Streptopelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Streptopelia
Tourterelle turque.jpg
Tekukur berkolar Eurasia (Streptopelia decaocto) adalah satu spesies tekukur berkolar yang biasa dan mudah dijumpai
Pengelasan saintifik s
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Columbinae
Genus: Streptopelia
Bonaparte, 1855
Spesies

Sekitar 15 spesies, lihat teks

Streptopelia adalah satu genus burung tekukur berkolar dalam keluarga Columbidae. Nama Streptopelia berasal daripada perkataan Greek Tua streptos, "kolar" dan peleia, "tekukur".[1] Spesies burung dalam genus ini berbentuk ramping, dan bersaiz kecil-sederhana. Bahagian atasnya berwarna perang cair, manakala bahagian bawah kadang kala berwarna merah jambu pudar. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri seperti tampalan hitam-dan-putih di leher dan siulan senada.

Seperti Tekukur penyu Timur, tekukur penyu tipikalnya mempunyai satu corak "bersisik" pada leher dan sayapnya

Asal-usul genus genus ini adalah dari Afrika, tetapi beberapa spesies ditemui di kawasan tropika selatan Asia. Sebagai satu kumpulan, genus ini amat berjaya; banyak spesies boleh didapati dalam habitat di kawasan tropika, dan dua spesies antaranya boleh ditemui dengan meluas.

Tekukur Berkolar Eurasia, Streptopelia decaocto, secara alaminya bertebaran jauh dari habitat asalnya di kawasan beriklim panas bermula di tenggara Eropah hingga ke Jepun; dan membuat koloni di seluruh Eropah, hingga sejauh Great Britain menjelang tahun 1960, dan Ireland tidak lama kemudian. Ia juga dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan setakat tahun 1999, ia dilaporkan hidup di 22 buah negeri dan masih merebak dengan cepat.

Satu analisis turutan DNA telah memutuskan bahawa genus terdiri daripada tiga warisan yang berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada laughing dove dan Tekukur Merbuk Balam, yang mana telah lama diakui mempunyai kelakuan dan morpologi berbeza. Kumpulan kedua terdiri daripada kebanyakan spesies lain kecuali tekukur penyu Malagasy dan pink pigeon, yang mana merupakan spesies terselamat dari radiasi Madagascar/Mascarenes dan dahulunya diletakkan dalam genera berlainan. Hubungan dua-spesies ini rupa-rupanya merupakan saudara dekat dan tidak boleh dipastikan berada dalam genus Columba atau Streptopelia (walaupun secara keseluruhannya mereka agak dekat dengan yang sebelumnya). Oleh itu, ia mungkin dipisahkan kepada dua sebagai genera yang berbeza, dinamakan sebagai Spilopelia untuk kumpulan pertama (meskipun tidak memiliki keutamaan ke atas Stigmatopelia, yang disebutkan pada awalnya,[2] telah dipilih dalam prinsip semakan pertama) dan Nesoenas untuk kumpulan terakhir.[3]

Spesies[sunting | sunting sumber]

 
 
 
 
 
 
 
 

Streptopelia decaocto

Streptopelia roseogrisea

Streptopelia decipiens

 

Streptopelia capicola

Streptopelia vinacea

Streptopelia semitorquata

 
 

Streptopelia hypopyrrha

Streptopelia turtur

Streptopelia orientalis

Streptopelia bitorquata

Streptopelia tranquebarica

 

Columba

 
 

Nesoenas mayeri

Nesoenas picturata

 

Spilopelia chinensis

Spilopelia senegalensis

Patagioenas

Kedudukan pilogenetik berdasarkan pada Johnson et al. (2001).[3]
Kumpulan Spilopelia (foto: tekukur merbuk Balam, S. chinensis) mempunyai corak berbilang bintik, tidak seperti tekukur Dunia Lama yang lain
Kumpulan Nesoenas (foto: tekukur penyu Malagasy, N. picturatus/S. picturata) mempunyai satu corak berwarna kemerahan dan tiada corak leher yang jelas kelihatan; ia boleh ditemui di kawasan Madagascar

Genus Streptopelia

Genera Spilopelia dan Nesoenas dahulu pernah diletakkan dalam Streptopelia, tetapi kini telah diasingkan untuk membentuk polipiletik.

Genus Spilopelia

Genus Nesoenas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jobling, James A (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 367. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  2. ^ Sundevall, Carl (1872). Methodi naturalis avium disponendarum tentamen. Försök till fogelklassens naturenliga uppställnung. Stockholm: Samson and Wallin. m/s. 100.
  3. ^ a b Johnson KP, De Kort S, Dinwoodey K, Mateman AC, Ten Cate C, Lessells CM, Clayton DH (2001). "A molecular phylogeny of the dove genera Streptopelia and Columba" (PDF). Auk. 118 (4): 874–887. doi:10.1642/0004-8038(2001)118[0874:AMPOTD]2.0.CO;2.

Kategori berkenaan Streptopelia di Wikimedia Commons Kategori berkenaan Streptopelia di Wikimedia Commons