Naim Daniel
Naim Daniel | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Naim Daniel bin Baharin 9 September 1997 |
Pendidikan | Diploma Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, komposer |
Tahun aktif |
|
Ketinggian | 167 cm (5 ka 6 in) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | World Peace Entertaiment |
Pengkarya berkait | Tuju (K-Clique), Man Keedal, Hael Husaini, Haqiem Rusli |
Muhammad Naim Daniel Baharin (Jawi: نعيم دانيال; lahir 9 September 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema Emyliana, Pia dan Lelaki Lingkungan Cinta dan filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, "Sekali Lagi" yang dikeluarkan pada 2018.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Naim dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[2][3]
Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]
Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak. Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.
Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz Fairuz, Ezany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.
Pada tahun 2012, Naim memegang watak sebagai Ibrahim dalam telefilem bertajuk Sebelum Kiamat yang berkisarkan tentang Radi yang berhasrat ingin bertemu dengan ibu kandungnya yang telah terpisah daripadanya sejak kecil, menjelang Hari Kiamat. Telefilem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Zamarul Hisham, Sherie Merlis dan Noorkhiriah.
Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]
Kerjaya muzik Naim bermula apabila kerap membuat lagu saduran di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu. Pada tahun 2018, Naim mengikat kontrak dengan syarikat rakaman World Peace Entertainment yang baru ditubuhkan dan muncul bersama dua single serentak, iaitu "Sekali Lagi" dan "Sempurna".[4][5]
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Hak cipta bersama "Sumpah"[sunting | sunting sumber]
Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu Sumpah nyanyian Naim adalah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[6] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[7] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[8]
Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34[sunting | sunting sumber]
Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[9]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | 2 Hati 1 Jiwa | Adik Lapan | A. Razak Mohaideen | Filem pertama |
2012 | 29 Februari | Budi (kecil) | Edry Abdul Halim | |
2017 | Bisik Pada Langit | Iqram | Kabir Bhatia | |
2020 | Tyickoouns | Mannan (kecil) | Izan Hailmey Mokhtar |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008–2009 | Jelma | Reza | Gua.com.my |
2009 | Cucu Betong | Raqib | TV3 |
2010 | Mr. Mama (Musim 3) | Afif | |
2011 | Gemilang | Saifullah (kecil) | |
Cinta Elysa | Imran | ||
2012 | Jangan Ambil Padang Kami | Nik | Astro Ria |
2013 | Ayam | Aidil | TV3 |
2013–2015 | Ema Emyliana | Khairul | |
2015 | Wadi | Faris | |
2016 | Kemboja Di Hati | Zafiri | TV AlHijrah |
2018 | Love At The First Swipe | Amir | Tonton |
2019 | PIA | Budi | TV3 |
2020 | Pak Kodi 5G | Naim | |
2020 | Lelaki Lingkungan Cinta | Adib |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Taubat Nasuha | Aimin | TV3 |
2012 | Pun Pun | Hafiz | TV2 |
2012 | Sebelum Kiamat | Naim | TV3 |
2013 | Menanti Hari Itu | Adi | Astro Ria |
2015 | Menantu Saat Adik Supiat | Jijoe | TV1 |
2016 | Dari Asar Ke Isyak | Radhi | TV2 |
Ketika Daun Berzikir | Darwish | TV3 | |
2017 | Tali Kasut | Shahmi | TV9 |
Dosa Terlindung | Irfan | TV3 | |
Daniel Haikal | Daniel | TV2[10] | |
2018 | Vlog Laura | Anaqi | ntv7 |
Kurindu Kibarmu | Hazriq | TV1[11] | |
2019 | Derita Pia | Budi | TV3 |
2020 | Lagu Untuk Suri | Naim | |
Aku OCD | Hakimi | Astro Citra | |
Aku, Bunga | Kahoe | Astro First Eksklusif | |
Next Station, Jodoh | Haikal | Awesome TV |
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Sekali Lagi" | 2018 |
"Sempurna" | |
"Sumpah" | 2019 |
"Adakah Engkau Menungguku" (duet bersama Tuju K-Clique) | |
"Apa Sebenarnya" | 2020 |
"Bila" | |
"Malam" | |
"Sembah" (duet bersama Man Kidal) | |
"Purnama" |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Festival Filem Malaysia ke–25 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | 29 Februari | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 | Artis Baru Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | N/A | Sumpah | Juara |
Hot FM Fabulous February | Artis Fabulous February[12] | N/A | Menang | |
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia | N/A | Menggunakan tulisan jawi dalam klip video, "Sembah"[13] | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Izzati Ramli (13 Disember 2017). "Selain berlakon, Naim Daniel Juga Boleh Menyanyi, Ini Dia 8 Video ..." Media Hiburan. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2018). "Naim Daniel mahu menyanyi dulu". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 18 Februari 2020. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Oktober 2018). "Naim mahu sambung pengajian ke peringkat ijazah". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 17 Februari 2020. Dicapai pada 1 Januari 2019.
- ^ Nurfarhana Mohamed (20 Julai 2018). "Naim Daniel tolak 10 tawaran berlakon demi nyanyian". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2019. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Nur Asyikin Mahyudin (18 Januari 2018). Naim Daniel Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti mStar Online. Dicapai pada 1 Februari 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Salehuddin (20 Februari 2020). "Dayana beri tempoh seminggu, Naim mahu bukti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Sallehuddin (20 Februari 2020). "Naim pertahan mahu bukti keluarga Dayana tersinggung". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Asyraf Roslan (7 Februari 2020). 'Sumpah' kekal milik Naim Daniel Astro Awani. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehudin (8 Februari 2020). Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ Siaran Media - Daniel Haikal RTM. 20 November 2017. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Siaran Media - Kurindu Kibarmu RTM. 4 September 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
- ^ Puteri Nadia (12 Februari 2020). Artis Fabulous February- Naim Daniel Hot FM. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ Georgie Joseph (1 Mac 2020). Naim dapat pengiktirafan DBP pula Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2020.