS5 Stellar Blade est-elle un excellent jeu d'action ou une simple étoile filante ? Découvrez le verdict dans notre test !". Jeuxvideo.com. 2024-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada 2024-04-24. Diarkibkan April 24, 2024, di Wayback Machine
- ^ Regan, Tom (2024-04-24). "Stellar Blade is one of the most mechanically satisfying action games of the generation". Video Games Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ Orr, Jessica (2024-04-24). "Stellar Blade review - no thinking, just slashing". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ Saltzman, Mitchell (2024-04-24). "Stellar Blade Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ Erskine, Donovan (2024-04-24). "Stellar Blade review: Supreme sci-fi slashing". Shacknews. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada April 24, 2024.
- ^ "Stellar Blade Reviews". OpenCritic (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2024. Dicapai pada 2024-04-24.
