Stesen kereta api Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stesen kereta api Teluk Intan (Stesen keretapi Teluk Anson) terletak di Teluk Intan, Perak,Malaysia. Landasan kereta api dibina semasa era British di Tanah Melayu. Pelabuhan Teluk Intan di tepi Sungai Perak dihubungkan dengan pekan Tapah Road. Ketika itu ada dua pelabuhan utama di Perak iaitu Pelabuhan teluk intan dan Pelabuhan Teluk kertang di kuala Sungai Larut atau Port Weld.

Stesen kereta api ini tidak digunakan lagi sejak 1991. Pelajar-pelajar dari Sungai Tukang sidin yang bersekolah di Sekolah Menenhgah Kebangsaaan sri Perak pernah menggunakan kereta api ini. Inilah sahaja jalan pengangkutan ke Tukang Sidin ketika itu.

Pembinaan landasan[sunting | sunting sumber]

Panjang landasan ini ialah 29.1 km dan dibuka pada 6 September 1893. Laluan landasan kereta api ini ialah Tapah Road 0.0 km - Changkat Petai 5.5 km - Degong 10.4 km - Chikus 13.0 km - Sungai tukang Sidin 16.6 km - Permatang 19.0 km - Sungai Kerawai 22.2 km - Teluk Intan 26.8 km - Pelabuhan Teluk Intan -(wharf) 29.1 km. Terdapat beberapa buah gudang dibina di Pelabuhan Teluk intan (wharf). Wharf ini berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz.

Landasan kereta api ini melalui Jambatan kereta api sungai Bidor. Kini, jambatan ini hanya digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal sahaja ke Kampung Bahagia dan ke Kampung Gajah. Jambatan ini dibuat daripada besi keluli. Sebelum 1990, ia pernah digunakan oleh kereta dan lori.

Landasan kereta api dari Tapah Road ke Teluk Anson / Teluk Intan terpaksa dibuat bagi memudahkan pengangkutan bijih timah dan kayu balak dari Lembah Kinta dan Batang Padang ke Teluk Intan. Sungguhpun Pelabuhan Teluk Intan tidak benar-benar terletak di kuala sungai , tetapi Sungai Perak ketika itu cukup dalam dan lebar untuk kapal wap berlabuh. Kapal perang dan kapal minyak sawit juga pernah berlabuh di Pelabuhan Teluk Intan. Penduduk tempatan memanggilnya waf .

Archibald Edward Harbord Anson adalah Lieutenant Governor Pulau Pinang terakhir membuat pelan bandar ini pada tahun 1882. Pada 6 September 1893 landasan kereta api ini siap untuk digunakan. Cabaran utama ialah terjadinya pelanggaran kereta api oleh sekumpulan gajah di Sungai Kerawai pada 1894.

Rujukan[sunting | sunting sumber]