Suara Viral 2.0

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suara Viral 2.0
FormatNyanyian
Muzik
Realiti
PengacaraDanial Zaini
Naim Daniel
JuriDato' Hattan
Marsha Milan
Haqiem Rusli
Aina Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Prima HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 November 2021 – 19 Januari 2022
Kronologi
MengikutiSuara Viral
Diikuti olehSuara Viral 3.0

Suara Viral merupakan sebuah pertandingan realiti terbitan Astro yang mempertaruhkan beberapa peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya, dalam kalangan mereka yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. Dihoskan oleh Danial Zaini dan Naim Daniel. Manakala Dato' Hattan, Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Aina Abdul akan menggalas tugas sebagai juri tetap. Musim kedua rancangan realiti TV ini telahpun ke udara di saluran Astro Prima, mulai 17 November 2021, setiap Rabu, jam 9 malam.

Suara Viral 2.0
Negara asalMalaysia Malaysia

Format[sunting | sunting sumber]

Ujibakat Peserta[sunting | sunting sumber]

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan pada musim pandemik Covid 19 yang lalu, sesi ujibakat sekitar bulan Jun dan Ogos 2021 telah dianjurkan secara dalam talian menerusi penyertaan yang dihantar di platform SINAR dan Gempak.

Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo atau berkumpulan (dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli) dan diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia serta warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Nasib enam peserta yang mengambil bahagian dalam setiap pusingan akan ditentukan berdasarkan sistem penjurian kalah mati selama tujuh minggu.

Juara setiap episod akan dihimpunkan untuk berentap sekali lagi di peringkat suku akhir bagi merebut tiket sebagai empat finalis yang layak bersaing di episod kemuncak.

Keunikan musim ini adalah pengenalan konsep ‘Tangga Viral’ yang menuntut peserta berdiri di kedudukan anak tangga teratas ketika memulakan persembahan.

Peserta akan dicabar untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi memikat hati juri hanya dengan kemantapan vokal semata-mata.

Sekiranya juri menyukai, mereka akan menekan butang ‘buzzer’ untuk menyalakan lampu di setiap anak tangga sekaligus mendedahkan identiti dan wajah sebenar peserta.

Format penjurian[sunting | sunting sumber]

Menyajikan perbezaan dari segi format pertandingan berbanding musim pertama yang mana edisi kali ini menggunakan sistem liga berdasarkan pemarkahan sepenuhnya daripada pihak juri profesional.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Ringkasan konsert[sunting | sunting sumber]

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 17 November 2021
  • Tema:


Minggu 2[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 24 November 2021
  • Tema:


Minggu 3[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 1 Disember 2021
  • Tema:


Minggu 4[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 8 Disember 2021
  • Tema:


Minggu 5[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 15 Disember 2021
  • Tema:


Minggu 6[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 22 Disember 2021
  • Tema:


Minggu 7[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 29 Disember 2021
  • Tema:


Minggu 8 (Suku Akhir)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 5 Januari 2022
  • Tema:


Minggu 9 (Separuh Akhir)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 12 Januari 2022
  • Tema:


Minggu 10 (Akhir)[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 19 Januari 2022
  • Tema:

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Juara
  • Wang tunai RM10,000
  • Trofi
Juara Mingguan
  • Wang tunai RM1,000

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Hos
Juri Tetap
Tenaga pengajar